Thursday, November 14, 2019
Petua Merawat Masalah Buasir
Kali ini saya nak kongsikan tips atau pun petua untuk masalah buasir. Apa yang akan saya kongsikan ini mungkin sesuai diamalkan dan serasi dengan anda. Siapa tahu kan. Ikhtiar kita yang akan memberikan sedikit manfaat dan perubahan kepada kesihatan diri kita dan orang sekeliling kita InshaAllah.
Baiklah petua ini saya ambil dan dikreditkan daripada sumber yang tercatat dalam ilustrasi yang akan saya sertakan diakhir artikel nanti. Buasir ni sinonim dengan mereka yang kebiasaannya meneran atau pun melakukan kerja berat dan juga wanita mengandung.
Berikut dikongsikan tips dan petua yang boleh diamalkan.
1. Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit.
2. Elakkan dari menggaru di tempat yang gatal kerana ini akan membuatkan ianya semakin teruk.
3. Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
4. Bersihkan tempat buasir dengan lembut dan menyeluruh selepas membuang air besar.
5. Selepas cuci, lap dengan tuala atau tisu yang lembut untuk mengeringkannya.
6. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
7. Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.
8. Boleh sapukan Minyak Herba Asmak di kawasan buasir untuk membantu pengecutan dan mengurangkan kesakitan.
InshaAllah, panduan ini boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah buasir yang dihadapi.
#MinyakHerbaAsmak
#MinyakViral
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment