Thursday, October 24, 2019

MENCEGAH DEMAM DAN SELSEMA TANPA UBAT


.
Keadaan cuaca yang tidak menentu memudahkan seseorang mendapat demam selsema. Antara simptom yang ditunjukkan ialah hidung berair, badan panas dan sakit tekak. Cara terbaik ialah dengan melakukan langkah pencegahan.
.
Antaranya herba yang baik untuk menyembuhkan demam selsema ialah:
.
KUNYIT

Perah jus kunyit dan campurkan dengan segelas air suam dan madu. Kacau dan minum di awal pagi selepas bangun tidur.

.
MADU

Selain boleh dicampur dengan kunyit, ia boleh diambil dengan dicampurkan 2 sudu tualang ke dalam segelas air sejuk (atau suhu bilik).

.
HALIA

Satu inci halia boleh dimasukkan ke minuman atau masakan.

.
BAWANG PUTIH

Bawang putih dikatakan mempunyai sifat antibiotic. Ia boleh dimasukkan ke dalam masakan. Atau dengan memakan bawang putih yang dibakar.

.
SAYURAN HIJAU DAN BERWARNA

Sayur-sayuran hijau dan berwarna sangat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai antioksida dan antiradang dan membantu meningkatkan daya tahan dalam badan. Ia juga mengandungi banyak vitamin.

.
AIR

Banyakkan meminum air mineral. Ia dapat membantu dalam menstabilkan suhu badan dan mengelakkan berlakunya kekurangan air dalam badan. Ia membantu pergerakan darah dalam badan dan meningkatkan sistem daya tahan.

.
LEMON

Lemon adalah sumber vitamin C yang baik. Ia mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengelakkan jangkitan virus. Rendamkan beberapa hirisan lemon dalam botol yang berisi air mineral. Minum sekurang-kurangnya 1 L sehari untuk mendapat Vit C yang diperlukan.

.
Saya selalu mencadangkan pesakit saya mengamalkan 6 petua di atas. Ia membantu mengurangkan pengambilan ubat dan kesan sampingan ubat. Ia juga mempercepatkan penyembuhan. Jika selsema dan batuk tidak berkurangan dalam masa beberapa hari, ubat antihistamin dapat mengurangkan ketidakselesaan pesakit yang mengalami demam dan selsema.

#HealthDrZubaidi


No comments:

Post a Comment