Kehadiran bayi baru mungkin mengujakan semua ahli keluarga, tetapi JANGAN LUPA mempersiapkan anak untuk penerimaan adik baru.
Reaksi anak adalah berbeza mengikut peringkat umur mereka. Untuk anak kurang 2 tahun mungkin agak kelam kabut untuk anda kerana mereka juga masih kecil dan memerlukan perhatian.
Cabaran terbesar adalah anak peringkat umur 2-5 tahun. Usia ini mereka memang sangat manja dan bergantung dengan anda. Tahap cemburu mungkin agak serius sekiranya anda tidak mempersiapkan mereka dari awal.
Bagi anak yang lebih besar, banyak libatkan mereka dalam persiapan. Beri tugasan yang lebih besar supaya mereka “rasa” lebih dewasa dan perlu bertanggungjawab.
.
Rasa cemburu itu pasti tetap ada. Pastikan anda meluangkan masa dan beri perhatian kepada kehendak mereka.
Jangan sampai ada yang rasa terpinggir.
.
Kredit: Public Health Malaysia
No comments:
Post a Comment