Friday, January 24, 2020

Cara Minum Air Pada 4 Waktu Yang Betul

Bangun Tidur

Sebaik sahaja bangun dari tidur, minum air suam 2 gelas. Minum secara perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah. Amalan ini membantu mengaktifkan organ dalaman.

Air liur basi yang bercampur dengan air juga membantu membersihkan tubuh kita secara semuajadi. Dalam air liur kita ada enzim yang membantu pencernaan.

30 Minit Sebelum Makan

Amalkan minum air suam atau air putih 1 gelas 30 minit sebelum makan. Ia membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Perut akan berasa kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.

Sebelum Mandi

Anda disarankan minum air 1 gelas sebelum mandi. Ia akan membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks.

Sebelum Tidur

Jangan terus tidur sebaliknya amalkan minum air putih 1 gelas. Ia dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung.

#tips_sihat


No comments:

Post a Comment