Wednesday, June 19, 2019

5 jenis kesakitan yang dialami orang dewasa sehingga menyebabkan sakit perut

1. Perut kembung

Makanan tertentu boleh menyebabkan rasa kembung, senak perut, sering sendawa dan kentut.

Cara mengatasi:

* Makan perlahan-lahan dan jangan makan terlampau banyak

* Kurangkan minum air gas dan minuman manis

* Elakkan makanan yang boleh menambah angin dalam badan seperti brokoli dan kubis.

* Kurangkan makan makanan tinggi lemak.

* Semak dulu kalau anda mempunyai alahan terhadap makanan tertentu.

2. Pedih ulu hati

Ubat senak perut, senak perut tanda mengandung, sakit perut memulas, sakit perut angin, sakit perut memulas tapi tak berak, cara menghilangkan sakit perut, petua hilangkan sakit perut, punca sakit perut, senak perut, sakit perut

Biasanya disebabkan senak perut atau perut yang terlalu penuh dan masalah pencernaan.

Cara mengatasi:

* Kurangkan kafein, makanan pedas, makanan berlemak dan berminyak

* Makan dalam kuantiti yang kecil

* Makan perlahan-lahan

* Jangan baring selepas makan

* Jangan pakai pakaian yang terlalu ketat

* Kurangkan berat badan

* Berhenti merokok

3. Sakit ketika haid atau senggugut

Senggugut ialah rasa sakit perut ketika datang period. Sesetengah wanita juga akan rasa senak perut kerana perubahan hormon semasa haid boleh memberi kesan kepada sistem pencernaan.

Cara mengatasi:

* Bersenam sebelum datang period
Tuam panas.

* Makan pil perancang.

* Teh herba seperti Chamomile, Fennel, dan halia boleh membantu sakit cramp sewaktu period.

4. Gastroneteritis atau radang perut

Ubat senak perut, senak perut tanda mengandung, sakit perut memulas, sakit perut angin, sakit perut memulas tapi tak berak, cara menghilangkan sakit perut, petua hilangkan sakit perut, punca sakit perut, senak perut, sakit perut

Biasa dikenali sebagai ‘stomach flu’ .

Tanda-tanda termasuk senak perut yang disertai dengan rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit dan demam.

Cara mengatasi:

* Jumpa doktor, anda mungkin perlu makan ubat antibiotik.

* Banyakkan minum air agar sentiasa terhidrasi

* Pilih makanan yang mudah dihadam dan elakkan makanan pedas, berlemak, produk tenusu dan kafein.

* Makan probiotics untuk mengganti bakteria baik di dalam perut dan usus.

* Basuh tangan dengan kerap, dan kalau rasa larat, bersihkan rumah untuk mengurangkan jangkitan.

5. Sembelit

Kurang buang air besar juga boleh menyebabkan anda rasa senak perut.

Cara mengatasi:

* Banyakkan makanan yang berserat tinggi setiap hari.

* Minum air yang banyak

* Bersenam

* Makan ubat untuk mengurangkan sembelit kalau masih juga sakit perut..

Walaupun selepas mencuba semua petua diatas tetapi tidak berkesan, jumpalah doktor untuk memastikan ia bukan masalah yang lebih serius.

Semoga membantu!

#HasnizamMdSaad

No comments:

Post a Comment