Sunday, June 2, 2019

DUIT RAYA

Satu pemberian dengan keikhlasan hati dan mengikut kemampuan, maka ia menjadi satu HADIAH atau SEDEQAH dan dikira Ibadah,
Namun ingatlah ada yang tak mampu untuk memberi, bahkan jika tidak mahu memberi walaupun mampu bukanlah menjadi satu kesalahan.

Sabda Rasulullah,

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang”.

Memahami hakikat ini saya sendiri telah berbincang dengan anak-anak, sepertimana Eidulfitri yang lalu,

1. Tiada beg duit raya untuk masing-masing, jika ada ia seolah satu isyarat bahawa mereka perlu diberi duit raya bila berziarah. Jika tidak diberi dilarang keras untuk bertanya.

2. Setiap kali terima duit raya, ucap ALHAMDULILLAH dan TERIMA KASIH. Salam jika dibenarkan syara' dan ucap selamat hari raya.

3. Dilarang buka sampul di hadapan pemberi, lebih lagi mengira dan menyebutkan berapa jumlah. Kanak-kanak sangat lurus dan tak berlapik. IBU BAPA perlu sentiasa ingatkan.

4. Sebaik sahaja terima serahkan secepatnya sampul itu kepada Ummi atau Abi. Dan jangan bimbang ia akan simpan di satu ruang khas, supaya kami tidak tersilap menggunakannya ☺️, pernah ketikanya kami perlu pinjam dahulu untuk satu keperluan terdesak, maklumkan pada anak-anak dan akan digantikan.

5. Duit raya, biasanya akan ada perbincangan anak-anak nak buat apa, beli sesuatu, simpan, dan mesti ada jumlah untuk Infaq. Ikut keputusan masing-masing tapi dengan kelulusan. Ada juga mereka berpakat belikan hadiah untuk kami, ada juga mereka beri cash, katanya duit raya buat Umi Abi 😉.

Duit Raya memang menggembirakan kanak-kanak, mak bapak pun suka, semua pun suka duit. Namun beringatlah, ia boleh membawa dukacita kepada yang tak mampu dan mengguris hati pemberi apabila lupa disertakan adab.

Moga perkongsian di atas bermanfaat untuk Ibu Ayah. Silakan tambah tips kalian di ruangan comment dibawah 🙂👇.

Asma' binti Harun.

#SilakanShare
#DuitRayaBukanWajib
#EidulfitriHariBahagiaBuatSemua


No comments:

Post a Comment