Saturday, November 30, 2019

#HidayahMilikAllah

Salam

Hati seorang ayah benar-benar terluka. Petang itu dalam perjalanan pulang dari kerja, ketika seluruh tubuhnya terasa remuk dibedal beban tugas seharian, pihak sekolah anak lelakinya menelefon, meminta dia segera bertemu guru disiplin sekolah.

"Encik, anak encik terpaksa kami buang dari sekolah ini kerana masalah disiplin yang amat serius."
Ujar guru disiplin didalam bilik kaunseling yang sunyi tetapi patah bicara itu seperti bunyi letupan yang sangat membingitkan.

Kemudian dari itu dia tidak mendengar apa-apa. Dia hanya melihat kumat-kamit bibir guru disiplin membentangkan satu persatu kesalahan anaknya, sedang fikiran telah melayang ke ruang gempita penuh aib. Rasa malu, marah dan kecewa bergumpal dalam rongga dada. Muka terasa panas, arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajah.Tiada rayuan dibuat dan anak dibawa pulang.

Atas kekecewaan yang memuncak, dia suami isteri membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sebuah sekolah Tahfiz Al-Quran jauh di luar bandar. Biar anak jauh dari hangar kota, jauh dari rumah, jauh dari masakan ibu, biar jauh dari segala-galanya. Biar dia rasakan!

Pada hari anak di hantar ke asrama baru itu, tanpa mahu menoleh pada wajah, anak ditinggalkan. Dia tidak mempedulikan perasaan anaknya kerana perasaannya sendiri sarat dengan rasa kesal dan kecewa yang berlubuk.

Pada setiap bulan, dia akan ke sekolah anaknya yang jauh di luar bandar untuk membayar yuran tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya. Itu muktamad darinya. Dia penat dan serik menaruh harapan pada anaknya.

Sehinggalah lapan bulan berlalu ketika dia menjelaskan bayaran yuran seperti biasa dan ingin berangkat pulang, seorang guru datang kepadanya dan meminta agar dia bertemu anaknya.

"Encik, silalah berjumpa dengan anak encik, kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin bertemu dengan ayahnya."

Perlahan bicara ustaz dalam nada merayu.
"Tak mengapalah, saya rasa tidak ada keperluan untuk itu. Biarlah dia disini dan saya akan terus membayar yuran yang sepatutnya"
Tegas jawapannya ingin memuktamadkan bicara.

"Tapi, tidakkah pada hari ini encik ingin berjumpa dengan seorang Al-Hafiz?"
bisik ustaz ke telinganya.

"Hari ini anak encik telah hafaz seluruh Al-Quran. Dia telah habis menghafaz dalam tempoh lapan bulan!"

Sepatah-sepatah bicara ustaz, dia hanya mendengar kehairanan.

"Tidakkah encik mahu mengucapkan sedikit tahniah kepadanya?"

Tanya ustaz mengakhir bicara.

Dia tergamam dan terdiam. Dia tidak percaya apa yang dia dengar. Dia tidak sangka dan bertanya adakah dia berhak untuk merasai keajaiban ini. Saat itu anaknya melangkah masuk, berdiri ragu-ragu dengan wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak.

Tanpa sedar, si ayah menangis dengan kuat, esakannya memenuhi ruang bilik itu. Dia meluru memeluk anaknya setelah sekian lama tidak melakukannya. Dia tidak percaya. Dia tidak menyangka bahawa dia sedang memeluk anaknya seorang Al-Hafiz dengan cahaya Al-Quran melimpah di wajah. Dia memeluk anaknya dengan begitu lama untuk menikmati rasa damai dalam hatinya sendiri.

Si anak sejak ditinggalkan ayahnya disitu lapan bulan lalu, sudah menanam tekad untuk berubah. Allah telah memberinya hidayah. Ditambah dengan didikan ustaz dan siraman cahaya Al-Quran, dia mendapat kekuatan untuk meninggalkan sejarah lampaunya dan membuat pusingan U dalam hidupnya. Benarlah, hidayah itu milik Allah.

Oleh : Ust Zul Ramli M Razali


Friday, November 29, 2019

MELIHAT ANAK SECARA BERSEDERHANA

Ini artikel tahun 2017. Saya repost ya😊

Mempunyai sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan menimbulkan pelbagai pendapat di kalangan ibu bapa, pendidik dan advokator perkembangan kanak-kanak.

Sering kita baca perkongsian tentang betapa tidak adilnya apabila kanak-kanak "dipaksa" untuk membaca dari usia awal. Dan betapa tertekannya kanak-kanak yang perlu pandai membaca pada usia 7 tahun.

Namun, benarkah SEMUA anak-anak tertekan?

Bagaimana dengan anak-anak yang MEMANG SUKA membaca dan gemarkan aktiviti berbentuk linguistik dan literasi. Perlukah mereka disekat hanya kerana mahu memastikan mereka "cukup main"?

Terdapat banyak aspek dalam kecenderungan minat kanak-kanak yang perlu kita fahamkan.

Jika kita merujuk kepada teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner, terdapat 9 jenis kecerdasan manusia. Teori Kecerdasan Pelbagai ini pula berkait dengan teori Potensi Manusia.

Sebagai ibu bapa, memahami kecenderungan anak itu adalah amat penting. Saya sering tekankan dalam penulisan-penulisan saya tentang pentingnya memahami kecenderungan anak.

Pentingnya memahami kecenderungan anak.

Pentingnya memahami kecenderungan anak.

Pentingnya memahami kecenderungan anak.

Ada anak yang akan mudah sekali belajar membaca berbanding rakan sebayanya. Biarkan. Jangan sekat minat dan kecenderungannya.

Ada anak yang lebih suka bermain sendiri, hanya sekali-sekala sahaja dia akan bermain dengan rakan. Biarkan. Jangan sekat kreativitinya. Cuma bantu dia agar dia lebih mudah bergaul.

Ada anak yang lebih suka melukis dan menggambar. Tapi, amat tidak suka menulis. Biarkan minatnya. Jangan sekat. Cuma bantu dia untuk belajar menulis perlahan-lahan.

Ada anak yang lebih suka membina Lego, bermain dengan permainan bersifat logikal dan spatial. Tapi, sukar sekali belajar membaca. Biarkan minatnya. Jangan sekat. Cuma, cari strategi untuk bantunya mengembangkan kemahiran literasinya sambil memanipulasi minat logikal dan spatialnya.

Mama ayah,

Islam mengajar kita untuk sentiasa bersederhana.

Ini termasuk semasa membesarkan anak.

Kita tahu potensi anak. Kita tahu kelemahan anak.

Bantu kelemahan.

Jangan sekat potensi.

Jangan paksa anak kecil belajar rajin-rajin untuk menjadi doktor, jika anda nampak anak anda terlalu suka permainan bersifat matematikal dan logikal. Anak anda mungkin bakal menjadi jurutera yang baik.

Jangan paksa anak kecil belajar rajin-rajin untuk menjadi jurutera, jika anda nampak anak anda terlalu cenderung kepada perkara bersifat eksistential. Anak anda mungkin bakal menjadi ustaz yang baik.

Jangan paksa anak kecil belajar rajin-rajin untuk menjadi ustaz, jika anda nampak anak anda cenderung kepada perkara bersifat naturalis. Anak anda mungkin bakal menjadi doktor yang baik.

Luangkan masa, mama ayah.

Luangkan masa, mama ayah.

Luangkan masa, mama ayah.

Untuk fahami potensi dan kelemahan anak anda.

YANG BERUSAHA,

OTAisyahRozalli
☺☺☺☺☺☺☺

#advokasidiriuntukbersederhana
#lihatanaksecarabersederhana


Thursday, November 28, 2019

Kelebihan Minyak Herba Asmak

MINYAK HERBA ASMAK minyak hitam paling viral? Eh yeke ni, awak pasti ke?? Betul ke berkesan??
.
.
Rasa macam tak percaya kan? Cuba pakai sekali, sapu masa anak batuk, selsema or kempung perut. Bila dah cuba mesti akan rasa keberkesanan minyak hitam paling viral ni.
.
.
ANTARA KELEBIHAN MINYAK HERBA ASMAK :

1.  MELEGAKAN BATUK KAHAK, SELSEMA
2. MELEGAKAN KEMBUNG PERUT/SEMBELIT
3. MELEGAKAN SAKIT SENDI & LUTUT
4. MELEGAKAN SAKIT KEPALA/MIGRIN
5. BAIK UNTUK MERAWAT LUKA KECIL
.
.
Ha banyak lagi sebenarnya kebaikan MINYAK HERBA ASMAK ni, anda patut cuba dulu. Anda akan rasa keberkesanan minyak viral ni. Hubungi no dekat bawah ni sekarang jugak ok! Stock makin susut tu, cepat-cepat grab!!!!
.
.
#MinyakHerbaAsmakMelaka
#CODMelaka
0126206750

Wednesday, November 27, 2019

Kisah benar, ANAK BEBAS SEMPUT @ ASMA

4 tahun lalu,tahun 2015. Danysh kerap ulang alik ke hospital. Nak dikatakan setiap minggu mesti kita gi clinic atau trus ke hospital bila Danysh  kena semput teruk😢
.
Suami perlu amik leave sampai unpaid leave tak bergaji pon ada. Berapa kali juga Danysh kena warded kerana semput teruk. Oxygen kurang dlm badan. TAPI..
.
Sejak Kak Norlia Yahya❤ blanja Ati 1botol #minyak #herba #asmak & #Jus #Asmak_Gold utk Mohd Nur Danysh. Setiap hari tanpa jemu selepas mandi, sebelum tidur Ati sapukan minyak ajaib❤ ni. Ada caranya juga nak sapu minyak ni tau.
.
#Syukur_Alhamdulillah dalam seminggu gunakan minyak herba asmak nampak perbezaan yg ketara. Dah hampir 4bulan Danysh dah tk gunakan pam biru & pam peach tu lagi. Neb langsung dah tk sentuh lagi.
.
AND #No_MORE_HOSPITAL_VISIT utk Danysh kerana semput. Syukur Alhamdulillah.
Pada yang dah beli minyak herba Asmak ni dari saya untuk orang² yg tersayang. Sapulah dengan konsisten ya. Insha Allah dengan Izinnya, boleh sembuh perlahan². Yg penting jangan jemu. Kena rajin sapu je.
.
www.wasap.my/60126206750
.
#Asmak
#minyakherbaasmakmelaka
#BatukKahakLelahSemput



Tuesday, November 26, 2019

IBU MANA YANG SANGGUP

Ibu mana nak tengok anak dia dicucuk dimasukkan air..kerana asma...

Ibu mana yg sanggup tengok anak telantar sambil guna oksigen disebab kan salur sempit..

Ibu mana yg tak rasa sakit bila tengok anak yg dulunya ketawa girang tiba2 telantar diam..

Ibu mana?

Jangan bimbang ibu2..
Sekarang Asma dah ada penawar tau..

Hanya sapu je..insyaallah..ramai yg kata kahak kluar..melalui muntah/buang najis/dan hingus meleleh..

#MinyakHerbaAsmak
#MinyakViral
#WeAreFamily


Monday, November 25, 2019

CARA MELEGAKAN KETIDAKSELESAAN SELSEMA BAYI ANDA



Antara tips yang saya boleh saya kongsikan kepada ibu bapa diluar sana : 

✅ Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

✅ Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.

✅ Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.

Semoga bermanfaat 🙋🏻‍♂

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak


Sunday, November 24, 2019

KEISTIMEWAAN BERSEDEKAH

■Dengan sedekah dapat menghapuskan dosa
■Dengan sedekah dapat memisahkan diri dari Neraka
■Dengan sedekah dapat gandakan pahala
■Dengan sedekah dapat menambahkan rezeki
■Dengan sedekah dapat menghindari diri dari bala & bahaya
■Dengan bersedekah dapat mengubati penyakit.
■Bersedekahlah walau dengan sebiji kurma.

Saturday, November 23, 2019

Macam mana nak redha dalam Perkahwinan

🥎🥎🥎🥎🥎🥎🥎🥎🥎🥎🥎🥎🥎

🥌 SOALAN 🥌
〰〰〰〰〰〰

Assalamualaikum ustazah

😭😭 Bantu saya ustazah mcmne nk redha dlm perkahwinan..

🧩JAWAPAN🧩
〰〰〰〰〰〰

💡Waalaikumussalam

💡Redho bererti kita terima ujian Allah dengan lapang dada, kita belajar untuk bersabar dan kita berusaha untuk bangkit memperbaiki semula hidup kita supaya ia menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

💡Redho dalam perkahwinan pula bermakna kita belajar menerima pasangan kita dengan seadanya dan yakin dia adalah jodoh yang telah dianugerahkan Allah kepada kita.

💡Kita hendaklah berlapang dada menerima segala kekurangan pasangan disamping berusaha mencari kelebihannya.

💡Letakkan keyakinan yang tinggi kepada Allah dan percaya setiap  sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

💡Dalam melayari bahtera rumahtangga, kita perlu bijak dan bersedia untuk berdepan dengan badai yang mungkin melanda pada bila-bila masa.

💡Apabila menghadapi sebarang masalah dalam rumahtangga, berbincanglah dengan penuh kasih sayang dan kesabaran bersama pasangan. Berusahalah untuk tidak menceritakan masalah rumahtangga kepada orang ketiga agar aib diri dan pasangan terpelihara.

💡Tingkatkanlah keimanan dan ketakwaan melalui majlis-majlis ilmu supaya kita tidak mudah terlupa kepada Allah yang menyebabkan kita terikut godaan syaitan dan hasutan nafsu tatkala ditimpa ujian.

💡Bukan semua bahtera perkahwinan yang dibina berasaskan cinta akan kukuh buat selama-selamanya, sebaliknya hanya perkahwinan yang didasari atas keimanan dan ketakwaan kepada Allah saja yang akan sentiasa terpelihara hingga ke syurga.
Insya Allah.

📩Oleh Ustazah Iman🌹
🍃🍃🍃🌸🌸🌸🍃🍃🍃


Friday, November 22, 2019

SIMPAN UBAT DEMAM?


Soalan: Ubat sirap demam untuk anak-anak yang simpan dalam peti ais tu boleh tahan berapa lama ya?

Jawapan:

Ubat sirap paracetamol ataupun ubat demam sememangnya dibotolkan dengan saiz yang kecil, 60mL ataupun 100mL sahaja. Ianya hanya untuk kegunaan sekali untuk seorang pesakit.

Contohnya, sekiranya dos 5mL 4 kali sehari maka ubat tersebut akan habis selepas 3 hari.

Ubat sirap demam tidak sepatutnya disimpan. Sekiranya masih banyak ubat yang berbaki, maka ubat tersebut boleh disimpan di tempat kering pada suhu bilik selama 1-2 bulan daripada tarikh ia dibuka.

Sekiranya hendak menyimpan ubat demam sebagai persediaan, seeloknya dapatkan ubat yang baru dan simpanlah ia di tempat yang kering pada suhu bilik dan bukan di dalam peti sejuk.

Ubat yang telah dibuka akan dimasuki oleh udara biasa yang mengandungi bakteria dan kulat.

Apabila disimpan di dalam peti sejuk, udara tersebut akan menjadi wap air melalui proses kondensasi.

Wap air biasanya berkumpul pada penutup botol di bahagian dalam.

Wap air ini menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat. Lama-kelamaan ia akan bercampur dengan ubat dan merosakkan ubat tersebut.

Jadinya, tak perlu lah simpan ubat sirap demam yang telah dibuka di dalam peti ais berbulan-bulan malahan bertahun-thun lamanya.

Tanggapan simpan ubat sirap demam dalam peti ais untuk lebih tahan lama adalah tidak betul.

Nota kaki

Gambar dibawah adalah ubat sirap untuk anak-anak.
Lepas ni jom periksa peti ais masing-masing.
Buang ubat yang tak perlu okay.

Belajar sesuatu?

Bukan tak berjimat tapi untuk selamat

Kredit: Salinda Sopian (Pharmacist) via Klinik An-Nur Jengka


Thursday, November 21, 2019

CONTRACTION PAIN!!


Waktu saya pregnant dulu.
Benda yang paling saya takut adalah Episiotomy.
Sebab dari sekolah duk dengar cerita pasal kene gunting apa semua. Then kena jahit.
Huii seram oi!

9bulan pregnant, itu yang paling saya gerun.
Sampaikan tiba hari nak bersalin, rupanya.. episiotomy tu tak rasa apa pun! Yang teruk saya rasa adalah contraction pain. 😹👻.

Mak saya sampai sekarang gelakkan saya sebab saya punya response to contraction pain tu sangat dramatic. (Blame the indian blood in me 😜, pain threshold rendah ya ampun).
Lepas bersalin saya rasa macam nak marah sebab takde siapa tekankan pada saya tentang sakitnya dan seksanya contraction pain tu.

Sebabkan pengalaman pertama tu mengajar saya. (Have to say i learnt the hard way).
Sampai waktu nak melahirkan anak kedua. Saya dah lebih bersedia untuk hadapi contraction pain tu.
Saya dah tahu apa perlu buat untuk kawal diri dan kawal sakit.
Dan sekarang, saya bertugas di department OnG. Hampir semua patients saya, saya maklumkan siap-siap tentang sakit contraction tu. Supaya diaorang tak terkejut macam saya dulu.

Saya inform siap-siap apa yang mereka perlu anticipate dan apa yang mereka boleh buat untuk bantu kurangkan sikit rasa sakit tu.
So, pregnant mommies out there,
1) bersiaplah untuk proses bersalin tu. siapkan fizikal dan siapkan mental. Contraction pain SANGAT SAKIT!
2) waktu sakit, jangan panic. Cari tangan orang yang paling hampir. Pegang tangan dia dan tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan sambil tutup mulut.
InsyaAllaah.
Boleh tu.

Suami/Ahli keluarga perlu jadi sangat membantu time isteri nak bersalin.
Urut belakang dia, urut kaki dia.
Coach breathing technique pada dia. Sebab time sakit tu kita panic kadang sampai tak boleh fikir macamana nak tarik nafas. Suami kena tolong coach.

Pegang tangan dia. Bagi isteri genggam tangan tu. Dia perlu tahu yang dia tak sorang-sorang dalam battle tu. 🙂
Bagi dia assurance yang sakit tu sekejap je lagi. Remind dia "Baby dah nak turun dah. Sikit je lagi, Sayang."
Dia perlukan semangat macamtu. Dia perlu tahu yang sakit tu dah nak berakhir.
InsyaAllah, jasa jasa orang waktu kita nak bersalin tu takkan dilupakan.

Hatta orang tu tolong setakat urut jari kelingking pun dia akan ingat. Sebab time sakit tu kita memang rasa helpless dan in need of support sangat.
Semoga bermanfaat apa yang dikongsikan ni.
Sampai sini dulu coretan Nisa Ali.
Next boleh cerita pasal cara nak elak luka besar pulak. Ehehe. InsyaAllah.

Credit : Anisah Ali


Wednesday, November 20, 2019

Beza Tepung Beras Ikut GAJAH

Hah, Jangan ingat tepung beras semuanya sama. Rupanya ada kegunaan tersendiri. Sebelum ni main belasah jer bila beli janji tepung beras kan.

sharing is caring 🥰
kredit: Sirap Limau





Tuesday, November 19, 2019

Nyamuk...Siapa Suka?

Kadang kadang kita pelik, mengapa sesetengah individu lebih banyak digigit nyamuk berbanding individu lain.

Rupanya ia berpunca dari faktor jumlah gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh seseorang individu.

Wanita hamil dan individu bertubuh besar, obes akan menghasilkan lebih banyak gas karbon dioksida, sebab itu mereka membunyai risiko sehingga 2 kali ganda untuk digigit nyamuk.

Bukan sebab nyamuk suka mereka sebab banyak darah 😅

Kredit: Public Health Malaysia


Monday, November 18, 2019

ANDA RESDUNG?

Cubalah Ubat Resdung Herba ni.
Lulus MAL dari KKM
Selamat digunakan.
.
.
Ramai yang dah kami bantu.
Asalnya tak percaya.
Nak cuba! Meh makan sebotol dulu.
.
.
Bila dah nampak perubahan.
Konsisten makan.
.
.
Apa yang bestnya Ubat Resdung Herba ni?
Tak perlu makan secara BERTERUSAN.
Bila dah OK, tak perlu makan.
Hanya makan bila perlu sahaja.

Harga rm35/30biji
stok sentiasa ada
Berminat nk cuba?
Wasap sy www.wasap.my/60126206750/AH











Sunday, November 17, 2019

HAIWAN PELIHARAAN & BAYI : Selamatkah Tinggal Bersama?

Kebanyakan haiwan peliharaan bersikap lembut dengan kanak-kanak kecil, tetapi masih penting untuk mengawasi keadaan yang boleh membahayakan bayi anda. Ada beberapa langkah berjaga-jaga yang anda boleh ambil untuk memastikan bayi anda selamat, terutamanya apabila dia sudah mula merangkak dan berjalan.

Ketika bayi anda masih sangat kecil, anda secara amnya boleh memisahkan dia daripada haiwan peliharaan dalam kebanyakan masa. Jauhkan haiwan peliharaan dari bilik di mana bayi anda tidur, dan jangan sekali-kali benarkan haiwan itu tidur di katil dengan bayi anda.

Kucing, walaupun biasanya tidak cemburu, tetapi tertarik dengan kehangatan katil atau bakul bayi. Gunakan jaring untuk menutup kereta sorong atau kerusi tolak bayi yang diletakkan di tingkat bawah atau di luar rumah. Walaupun anda mungkin tidak memelihara kucing, kucing-kucing lain di kejiranan anda mungkin ingin tahu

Jika rumah anda mempunyai taman, ia boleh dipagarkan supaya ada tempat yang selamat untuk bayi, asing daripada kawasan haiwan peliharaan. Jika haiwan peliharaan anda dibenarkan menggunakan keseluruhan taman, anda mungkin perlu memeriksanya semula dan gunakan penyodok najis sebelum membenarkan anak anda bermain di luar

Periksa dengan doktor haiwan berapa kerapkah anda perlu memberi ubat cacing kepada haiwan peliharaan anda. Jangan sesekali meninggalkan ubat cacing atau sebarang ubat haiwan yang lain di tempat yang boleh dicapai oleh bayi anda.

#InfoByMhamsb
#stokisAsmakMelaka
#CodMelaka

Saturday, November 16, 2019

Risau Batuk,Kahak & Selsema yang berpanjangan???


Jangan risau lagi!!! Jom cuba 3 produk Asmak di bawah ini:

🌻MINYAK HERBA ASMAK🌻
✔ Sesuai untuk asma, batuk, kahak & selesma.
✔ Membantu mencairkan kahak
✔ Boleh juga digunakan juga untuk masalah sembelit, kembung perut, buasir, digigit serangga, luka, tergeliat, terkena api, bengkak, lenguh & sakit gigi.
✔ Terdapat minyak habbatussauda', minyak gamat, minyak kayu putih & herba akar kayu terpilih.

🌻 JUS ASMAK GOLD🌻
✔Sebagai pelengkap kepada Minyak Herba Asmak
✔Sesuai sekali untuk yang menghidap asma yang agak teruk
✔Juga melegakan batuk, kahak dan selsema, menguatkan ketahanan badan dan meningkatkan kesihatan supaya lebih cergas dan aktif
✔ Sesuai dari 3tahun hingga dewasa

🌞MADU ASLI🌞
✔ Mencegah penyakit ringan mahupun berat seperi : Asma, Resdung, buasir, kanser.
✔Mengembalikan kekuatan tubuh badan.
✔Membersih dan menambah darah.
✔Mengelak cacing perosak dalam perut.
✔Membekalkan tenaga  badan dengan cepat.
✔Melawaskan pembuangan air besar.

#minyakviral
#produkasmak
#selamatsuci
#StokisAsmakMelaka

Berminat???jom wasap sy di www.wasap.my/60126206750


Friday, November 15, 2019

Berkepit dengan Isteri, Barulah Rezeki Sentiasa Berkepit dengan kita.

Perkahwinan sepatutnya membuka pintu rezeki seluas-luasnya tapi kerana hubungan suami isteri renggang pintu rezeki menjadi sempit. Mulalah jadi bibit bibit perpisahan apabila banyak musibah berlaku.

Ramai suami isteri berpecah belah kerana dah tak mahu berkepit macam masa mula-mula kahwin dulu. Anak ramai atau tak ramai bukan alasan malu nak berkepit nanti anak-anak pandang.

Menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada banyak kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami.

𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐩 𝐦𝐚𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢, 𝐜𝐨𝐦𝐟𝐢𝐫𝐦 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 𝐩𝐮𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐣𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢.

6 Amalan suami isteri yang ada kebaikan
dari segi psikologi dan saintifik :

𝟏. 𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐢𝐮𝐦 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢
Isteri yang salam, cium dan peluk suami selama 10 saat setiap pagi menghasilkan banyak "hormon endorfin".
Hormon endorfin ini dapat membantu isteri turun berat badan dan mengurangkan keresahan.

Tak perlu ubat atau tahan lapar kalau nak kurus, beri suami sentuh anda dah cukup. Lebih kerap lebih baik, kurus dapat pahala pun dapat..

𝟐. 𝐓𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐚𝐤 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢
Isteri yang ada masalah tidur boleh cuba cara ini, kerana tidur di bawah ketiak suami boleh beri anda tidur yang lena dan tenang kerana adanya "Hormon Bau Phero".

Bukan itu sahaja bau phero suami dapat meredakan stress ada sepanjang hari buat kerja rumah. Cubalah, dapat pahala lagi..!

𝟑. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐮 𝐦𝐚𝐧𝐝𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Mandi bersama suami isteri yang sah adalah sunnah dan dapat pahala. Selain dari itu proses mandi yang mesra dan intim dapat mengurangkan stress isteri dan suami.

Bukan sahaja dapat dibersihkan bahagian belakang badan malah dari segi saintifik proses mandi bersama akan membuat jantung lebih sihat.

𝟒. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Suami jadi yakin setia bersama isteri apabila pertama kali nampak dia kentut. Suami yakin berkompromi dengan “bencana” apa pun bersama isterinya selepas ini.

Suami isteri merasa lebih bebas melakukan apapun. Kerana hubungan yang sihat dalam keluarga asasnya adalah ketulusan dan kepercayaan.

Wanita selalu ingin tampil cantik. Lelaki selalu ingin tampil gagah. Satu kentut tidak akan mengubah keadaan itu menjadi sebaliknya.

𝟓. 𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐢𝐮𝐦 𝐩𝐢𝐩𝐢 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢
Ramai suami yang tidak tahu tapi setiap pelukan mesra suami dapat mengeluarkan "hormone oxytocin" ia mampu membuatkan isteri rasa bersemangat dan bertenaga.

Setiap sentuhan suami di pipi, pinggang, peha dan punggung dapat buat isteri kembali bertenaga walaupun setelah seharian bekerja.

𝟔. 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮
Lalukan solat berjemaah bersama sekerap yang boleh. Kerana satu jaminan yang kita boleh beri pada isteri iaitu kita mahu bawa mereka ke syurga bersama.

Solat berjemaah juga mengeratkan silaturrahim dan buat isteri lebih taat dan setia pada suami yang memimpin mereka ke jalan Allah.

.
Suami layanlah isteri macam RATU, barulah rezeki yang datang macam RAJA.

Setiap pagi bagi isteri anda ketenangan, kekuatan dan semangat dengan pelukan dan ciuman di pipi mereka.

Jangan terkejut lepas ni isteri jadi SUPERGIRL di rumah, comfirm lepas tu rezeki yang datang pun macam SUPERMAN..😁😉
.

P/s : Mohon kongsikan pesanan ini pada pasangan anda dan suami isteri lain kerana percayalah masih ramai yang belum tahu nak hargai pasangan mereka dengan betul. Tolong ye..

Kredit: Mohd Fhais


Thursday, November 14, 2019

Petua Merawat Masalah Buasir


Kali ini saya nak kongsikan tips atau pun petua untuk masalah buasir. Apa yang akan saya kongsikan ini mungkin sesuai diamalkan dan serasi dengan anda. Siapa tahu kan. Ikhtiar kita yang akan memberikan sedikit manfaat dan perubahan kepada kesihatan diri kita dan orang sekeliling kita InshaAllah.

Baiklah petua ini saya ambil dan dikreditkan daripada sumber yang tercatat dalam ilustrasi yang akan saya sertakan diakhir artikel nanti. Buasir ni sinonim dengan mereka yang kebiasaannya meneran atau pun melakukan kerja berat dan juga wanita mengandung.

Berikut dikongsikan tips dan petua yang boleh diamalkan.

1. Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit.

2. Elakkan dari menggaru di tempat yang gatal kerana ini akan membuatkan ianya semakin teruk.

3. Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.

4. Bersihkan tempat buasir dengan lembut dan menyeluruh selepas membuang air besar.

5. Selepas cuci, lap dengan tuala atau tisu yang lembut untuk mengeringkannya.

6. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.

7. Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.

8. Boleh sapukan Minyak Herba Asmak di kawasan buasir untuk membantu pengecutan dan mengurangkan kesakitan.

InshaAllah, panduan ini boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah buasir yang dihadapi.

#MinyakHerbaAsmak
#MinyakViral


Wednesday, November 13, 2019

Induce vs Augment

Salam semua!
Pastinya ramai yang sedang bercuti dan meluangkan masa bersama dengan keluarga tercinta.
Hari ini, saya akan bincangkan secara ringkas tentang satu persoalan yang selalu ditanya di klinik iaitu " Induce tu macamana Dr?, sakit ke?"

Induce atau dalam bahasa perubatannya 'Induction of labour' adalah satu proses yang dijalankan untuk membolehkan seseorang bakal ibu memulakan proses bersalin. Ia biasanya menggunakan sebiji ubat (Prostaglandin E2) yang akan diletakkan kedalam faraj, berhampiran dengan pintu rahim.  Ubat ini akan bertindak untuk menggalakkan pengeluaran hormon yang boleh memulakan proses bersalin. Hormon ini akan merangsang rahim untuk memulakan kontraksi, di mana biasanya akan diikuti pembukaan pangkal rahim. Berapa biji ubat yang perlu digunakan bergantung kepada respon rahim bakal ibu- ada yang berjaya selepas sebiji, ada yang memerlukan lebih dari satu, malah ada bakal ibu yang tidak menunjukkan tindakbalas langsung, dan perlu melalui kelahiran melalui pembedahan kerana 'failed induction'.

Augment pula adalah dengan menggunakan drip setelah bakal ibu mempunya kontraksi tetapi kekerapan dan kekuatan kontraksi tersebut tidak cukup untuk proses bersalin yang efisien. Ubat drip ini juga merupakan sejenis hormon- Oxytocin. Ubat ini diberikan dibawah dos yang dipantau dengan rapi sehingga kekerapan kontraksi adalah sekitar 3-4:10 ( 3 hingga 4 kali kontraksi dalam 10 minit).

Bakal Ibu biasanya akan bertanya " sakit tak induce ni Dr?". Sememangnya induce dan augment ini lebih sakit daripada bersalin biasa, tetapi dengan sokongan daripada suami dan staff kami yang berdedikasi serta ubat tahan sakit yang efektif,  InsyaAllah bakal ibu biasanya akan melalui proses ini dengan jayanya.

Diharap sedikit perkongsian tentang induction & augmentation di atas dapat menjawab persoalan yang sering ingin diketahui oleh para ibu semua.

Jangan confused lagi ya tentang induce dan augment!😊😊😊😊

Kredit :Dr Ayu
Pakar Perbidanan & Sakit Puan
MBChB ( UK), MRCOG (UK), DRCOG (UK)
LLM (Medical Law & Ethics), UK


Tuesday, November 12, 2019

Monday, November 11, 2019

Lapar VS Craving

Susah nak kurus sebab craving..jangan duk layan craving sangat, t mula makan x ingat dunia😅😅

Kredit: Syaza Nutritionist

#StokisAsmakMelaka
#minyakAsmakCODMelaka












Sunday, November 10, 2019

JANGAN CIUM BAYI SESUKA HATI

.
1. KUMAN BATUK, SELSEMA DAN DEMAM BERJANGKIT
Ketika mencium bayi baru lahir, kuman seperti batuk, selsema, dan demam boleh ikut berpindah dari mulut (air liur) ke pipi atau bibir si kecil. Disebabkan bayi baru lahir belum mempunyai imuniti sekuat orang dewasa, maka mereka lebih mudah diserang jangkitan tersebut.

Walaupun tidak mencium bayi, mereka yang sakit tidak disarankan untuk melawat bayi baru lahir sama sekali. Ini kerana, ketika seseorang yang sakit terbersin, batuk, bernafas, apatah lagi mencium bayi, kuman akan disebarkan tanpa disedarinya.
.
.
2. BOLEH TERKENA RUAM KULIT
Ruam kulit boleh berlaku kepada bayi yang begitu sensitif terhadap persekitarannya, lebih-lebih lagi bayi pramatang atau bayi yang mengalami eczema. Oleh itu, pastikan ibu bapa juga sentiasa mengamalkan kebersihan apabila ingin memegang dan menyentuh bayi baru lahir.

Infeksi mononukleosis yang umumnya disebut kissing disease juga adalah antara virus yang boleh ditularkan melalui air liur. Antara gejala umumnya termasuklah ruam kulit selain demam, sakit kepala, radang tekak, dan sebagainya.
.
.
3. ASAP ROKOK ‘BASI’
Apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan nikotin masih akan terlekat di kulit dan bajunya walaupun selepas berjam-jam lamanya. Yang mengejutkan, kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok ‘basi’ ini sebenarnya adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.

Keadaan toksik seperti ini sudah tentu akan memberi kesan sampingan kepada bayi, terutamanya dalam masalah pernafasan. Jadi, cuba sedaya-upaya mengelakkan bayi anda didekati oleh perokok, apatah lagi dicium olehnya.
.
.
4. WABAK MERBAHAYA JUGA BOLEH TERTULAR
Selain penyakit biasa seperti batuk dan demam, wabak merbahaya seperti meningitis, herpes, cacar air, dan sebagainya. Satu contoh yang boleh kita ambil adalah penyakit herpes. Penyakit herpes mungkin adalah penyakit yang jarang dihidapi oleh seseorang. Tetapi, terdapat sumber mendapati bahawa seseorang yang terkena herpes akan memiliki virus ini di dalam tubuh sepanjang hidupnya.

Apa yang menakutkan, penyakit ini tidak dapat dikesan dengan mata kasar. Maka, ibu bapa haruslah selektif dan menolak halus jika bayi anda mahu dicium oleh seseorang yang tidak anda kenali.
.
.
5. WAJAH BAYI ADALAH ZON SENSITIF
Fahami bahawa bahagian wajah bayi baru lahir adalah amat sensitif. Penyebaran virus boleh terlekat, boleh terhirup melalui hidung, atau tersebar melalui mulutnya.

Oleh itu, kurangkan interaksi dengan bayi pada bahagian wajah sekiranya kita kurang sihat. Bahagian tubuh lain seperti kaki boleh dijadikan alternatif untuk dicium.
.
.
BUKAN SOMBONG, IBU BAPA HANYA INGIN MELINDUNGI ANAK
Memang terasa malu untuk melarang tetamu daripada mencium bayi atau anak kita. Malah, kita mungkin dianggap sombong atau ‘diva’ apabila memberi teguran. Tetapi, pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Bila bayi sakit, ibu bapalah yang tidak dapat tidur seharian! Malah, ia adalah hak ibu bapa untuk memastikan keselamatan serta kesihatan bayi.

Sebaiknya, tetamu juga memahami pantang larang bayi baru lahir apabila berkunjung. Cukuplah sekadar melihat bayi dan memanggilnya. Jika tidak sihat, tundakan dahulu daripada melawat bayi baru lahir.



Saturday, November 9, 2019

BILIK AIR PUNCA REZEKI TERHALANG


Hari ini saya nak share bab bilik air. Saja nak share walaupun saya tahu bilik air rumah anda cantik dan bersih.

PERTAMA

Apa yang kita perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah kita. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah – kita termasuk dalam zon selamat.

KEDUA

Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.

Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah tempat tinggal SETAN & JIN. Malah di situ jugalah mereka beranak-pinak.

Adakah bilik air kita ada ciri-ciri seperti di bawah?

Tandas kotor
Adakah bilik air kita bersih seperti ini?

☑ Lantai & Mangkok Tandas Kotor Kekuningan?

☑ Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam?

☑ Sinki dalam bilik air berkerak?

☑ Bau bilik air anda setaraf tandas awam?

☑ PINTU BILIK AIR SENTIASA TERBUKA?

Bila bilik air kotor, Setan & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan.

Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Setan & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.

Bilik Air Kotor Jadikan Rezeki Payah Masuk
Maka dari situ punca REZEKI KITA TERSEKAT!

☑ Setan dan Jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMI, SUAMI PEMALAS!

☑ SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita contohnya – IRI HATI, CEPAT SENTAP, RASA DIRI SELALU BETUL ORANG LAIN SALAH, SOMBONG, BONGKAK, LUPA ALLAH (Tak solat, puasa dan berzakat).

☑ BILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN, EMOSI KITA HARUSLAH STABIL. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?

☑ BERMULA HARI INI – KENA RAJIN BASUH BILIK AIR.

Dalil berkaitan TANDAS tempat tinggal JIN.

Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi WaSallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Kongsikan jika bermanfaat kpd org lain..In Shaa Allah..

Kredit :dari penulis asal