"Jangan kalian meninggalkan solat Dhuha setiap pagi! Atur waktu pekerjaan agar masih sempat melaksanakan solat Dhuha, kerana itu memiliki keutamaan yang sangat besar, diantara memudahkan urusan rezeki".
"Namun harus diketahui, rezeki itu ada 2 : ~Hissiy ماَيُدرِكهُ الحواس iaitu
yang boleh diindera seperti wang, materi, dsb.
~Dan Ma'nawiy ماَيُدركُه القَلبُ iaitu yang hanya boleh dirasa dalam hati, seperti nur, sirr, sakinah, dan lapang dada".
Al Habib Zein bin Ibrohim bin Smith menerangkan dalam kitabnya :
Para ulama salaf setiap pagi selalu mengawali hari mereka dengan solat Dhuha dan solat Istikharah.
Solat Dhuha juga diniatkan solat taubat dan solat hifdzh (terjaga dari musibah). Pada rakaat pertama membaca surat As Syams dan rakaat kedua membaca surat Ad Dhuha, lalu membaca doa solat Dhuha dengan penuh penghayatan.
Dilanjutkan solat Istikharah, pada rakaat pertama membaca surat al Kafirun, dan rakaat kedua membaca surat al Ikhlas. Lalu membaca doa istikharah.
ماَ خاَبَ مَن اسْتَخَار وَماَنَدِمَ مَن اسْتَشَار.
"Tidaklah merugi orang yang ber istikharah, dan tiada pula menyesal orang yang bermusyawarah".
Beliau al ustadz Taufiq assegaf menyatakan :
"Apapun kejadian pada hari itu, baik berupa kegagalan ataupun keberhasilan usaha, hakikatnya adalah takdir terbaik dari Allah bagi hamba yang berisikharah".
Mari kita jalankan amaliyah ini 😇😇😇.
No comments:
Post a Comment