Wednesday, December 11, 2019

TIPS ELAK SEMUT NAIK KE MEJA 😄


👇👇👇

Isteri selalu komplen, semut selalu naik atas meja. Buka tudung saji, tengok semut tengah kendurikan makanan. Terus tak de mood nak makan then ajak kita makan kat luar. Selalu makan kat luar tak elok tuan-tuan, tak sihat, poket suami demam nanti.

Memang tuhan buat orang lelaki ni pantang dengar masalah, mesti otak berputar mencari penyelesaiannya. Bercampur pulak darah patent dalam diri, lagi lah laju (sebenarnya dah tak larat nak dengar hehe).

1. Mula-mula cari stokin yang kau sendiri dah menyampah nak pakai. Atau kau dah jadi pengikut tegar Wak Doyok yang memang tak pakai stokin lagi senang, ambik je mana stokin kau suka.

2. Pastu potong 4. Lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja kau 6, potong 6 lah.

3. Sarungkan kat kaki meja, pastu spray perfume. Ikutlah nak spray apa, serai wangi pon ok.

Spray keliling untuk kesan yang lebih efektif.

Ok sekarang bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan tu.

Selamat mencuba. "Happy Wife, Happy Life"

#PetuaOrangLama
#StokisAsmakMelaka




No comments:

Post a Comment