Sunday, June 30, 2019

Durian bahaya untuk pesakit diabetes?

Sebenarnya semua orang boleh makan durian.

Melainkan orang tu ada diabetes, memang kena kawal.

Sebab gula dalam darah boleh naik mendadak lebih lebih lagi bila makan durian tu sebaik sahaja lepas makan nasi.

Lonjakan gula makin bertambah tinggi dan bahaya untuk penghidap kencing manis ni.

Bayangkan ye, satu ulas je pun dah bagi pengaruh besar terhadap kandungan gula dalam darah.

Kalau makan satu biji atau berbiji biji durian, memang tak boleh bawa bincang dia punya bahaya dan komplikasi.

Siapa yang ada diabetes tu elok rujuk dulu pada doktor sama ada boleh ke tak makan durian.

Seeloknya kena elakkan untuk cegah kenaikan gula dalam darah.

#InfoKesihatan

No comments:

Post a Comment