Sunday, June 9, 2019

Panduan Beraya dengan Hati yang Tenang



1. Ingat kembali,tujuan kita meraikan Aidilfitri adalah kerana untuk meraikan kejayaan kita sepanjang bulan puasa. Ajar anak-anak juga untuk memahami erti raya yang sebenar. Sambutlah dengan sederhana tanpa aktiviti yang lagha.

2. Tak perlu segalanya baru,cukuplah bersederhana dan pastikan semuanya dalam keadaan terbaik yang kita mampu. Jangan ikut nafsu biar papa asal bergaya.

3. Selesaikan segala bayaran bil dan hutang sebelum beraya supaya lepas raya boleh teruskan kehidupan dengan tenang dan boleh elak dari terlebih belanja.

4. Jadi diri sendiri tak perlu jadi orang lain.

5. Elakkan dosa-dosa di Aidilfitri dengan mengelakkan aktiviti membawang dan menutup aurat dengan sempurna.

Pesanan ini dibawakan oleh Asmak untuk ingatan kita bersama.

#Asmak #WeAreFamily

No comments:

Post a Comment