Thursday, January 9, 2020

Ketika mana kita rasa kita sentiasa ditimpa musibah, ujian bertimpa-timpa, urusan yang tidak pernah selesai. 

Bukalah Mushaf AlQuran dan bacalah Surah Ghafir, ayat 44. Amalkan dan bacalah hingga terasa tenang.

Hayatilah maknanya.
“ Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya.”

Sungguh, usaha kita tidak ada harganya tanpa tawakkal dan rasa berserah diri pada Allah, kerana kuasa itu milik Allah AlQadir yang Maha Kuasa.

Dengan izinNya dan kekuasaanNya, urusan kita dipermudahkan dan akan ada jalan keluar kekusutan yang melanda.

Mengadu pada orang, belum tentu faham. Jika faham, belum tentu dapat rasa bagaimana di rasa. Jika rasa, belum tentu dapat menyelesaikan masalah itu. Dan yakinlah, jika masalah itu selesai, Allah lah yang menyelesaikannya dengan menjadikan manusia itu perantaraannya.

#AllahAdaSelalu❤️

Credit to: Ustazah Asma Harun

No comments:

Post a Comment