Wednesday, November 6, 2019

TIPS TAMBAH AIR KETUBAN


Untuk mummy preggy yang ada masalah air ketuban kurang bole cuba follow tips nie.

1) JANGAN STRESS:
Stress tidak baik untuk kesihatan terutamanya ibu mengandung kerana dibimbangi bayi bakal mengikuti emosi ibu pada waktu itu. Tenangkan fikiran dan perbanyakkan zikir dan doa kpd Allah agar dilindungi bayi dalam kandungan.

2) BEDREST:
Maksudnya berehat di katil. Tak perlu mengemas rumah, memasak bagai. Time ni lah ibu boleh uji kasih sayang dan perhatian suami. Suami yg sayang isteri dan anak, tak salah kan time ni tunjukkan keprihatinan. Tapau makanan dan tolong kemas rumah.😘

3) BANYAKKAN MINUM AIR:
Terutamanya air kosong bagi mengelakkan dehidrasi. Maklumlah, cuaca kan menentu. (Air Zam Zam amat digalakkan)

4) MINUM AIR KELAPA:
Selain banyak khasiat, air kelapa rasanya memang sedap dan memberi tenaga kepada badan. Nak nak jika minum time matahari meninggi dan bulan puasa. Perghhhh.. Tapi ingat pesan orang tua, awal kehamilan tak boleh minum air kelapa.

5) MAKAN TEMBIKAI
Tembikai sangat enak dimakan begitu saja. Buat jus pun best juga. Ibu hamil digalakkan makan tembikai untuk tambah air ketuban. Doktor pun ada bagi cadangan yang sama tika saya mengandung dulu.

Kredit : Azni jaffar



No comments:

Post a Comment