Thursday, January 23, 2020

MASA TIDAK AKAN KEMBALI 😢


Kalau hari ni kita rasa penat, letih dengan anak meragam, akan datang belum tentu kita dapat rasa perkara yang sama.
.
Bila anak-anak dah membesar, mesti terdetik dalam hati, "Rasa macam sekejap jek masa berlalu, dah besar dah anak ibu..".
.
Rindu bila anak asyik menangis nak ikut kita, bila anak menangis kita tinggalkan dia walau sekejap jek, geli hati bila tengok si kecil kita bergurau senda dengan kita. Gelak tawa dia, senyum dia.. Perasaan tu.. 😭
.
Hargailah masa yang ada sekarang. Jangan menyesal di kemudian hari. 😘

Kerana...
Anak merengek kerana dia perlukan kasih mu
Anak meragam kerana dia perlukan perhatian mu
Anak menagis kerana mahukan cinta mu
Anak mengamok kerana mahukan kau memujuknya...
Mereka tak pernah menyakiti hati kita
Sedangkan kita selalu saja membuatkan dia sedih, menagis dan kecewa...

Anak anak adalah insan termulia, hatinya bersih, mereka hanya dahagakan kasih sayang dan cinta mu..

Jangan tengking anak bila dia merengek, tapi peluk dia bagi kasih sayang mu
Jangan pukul anak bila dia meragam, tapi bagi perhatian mu kerana dia perlukan perhatian
Jangan tinggalkan anak yg menagis sendiri, dia menagis kerana perlukan cinta mu
Jangan marah anak kalau dia mengamok, kerana dia hanya perlukan pujukan bukan kemarahan!

Tapi jika kita terleka, masa tidak menunggu kita, masa akan berubah dan anak2 akan meminta kasih sayang, cinta, perhatian dan pujukan org luar...

Masa itu kita akan jauh ditinggalkannya.. peluang itu sudah tiada!

Maka! Hari ini.. jika blm terlewat..
Sedarlah!

Cari anak2 anda dan peluk mereka, luahkan kasih mu, sayang mu dan cinta mu padanya..








No comments:

Post a Comment