*Penyebab seterusnya adalah pemakaian pendakap gigi. Hal ini kerana sekiranya pendakap gigi dipasangkan terlalu berhampiran dengan gusi, ianya akan memberikan tekanan pada gusi sekaligus menyebabkan ia menjadi bengkak.
Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sihat juga boleh menjadi salah satu penyebab gusi bengkak. Makanan yang dimaksudkan adalah makanan yang bergula. Hal ini bolehlah diperbetulkan dengan mengamalkan makanan seimbang yang kurang kandungan gula.
*Seterusnya, kekurangan vitamin juga boleh mendorong ke arah gusi bengkak. Vitamin yang paling penting untuk menjamin kesihatan gusi ialah vitamin C. Sekiranya badan kita kekurangan vitamin C maka gusi kita akan bengkak dan mudah berdarah. Penyakit kekurangan vitamin C dipanggil sebagai ‘Scurvy”.
*Kehamilan juga merupakan salah satu penyebab gusi bengkak yang ramai tidak ketahui. Hal ini kerana sewaktu mengandung, ibu akan kekurangan kandungan nutrisi dalam badan disebabkan zat-zat tersebut diberikan kepada kandungan dalam rahimnya. Justeru itu, wanita hamil tersebut akan mengalami gusi bengkak.
*Seterusnya, penyebab lain gusi bengkak adalah disebabkan oleh pengumpulan nanah dalam gigi, gusi ataupun tulang yang me
#medinipasirgudang
#infodental
No comments:
Post a Comment