Monday, January 6, 2020

INFLUENZA A

Ada tak anak- anak yang demam ,batuk,
selsema? Malaysia dilanda Influenza A. Jika ada anak2 yang mengalami tanda2 influenza A, minta ibubapa segera bawa ke hospital.

Influenza adalah jangkitan virus yang berjangkit melalui udara yang dilepaskan oleh orang yang dijangkiti Influneza A bersin atau batuk. Virus ini kerap bermutasi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan ubat.

Akan tetapi,virus ini menyebabkan deman ringan dan boleh membahayakan golongan yang berpotensi sehingga menyebabkan kematian.

Golongan-golongan yang berisiko tinggi ✔️kanak-kanak bawah 5 tahun
✔️wanita hamil,
✔️warga emas berumur 65 tahun dan ke atas,
✔️penghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi
✔️mereka yang memiliki daya tahan yang rendah.

Simptoms
✔️ demam
✔️batuk
✔️muntah
✔️cirit birit
✔️sakit kepala
✔️sukar bernafas
✔️kelesuan.

Jika terdapat tanda tersebut dinasihatkan segera ke klinik.
Sila pakai penutup mulut jika batuk dan bersihkan tangan. Elakkan pergi ke tempat yang ramai orang.

Sila share supaya ramai dapat manfaat.

#BangsaMembacaBangsaBerjaya
#PdZon7Melaka
#PerpustakaanNegaraMalaysia


No comments:

Post a Comment