Saturday, December 14, 2019

Batu karang dan Kesannya

Tahukah anda?

Bila bercakap tentang penyakit batu karang, penyakit ini seolah olah sinonim dengan kaum lelaki. Namun, ini tidak bermaksud wanita tidak berpotensi untuk menghidap penyakit batu karang.

Meskipun peratusan penghidap batu karang wanita masih kecil berbanding lelaki, namun tanpa disedari, peratusan itu semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Oleh itu, apa yang perlu dilakukan bagi mencegah berlakunya pembentukan batu karang?

Ini adalah 5 cara mencegah berlakunya pembentukan batu karang.

1. Hati-hati dengan peluh anda yang keluar!

Beraktiviti lasak dan juga bersauna merupakan perkara yang mengeluarkan peluh dengan banyak dari badan kita. Hal ini sememangnya baik bagi kesihatan kita. Namun dalam masa yang sama, ia juga membuka peluang kepada terkenanya penyakit batu karang. Ini kerana pengeluaran peluh yang banyak akan menyebabkan lebihan toksin dalam badan tidak keluar melalui air kencing.

Semakin kurang seseorang itu membuang air, semakin besar kebarangkalian mineral yang berada di dalam buah pinggang mahupun saluran kencing akan menghasilkan batu, yang dipanggil batu karang.

Jadi apa yang harus anda lakukan?

Langkah pertama yang harus anda lakukan adalah, tingkatkan pengambilan air. Terutamanya sewaktu berkativiti lasak yang mengeluarkan banyak peluh dari badan. Air yang diminum akan menganti cecair yang keluar melalui peluh dan akan dikeluarkan melalui kencing.

Kerap membuang air kecil akan membantu anda mencegah berkumpulnya mineral yang akan menghasilkan batu karang.


2. Kurangkan pengambilan garam

Garam sememangnya tidak asing lagi di dalam bidang masakan bagi menambah rasa pada sesuatu masakan. Namun tahukah anda, pengambilan garam yang banyak akan menyebabkan terhasilnya pembentukan batu karang?

Iya! Hal ini kerana garam mempunyai kalsium oksalat dan ia sering dijumpai pada batu karang yang terbentuk dalam tubuh pesakit.

Jadi apa yang harus anda lakukan?

Seimbangkan pengambilan kalsium dan garam dalam permakanan anda. Apabila makanan bercampur di dalam perut, kalsium akan menarik oksalat daripada melekat pada perut dan usus sekaligus menghalang pembentukan batu karang.


3. Kurangkan makanan yang tinggi dengan lemak Omega 6

Makanan yang mempunyai kandungan lemak Omega 6 yang tinggi adalah seperti lemak haiwan dan beberapa jenis lemak sayuran ini merupakan salah satu faktor pembentukan batu karang.

Berdasarkan kajian, lemak Omega 6 meningkatkan penyingkiran Oksalat ke air kencing berbanding citrate.

Jadi apa yang harus anda lakukan?

Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak tinggi.


4. Minum jus limau

Pengambilan jus buah seperti lemon atau limau terbukti mempunyai pelbagai khasiat dan mampu menghalang pembentukan batu karang. Bukan itu saja, ia juga akan meningkatkan penghasilan air kencing.

Hal ini kerana jus tersebut mengandungi potassium dan asid sitrik yang tinggi dan mampu menghalang pembentukan batu karang.

Selain menjernihkan air kencing, jus lemon juga membantu menyingkirkan toksin di dalam badan.

Jadi apa yang harus anda lakukan?

Amalkan pengambilan lemon panas setiap pagi ketika perut masih kosong. Jika inginkan sedikit rasa manis, gantikan gula dengan madu.

5. Kurangkan pengambilan Vitamin C

Vitamin C sememangnya bagus untuk kesihatan mahupun kecantikan diri kita. Namun jika diambil secara berlebihan, ia mampu memberi kesan buruk.

Pengambilan Vitamin C yang tinggi akan akan meningkatkan kompaun oksalat di dalam air kencing.

Penguraian Vitamin C dalam badan akan menghasilkan kompaun oksalat dan secara langsung menjadi salah satu punca pembentukan batu karang.

Jadi apa yang harus anda lakukan?

Ganti pengambilan Vitamin C dengan Vitamin B6. Vitamin B6 akan mengurangkan penghasilan oksalat dalam badan. Kurangnya oksalat di dalam air kencing yang akan mengurangkan risiko berlakunya pembentukan batu karang.

#StokisAsmakMelaka

No comments:

Post a Comment