Saturday, January 4, 2020

# KESAN CIUM ANAK



Apa Terjadi Pada Sistem Tubuh Badan Apabila Kita Cium Anak?
.
Perkongsian ini diambil dari DrRizal, former Clinical Psychologist di Goulburn Valley Health Victoria Australia:
.
Saya sangat teruja dengan imej ini. Satu-satunya imej brain scan dalam dunia memgenai seorang ibu mencium bayinya. Suatu yang sukar tetapi berjaya dilakukan. Gambar yang sangat rare.
.
Gambar ini milik seorang neurosaintis Dr Rebecca Saxe. Setelah beberapa kali mencuba beliau akhirnya berjaya tidurkan bayinya yang berusia 2 bulan. Ditidurkan dalam mesin imbasan.
.
Gambar ini adalah lambang kasih seorang ibu. Apabila Dr Saxe mencium anaknya bahagian otak yang keluarkan hormon oxytocin terus aktif. Seperti di dalam gambar.
.
Oxytocin adalah hormon kasih sayang. Hormon cinta ibubapa pada anak. Hormon kasih anak anak pada ibubapa. Hormon yang sebabkan cucu cucu mahu pulang ke kampung.
.
Bukan itu sahaja. Ciuman Dr Saxe aktifkan bahagian reward system otak hingga otak keluarkan hormon dopamin - the feel good hormon.
.
Tidak cukup dengan dopamin otak juga keluarkan hormon vasopressin. Hormon ini kukuhkan lagi attachment anak-ibu. Sekiranya ciuman pada pasangan, ia akan romantiskan hubungan pasangan itu. Begitu hebatnya vasopressin.
.
Bab ciuman dari gambar ini belum habis lagi. Ada lagi satu hormon yang akan otak keluarkan. Namanya serotonin. Hormon ini stabilkan mood manusia.
.
Bayangkan, apa akan jadi apabila mood ibubapa dan anak stabil...
.
Tuan Puan sudah cium anak harini?
.
#DrRizal
#neurocaliph
Kredit gmbr : Eddy Rusdi


No comments:

Post a Comment