Saturday, June 15, 2019

Bubble Tea Minuman Tinggi Gula


BAHAYAKAH 'BUBBLE TEA'

Diberitakan seorang remaja berusia 14 tahun dari Zhejiang, China telah diviralkan, berikutan xray beliau yang menunjukkan beratus 'bubble tea pearls' yang tidak dihadamkan berkumpul dalam saluran usus. 

Dengan lebih jelas, xray menunjukkan bagaimana pearls ini yang dibuat dari kanji ubi (tapioca starch) bersifat seperti gam yg melekat. Jika 
digabungkan makanan lain yang belum sempurna dihadamkan menyebabkan najis menjadi lebih melekit dan akhirnya menyebabkan usus tersumbat. 

Akhbar online China "The Paper" melaporkan bahawa ibubapa remaja ini membawa beliau ke hospital berdekatan  (Zhuji People’s Hospital) di Zhejiang pada 28 May 2019, setelah remaja iru mengadu sakit perut yg keterlaluan, tiada selera untuk makan dan sembelit yang lama. 

Selepas melakukan pemeriksaan xray, doktor yg merawat Dr 
Zhang Louzhen melakukan pemeriksaan CT scan abdomen pula sebagai pengesahan dan mendapati bahawa bayangan ketulan telah memenuhi keseluruhan ruang antara perut hingga usus besar terakhir iaitu anus. 

Bila disoal remaja itu memberitahu beliau ada meminum segelas 
"bubble tea" lima hari sebelumnya.

Lalu doktor di hospital itu membuat kesimpulan bahawa masalah yang dialami oleh remaja ini berpunca dari butiran 
'tapioca pearls' dalam minuman bubble tea yang tidak terhadam.

Apa yang berlaku adalah berkemungkinan remaja itu meminum terlalu banyak 'bubble tea', dalam masa terdekat. 

Semestinya meminum 'bubble tea' tidak berbahaya, tetapi meminumnya dalam kadar yang banyak dalam jangka masa yang pendek, mungkin menyebabkan 'tapioca pearls' tidak terhadam dengan sempurna. 

 Apa yang penting adalah mengamalkan apa saja makanan dan minuman secara sederhana. 

Jangan minum terlalu banyak, InsyaAllah kita tidak mengalami masalah.

#HealthDrZubaidi

Jom ambil langkah bijak.
Minum air kosong lebih dari minum minunan yang tinggi kandungan gulanya.



No comments:

Post a Comment