Salam semua!
Pastinya ramai yang sedang bercuti dan meluangkan masa bersama dengan keluarga tercinta.
Hari ini, saya akan bincangkan secara ringkas tentang satu persoalan yang selalu ditanya di klinik iaitu " Induce tu macamana Dr?, sakit ke?"
Induce atau dalam bahasa perubatannya 'Induction of labour' adalah satu proses yang dijalankan untuk membolehkan seseorang bakal ibu memulakan proses bersalin. Ia biasanya menggunakan sebiji ubat (Prostaglandin E2) yang akan diletakkan kedalam faraj, berhampiran dengan pintu rahim. Ubat ini akan bertindak untuk menggalakkan pengeluaran hormon yang boleh memulakan proses bersalin. Hormon ini akan merangsang rahim untuk memulakan kontraksi, di mana biasanya akan diikuti pembukaan pangkal rahim. Berapa biji ubat yang perlu digunakan bergantung kepada respon rahim bakal ibu- ada yang berjaya selepas sebiji, ada yang memerlukan lebih dari satu, malah ada bakal ibu yang tidak menunjukkan tindakbalas langsung, dan perlu melalui kelahiran melalui pembedahan kerana 'failed induction'.
Augment pula adalah dengan menggunakan drip setelah bakal ibu mempunya kontraksi tetapi kekerapan dan kekuatan kontraksi tersebut tidak cukup untuk proses bersalin yang efisien. Ubat drip ini juga merupakan sejenis hormon- Oxytocin. Ubat ini diberikan dibawah dos yang dipantau dengan rapi sehingga kekerapan kontraksi adalah sekitar 3-4:10 ( 3 hingga 4 kali kontraksi dalam 10 minit).
Bakal Ibu biasanya akan bertanya " sakit tak induce ni Dr?". Sememangnya induce dan augment ini lebih sakit daripada bersalin biasa, tetapi dengan sokongan daripada suami dan staff kami yang berdedikasi serta ubat tahan sakit yang efektif, InsyaAllah bakal ibu biasanya akan melalui proses ini dengan jayanya.
Diharap sedikit perkongsian tentang induction & augmentation di atas dapat menjawab persoalan yang sering ingin diketahui oleh para ibu semua.
Jangan confused lagi ya tentang induce dan augment!😊😊😊😊
Kredit :Dr Ayu
Pakar Perbidanan & Sakit Puan
MBChB ( UK), MRCOG (UK), DRCOG (UK)
LLM (Medical Law & Ethics), UK
No comments:
Post a Comment