Kematian kot juga dikenali sebagai Sindrom Kematian Bayi Mengejut (Sudden Infant Death Syndrome - SIDS). Ia bukannya satu penyakit. Sebaliknya, ia adalah satu diagnosis yang diberi apabila seorang bayi yang sihat meninggal dunia tanpa sebab tertentu.
SIDS ialah kematian yang tidak diketahui punca, seorang bayi yang kelihatan sihat, biasanya ketika tidur. Ia lazimnya terjadi pada umur antara 1 dan 4 bulan dan kebanyakan (90%) kematian SIDS berlaku sebelum bayi mencapai umur 6 bulan. Adakalanya, SIDS dikenali sebagai kematian kot kerana sering kali bayi meninggal di dalam kot atau katil mereka. Walaupun jarang berlaku di negara Asia berbanding negara Barat, adalah lebih baik untuk berhati-hati.
Kematian kot mungkin didaftarkan sebagai SIDS (sindrom kematian bayi mengejut), kematian bayi yang tidak diduga tiba-tiba (sudden unexpected death in infancy - SUDI), tidak dapat dipastikan atau ringkasnya kematian kot.
Apabila para doktor dan penyiasat tidak dapat mencari sebarang sebab bagi kematian tersebut selepas penyiasatan terperinci dijalankan termasuk pemeriksaan pos mortem, pemeriksaan pada tempat di mana bayi meninggal dan semakan terhadap nota perubatan bayi, kematian kot biasanya dinyatakan sebagai penyebab
Selalu peka dengan anak anda ya !
#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak
Sumber : babycenter.com
No comments:
Post a Comment