Monday, December 16, 2019

Suku-suku Separuh

Suku suku separuh ni konsep yang diperkenalkan oleh KKM untuk mengawal pemakanan dengan cara mudah. Tak jumpa dah paling mudah dari ni sebab tak payah kira apa-apa, tak perlu tau kalori, just berdasarkan visualization saja.

Sebenarnya mat saleh pun dah lama guna konsep healthy plate ni.  Supaya, kita makan secara berpada-pada dan ikut portion yang bersesuaian.

Nak tau apa yang suku apa yang separuh?

• Suku pinggan karbohidrat - nasi, mee, bihun, kentang, pasta, roti

• Suku pinggan protein - ayam, ikan, seafood, daging, tauhu, tempe

• Separuh pinggan fiber - sayur dan buah

Mudah je kan? Alahhh sebenarnya dah tau kan cuma kadang-kadang yang separuh dengan yang suku tu tertukar je, tu yang lambat kurus tu 🤣🤣🤣

Harini, macamana rupa #sukusukuseparuh korang? Jom share!



No comments:

Post a Comment