Tuesday, December 31, 2019

Cuaca pun tak menentu sekarang

Musim Hujan Sat panas sat sejuk

Wajib ada sebotol setiap rumah

Jangan tunggu anak selsema, batuk dan berkahak baru nak cari tau.Beli siap-siap, lepas mandi pagi dan petang terus sapu kat dada dan belakang.

Utk apa?

Elak selsema, batuk dan berkahak.Musim cuaca macam ni jadikan Minyak Herba Asmak sebagai pencegah.
Jika selsema, jangan lupa sapukan atas hidung macam shading gitu selain dada dan belakang.In sya Allah anak-anak akan lena tidur malam.

 Menyusu pun memang tak ada masalah

Jom dapatkan sebotol

RM39 sahaja, kalau sekali pergi klinik RM60-100..So kita jimat kos cegah sebelum terlambat

 ๐ŸŒบDapatkan segera

www.wasap.my/60126206750/MINYAKASMAK






Monday, December 30, 2019

JANGAN CEMBURU TERHADAP REZEKi ORANG LAIN

Seekor Gajah dan seekor Anjing hamil pada saat yang sama. Tiga bulan kemudian anjing melahirkan enam anak anjing. Lalu, enam bulan kemudian anjing itu hamil lagi, dan sembilan bulan berikutnya anjing itu melahirkan anak anjing yang lain. Demikian seterusnya.

18 bulan kemudian,
anjing itu mendekati gajah sambil bertanya, “Apakah kau yakin bahwa kau sedang hamil? Kita hamil pada masa yang sama, saya telah melahirkan tiga kali untuk sedozen anak anjing dan sekarang mereka sedang membesar.
Tetapi kau masih saja hamil.
Apa yang sedang terjadi?”

Gajah itu menjawab, “Ada sesuatu yang harus kau mengerti. Apa yang saya bawa bukan anjing tetapi gajah. Saya hanya melahirkan seekor gajah dalam dua tahun. Ketika bayi saya menyentuh tanah, bumi akan merasakannya. Ketika bayi saya melintasi jalan,manusia berhenti dan melihat dengan kekaguman, apa yang saya bawa menarik perhatian. Jadi, apa yang saya bawa dalam perut ini adalah unik, perkasa dan besar.”

Moral :
Jangan kehilangan iman ketika kita melihat orang lain menerima jawapan atas doa-doa mereka.
Jangan merasa cemburu dgn kemudahan rezeki orang lain.

Jika kita belum menerima rezeki kita sendiri, jangan merasa putus asa. Berkatalah pada diri sendiri,
“Waktu saya akan tiba, dan ketika semua doa saya terkabul masa itu orang akan sgt kagum”

Semoga hari ini Rezeki Kita semua bagai curahan air yang turun dari langit...
Halal dan Barokah.
Aamiin...In Sha Allah

#CopyNPaste
#BersyukurTanpaSyarat


Sunday, December 29, 2019

Etika batuk dan bersin

Etika batuk dan bersin sebagai panduan untuk dijadikan amalan.

Panduan ini sangat berguna jika anda berada di kawasan awam, tempat kerja atau majlis tertentu
yang ramai orang.

Kredit: Info Sihat via KKM Putrajaya

Saturday, December 28, 2019

Cegah Influenza

Influenza diklasifikasikan kepada 3 jenis utama iaitu A,B dan C. Influenza A adalah jenis yang kerap berlaku dimana jangkitan ringan akan sembuh dengan sendiri namun jangkitan yang teruk boleh meragut nyawa.

Individu yang mempunyai risiko komplikasi influenza seperti warga emas berumur lebih 65 tahun atau individu yang lemah system pertahanan badan perlu mendapatkan bantuan rawatan perubatan dengan segera.

Di musim perubahan cuaca ini, selesema adalah lazim berlaku dikalangan penduduk di Malaysia. Bagi mengelak jangkitan influenza, amalkan cara basuh tangan yang betul dan kerap, elakkan tempat awam yang ramai pengunjung, tutup mulut dan hidung apabila anda bersin dan batuk serta digalakkan duduk dirumah sekiranya anda demam.

Kredit: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Friday, December 27, 2019

BIODATA RASULULLAH SAW


· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุงุตุญุงุจู‡ ูˆุณู„ู…

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Nota :
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, ๐Ÿ‘ณ

Thursday, December 26, 2019

Dah Tua Baru Nak Berniaga?Relakss..

Pada usia 5 tahun, bapanya meninggal dunia.
Pada usia 16 tahun, dia berhenti sekolah.
Pada usia 17 tahun, dia sudah kehilangan 4 pekerjaan.
Pada usia 18 tahun, dia berkahwin.
Antara usia 18 dan 22, dia adalah seorang konduktor kereta api dan gagal.
Beliau menyertai tentera.

Beliau memohon untuk masuk sekolah undang-undang tetapi ditolak. Dia menjadi seorang jurujual insurans dan gagal lagi. Pada usia 19 tahun, beliau sudah menjadi seorang ayah. Pada usia 20 tahun, isterinya meninggalkan dia dan mengambil bayi perempuan mereka.

Beliau menjadi seorang tukang masak dan pencuci pinggan di sebuah kafe kecil. Dia gagal dalam percubaan untuk menculik anak perempuan sendiri, dan akhirnya dia yakinkan isterinya untuk pulang ke rumah.

Pada usia 65 tahun, beliau bersara. Pada 1hb persaraan, beliau menerima cek daripada Kerajaan bernilai $ 105. Beliau merasakan bahawa Kerajaan telah berkata "bahawa kamu tidak dapat menyediakan apa-apa untuk dirinya sendiri".

Beliau memutuskan untuk membunuh diri kerana dia telah gagal begitu banyak kali. Dia duduk di bawah pokok mahu menulis kemahuannya, tetapi sebaliknya, beliau menulis apa yang akan dicapai dengan hidupnya.

Dia sedar ada banyak lagi yang dia tidak lakukan.
Ada satu perkara yang dia boleh lakukan lebih baik daripada orang yang dia tahu. Dan itu adalah bagaimana untuk memasak ayam goreng.

Jadi dia meminjam $ 87 dari cek yang dimilikinya untuk beli dan goreng beberapa ayam menggunakan resipi istimewanya, kemudian pergi rumah ke rumah untuk menjual kepada jirannya di Kentucky.

Ingat: Walaupun pada umur 65 tahun, beliau bersedia untuk membunuh diri kerana kegagalannya.

Tetapi pada usia 88 tahun, Kolonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC) Empire adalah seorang jutawan.

Moral cerita : Attitude (SIKAP)

Kita tidak pernah terlambat untuk bermula dan bermula dan bermula walau berkali-kali telah gagal.Paling penting sikap kita. Jangan putus asa walau sesukar manapun cabaran yang mendatang.

Kredit =Faez Naser



Wednesday, December 25, 2019

PENTING!! SUAMI ISTERI WAJIB TAHU.. PANTANG ISTERI ..

44 Hari
- Pantang keluar rumah
.
100 Hari
- Pantang Suami
- Pantang mandi air sejuk & pantang ber air-cond
- Pantang angkat benda berat & pantang kena hujan.
.
6 Bulan
- Pantang makan selagi bayi masih menyusu
- Pantang senaman yang berat

1 Tahun
- Pantang minuman berais& pantng laksa pulut.
.
.
SEMOGA BERMANFAAT


Tuesday, December 24, 2019

APAKAH PENYEBAB GUSI BENGKAK?

*Penyebab gusi bengkak yang utama ialah kebersihan mulut. Setiap individu haruslah menjaga kebersihan mulut dengan teliti supaya dapat mengelakkan berlakunya kejadian seperti ini. Antara cara menjaga kebersihan mulut adalah dengan menggosok gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Selain itu, kita juga bolehlah kumur mulut untuk membantu membasmikan kuman dalam mulut.

*Penyebab seterusnya adalah pemakaian pendakap gigi. Hal ini kerana sekiranya pendakap gigi dipasangkan terlalu berhampiran dengan gusi, ianya akan memberikan tekanan pada gusi sekaligus menyebabkan ia menjadi bengkak.
Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sihat juga boleh menjadi salah satu penyebab gusi bengkak. Makanan yang dimaksudkan adalah makanan yang bergula. Hal ini bolehlah diperbetulkan dengan mengamalkan makanan seimbang yang kurang kandungan gula.

*Seterusnya, kekurangan vitamin juga boleh mendorong ke arah gusi bengkak. Vitamin yang paling penting untuk menjamin kesihatan gusi ialah vitamin C. Sekiranya badan kita kekurangan vitamin C maka gusi kita akan bengkak dan mudah berdarah. Penyakit kekurangan vitamin C dipanggil sebagai ‘Scurvy”.

*Kehamilan juga merupakan salah satu penyebab gusi bengkak yang ramai tidak ketahui. Hal ini kerana sewaktu mengandung, ibu akan kekurangan kandungan nutrisi dalam badan disebabkan zat-zat tersebut diberikan kepada kandungan dalam rahimnya. Justeru itu, wanita hamil tersebut akan mengalami gusi bengkak.

*Seterusnya, penyebab lain gusi bengkak adalah disebabkan oleh pengumpulan nanah dalam gigi, gusi ataupun tulang yang me

megang gigi yang datang daripada jangkitan kuman. Hal ini boleh berlaku akibat penjagaan kebersihan mulut yang tidak betul yang boleh menyebabkan kedatangan bakteria.

#medinipasirgudang
#infodental


Monday, December 23, 2019

๐Ÿ’‰๐Ÿ’Š Hukum Mengambil Imunisasi Atau Vaksinasi

❓Apa hukumnya berubat sebelum terjadinya penyakit, seperti imunisasi atau vaksinasi?

✅ Asy-Syaikh Ibnu Baz ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ menjawab, “Tidak mengapa berubat bila dikhawatirkan terjadinya penyakit kerana adanya wabak atau sebab-sebab yang lain yang dikhawatirkan terjadinya penyakit kerananya. Maka tidak mengapa mengambil ubat untuk mengelakkan penyakit yang dikhawatirkan. Hal ini berdasarkan sabda Nabi ๏ทบ dalam hadits yang sahih:

ู…ู† ุชَุตَุจَّุญَ ุจِุณَุจْุนِ ุชَู…َุฑَุงุชٍ ู…ِู†ْ ุชَู…ْุฑِ ุงู„ْู…َุฏِูŠْู†َุฉِ ู„َู…ْ ูŠَุถُุฑَّู‡ُ ุณُู…ٌّ ูˆَู„َุง ุณِุญْุฑٌ

๐Ÿ“•“Barangsiapa yang di waktu pagi memakan tujuh butir kurma Madinah, maka tidak akan mencelakakannya sihir ataupun racun.” (Muttafaqun ‘alaih)

☝๐ŸผIni termasuk dalam bab menghindari penyakit sebelum terjadinya. Demikian pula bila dikhawatirkan terjadi sebuah penyakit lalu dilakukan vaksinasi/imunisasi untuk melawan penyakit tersebut yang terdapat di suatu negeri atau di negeri manapun, tidak mengapa melakukan hal demikian dalam rangka mencegahnya. Sebagaimana penyakit yang telah menimpa itu diubati, maka diubati pula penyakit yang dikhawatirkan akan menimpa.

❗Akan tetapi tidak boleh menggunakan azimat-azimat dalam rangka menangkal penyakit, jin atau (bahaya) mata dengki. Kerana Nabi ๏ทบ melarang hal tersebut. Nabi ๏ทบ telah menerangkan bahawa hal itu termasuk syirik kecil, maka wajib berhati-hati darinya.” (Majmu’ Fatawa wa Maqalat Ibni Baz, 6/21)

๐Ÿ“‚ https://asysyariah.com/apa-hukumnya-memberikan-vaksin-kepada-anak/




Sunday, December 22, 2019

Nak Hilangkan Resdung??

Pernah alami situasi sebegini?

1. Hidung ketat
2. Hidung berair - dah macam paip bocor
3. Bersin berkali-kali
4. Sakit di bahagian sebelah muka, sebelah lagi tak sakit pulak

Itulah RESDUNG!

Anda memang perlukan herba dan penawar bagi penyakit wajib seperti ini!
Memperkenalkan...ASMAK HERBS! ;)
Sesuai menghilangkan resdung anda setiap hari

Asmak Herbs dirumus khas daripada herba terpilih, dijalankan dengan teknologi RND, mempunyai sijil KKM sah dan pastinya selamat untuk semua peringkat umur.

Hanya makan bila perlu sahaja. Jadi, jika anda resdung lagi pada akan datang, tidak jadi masalah dan masih berkesan menghilangkan resdung anda.

Nk oder wasap sy 0126206750
InsyaAllah sy boleh COD area mlk tengah๐Ÿ˜Š
#Asmakherbs RM35 Sebotol
#MinyakHerbaAsmak RM39 sebotol
Tqvm





Saturday, December 21, 2019

PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK

1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik.  Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut

3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan  usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi,  ulang usapan ini sebanyak 3 x.  Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.

5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan

"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"

6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi

7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan

8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT

9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud

Amalkan hari-hari....in sha Allah kelihatan 'cantik'.


Friday, December 20, 2019

Jadi surirumah sepenuh masa mental kena kuat.

Siapa cakap jadi surirumah ni senang?duduk rumah goyang kaki je.makan tido,membesarkan badan.
.
Hakikatnya surirumah je yang tau betapa penatnya seharian dirumah.dapat pulak kalau ada anak kecil.macam-macam ragam.
.
Kau masak kat dapur.anak menangis nak susu.kau kemas depan,dia buat sepah pulak dalam bilik.kau kemas dalam bilik,dia pergi dapur main masak-masak.selagi tak tidur tu ada je kerja dia.
.
Tak ada istilah cuti kalau jadi surirumah.sakit ke,demam ke..tetap juga kena buat rutin harian macam biasa.kalau tak memang tak makan la suami dengan anak-anak.haru biru la rumah jadinya.
.
Penat orang bekerja dengan surirumah ni lain. Yang bekerja tu sekurang-kurangnya korang hadap dunia luar.boleh tengok sekeliling.harini kau tengok benda lain.esok pulak kau tengok benda lain lagi.
.
Yang duduk rumah ni?buat benda yang sama je tiap hari.hari-hari pikir nak masak apa.hari-hari jadi singa melayankan karenah anak.tu yang kadang-kadang sampai stress jadinya.
.
Suami kena ambil peduli semua ni.tolong isteri kat rumah.jaga anak-anak.sesekali tu bagi ruang kat isteri nak berehat.bagi la duit sikit suruh isteri pergi shoping ke,spa ke..kan elok macam tu.
.
Tak pun buat la suprise .bagi coklat ks.Isteri mesti rasa lebih dihargai.betul x??kalau tak percaya cuba la buat.akak cadangkan je..๐Ÿ˜๐Ÿ˜

#surirumahbekerjaya
#surirumahwanitahebat
#gambarhanyapinjaman


Wednesday, December 18, 2019

Persediaan Hiking Bagi Seorang Pendaki Newbie

Sekarang Ini memang tengah trend hiking dan ia adalah satu hobi yang digemari anak muda mahupun orang yang sudah berusia. Usia bukan lagi penghalang untuk kita mendaki gunung asalkan kita kuat dan larat menghadapi cabaran sepanjang pendakian. Bagi mereka yang pernah berhiking, pastinya tidak pernah terlepas untuk berkongsikan gambar menarik. Inilah yang akan menyebabkan ramau mahu mencuba juga bagi melihat pemandangan menarik di atas gunung sana.

Jika anda ialah newbie yang mahu cuba - cuba berhiking, ikuti persediaan di bawah sebelum memulakan pendakian anda.

1. Stamina

Bagi para newbie, anda dinasihatkan selalulah membuat senaman untuk menambahkan stamina beberapa minggu atau seminggu awal sebelum aktiviti pendakian dijalankan. Ini bagi membiasakan diri kita menerima tekanan dan keletihan. Gunung yang bakal anda naiki bukan tinggi yang biasa - biasa. Jadi, anda memerlukan stamina yang kuat untuk sampai ke puncak dengan jayanya. Sengal -sengal kaki itu biasa.



2. Informasi

Pastikan sebelum mendaki, anda sudah mengetahui seberapa banyak informasi berkenaan gunung tersebut. Ini memudahkan anda jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Selain itu, ia juga dapat membantu anda untuk mengetahui masa yang akan diambil untuk tiba di puncak dan pulang dengan selamat.



3. Teman

Selalunya aktiviti pendakian tidak dilakukan berseorang. Ia hanya dilakukan secara berkumpulan. Lebih - lebih lagi jika anda adalah seorang hiking newbie. Pastikan kumpulan yang akan anda ikuti nanti merupakan orang - orang yang terlatih atau orang yang sudah biasa dengan keadaan hutan/hiking. Pastikan anda mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Bak kata pepatah 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.'. Jangan pentingkan diri sendiri.



4. Peralatan

Senaraikan peralatan penting yang akan dibawa ketika mendaki. Tak usah membawa peralatan yang tidak penting dan tidak berguna seperti buku untuk dibaca ketika ada masa lapang. Usah kan buku, membaca hati orang sebelah pun anda tidak akan sempat kerana mengawal kaki dengan berhati - hati semasa pendakian dan tidak mahu terlepas sebarang moment indah di atas nanti. Oh ya, paling penting jangan dilupakan ubat - ubatan anda.



5. Berehat

erehat secukupnya sebelum memulakan pendakian. Ini kerana badan yang letih akan menyebabkan anda tidak bersedia menakluk puncak.



6. Doa

Sebelum memulakan pendakian, sentiasalah berdoa kepada Tuhan agar perjalanannya selamat pergi dan pulang. Meminta restu ibu bapa dan minta mereka mendoakan yang baik - baik.



7. Cuaca

Kalau anda tidak mampu meramal cuaca, maka anda perlu sentiasa melihat ramalan kaji cuaca untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kawasan yang bakal anda daki. Boleh jadi, jika semalam telah hujan, trail akan menjadi becak dan berlumpur. Jika ini berlaku, anda perlu lebih berhati - hati.



8. Kasut

Kasut merupakan perkara paling utama disaat pendakian. Anda jangan menganggap anda boleh menyarung mana - mana kasut. Awas! Anda mungkin berhadapan dengan perkara genting seperti tergelincir dan sebagainya. Jika anda tidak mampu membeli kasut mahal, beli sahajalah kasut sukan biasa. Ini lebih jimat. Pastikan anda bertanya kumpulan rakan sebelum membeli ini kerana khuatir permukaan tapak kasut tidak sesuai digunakan.



9. Makanan

Bawa makanan secukupnya. Ingat, ia bukan makanan kebiasaan yang anda selalu makan di rumah. Tetapi makanan ringan sepanjang anda mendaki seperti coklat untuk menambah tenaga dan air minuman yang mencukupi. Jangan susahkan orang lain ya dengan meminta - minta.



10. Mental

Mental seorang pendaki harus kuat dan gagah. Anda perlu sentiasa berfikiran positif walau apa pun yang terjadi. Jangan terlalu mahu mengejar waktu sampai ke puncak atau mahu lekas turun. Ini akan meyebabkan mental terganggu dan anda tidak dapat fokus!



Diharapkan perkongsian ini dapat membantu newbie sebelum memulakan sebarang aktiviti pendakian.

Kredit : Niski Akira

#StokisAsmakMelaka


Tuesday, December 17, 2019

Apa itu EAT CLEAN?


๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

๐Ÿ‘‰EAT CLEAN adalah CARA PEMAKANAN SIHAT YANG PERLU untuk seumur hidup seperti yang DISARANKAN oleh Pengamal2 Kesihatan.

๐Ÿ‘‰EAT CLEAN mengamalkan konsep SUKU2 SEPARUH.
- Suku PROTEIN
- Suku CARBO
- SEPARUH FIBER

๐Ÿ‘‰TIADA GULA, SOS, DAN PERASA TAMBAHAN serta KURANG MINYAK dan GARAM.

๐Ÿ‘‰Makan SEIMBANG SEMUA KUMPULAN DALAM PIRAMID MAKANAN, BUKAN makan protein sahaja.

๐Ÿ‘‰Makan 4-5 kali sehari IKUT KEPERLUAN kalori badan.

Boleh refer pada gambarajah dibawah.

Thank you ๐Ÿ’•

#homemadehealthyfood #eatcleanmenu


Monday, December 16, 2019

Suku-suku Separuh

Suku suku separuh ni konsep yang diperkenalkan oleh KKM untuk mengawal pemakanan dengan cara mudah. Tak jumpa dah paling mudah dari ni sebab tak payah kira apa-apa, tak perlu tau kalori, just berdasarkan visualization saja.

Sebenarnya mat saleh pun dah lama guna konsep healthy plate ni.  Supaya, kita makan secara berpada-pada dan ikut portion yang bersesuaian.

Nak tau apa yang suku apa yang separuh?

• Suku pinggan karbohidrat - nasi, mee, bihun, kentang, pasta, roti

• Suku pinggan protein - ayam, ikan, seafood, daging, tauhu, tempe

• Separuh pinggan fiber - sayur dan buah

Mudah je kan? Alahhh sebenarnya dah tau kan cuma kadang-kadang yang separuh dengan yang suku tu tertukar je, tu yang lambat kurus tu ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Harini, macamana rupa #sukusukuseparuh korang? Jom share!



Sunday, December 15, 2019

Cegah Hipertensi

Cara pemakanan kita adalah salah satu punca hipertensi.

Untuk dapatkan berat badan ideal, anda perlulah elak makan makanan tinggi lemak dan kolestrol, banyakkan memakan buahan dan sayuran.

Amalan pemakanan suku-suku separuh akan membantu anda mengawal berat badan sekaligus mencegah hipertensi.


Saturday, December 14, 2019

Batu karang dan Kesannya

Tahukah anda?

Bila bercakap tentang penyakit batu karang, penyakit ini seolah olah sinonim dengan kaum lelaki. Namun, ini tidak bermaksud wanita tidak berpotensi untuk menghidap penyakit batu karang.

Meskipun peratusan penghidap batu karang wanita masih kecil berbanding lelaki, namun tanpa disedari, peratusan itu semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Oleh itu, apa yang perlu dilakukan bagi mencegah berlakunya pembentukan batu karang?

Ini adalah 5 cara mencegah berlakunya pembentukan batu karang.

1. Hati-hati dengan peluh anda yang keluar!

Beraktiviti lasak dan juga bersauna merupakan perkara yang mengeluarkan peluh dengan banyak dari badan kita. Hal ini sememangnya baik bagi kesihatan kita. Namun dalam masa yang sama, ia juga membuka peluang kepada terkenanya penyakit batu karang. Ini kerana pengeluaran peluh yang banyak akan menyebabkan lebihan toksin dalam badan tidak keluar melalui air kencing.

Semakin kurang seseorang itu membuang air, semakin besar kebarangkalian mineral yang berada di dalam buah pinggang mahupun saluran kencing akan menghasilkan batu, yang dipanggil batu karang.

Jadi apa yang harus anda lakukan?

Langkah pertama yang harus anda lakukan adalah, tingkatkan pengambilan air. Terutamanya sewaktu berkativiti lasak yang mengeluarkan banyak peluh dari badan. Air yang diminum akan menganti cecair yang keluar melalui peluh dan akan dikeluarkan melalui kencing.

Kerap membuang air kecil akan membantu anda mencegah berkumpulnya mineral yang akan menghasilkan batu karang.


2. Kurangkan pengambilan garam

Garam sememangnya tidak asing lagi di dalam bidang masakan bagi menambah rasa pada sesuatu masakan. Namun tahukah anda, pengambilan garam yang banyak akan menyebabkan terhasilnya pembentukan batu karang?

Iya! Hal ini kerana garam mempunyai kalsium oksalat dan ia sering dijumpai pada batu karang yang terbentuk dalam tubuh pesakit.

Jadi apa yang harus anda lakukan?

Seimbangkan pengambilan kalsium dan garam dalam permakanan anda. Apabila makanan bercampur di dalam perut, kalsium akan menarik oksalat daripada melekat pada perut dan usus sekaligus menghalang pembentukan batu karang.


3. Kurangkan makanan yang tinggi dengan lemak Omega 6

Makanan yang mempunyai kandungan lemak Omega 6 yang tinggi adalah seperti lemak haiwan dan beberapa jenis lemak sayuran ini merupakan salah satu faktor pembentukan batu karang.

Berdasarkan kajian, lemak Omega 6 meningkatkan penyingkiran Oksalat ke air kencing berbanding citrate.

Jadi apa yang harus anda lakukan?

Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak tinggi.


4. Minum jus limau

Pengambilan jus buah seperti lemon atau limau terbukti mempunyai pelbagai khasiat dan mampu menghalang pembentukan batu karang. Bukan itu saja, ia juga akan meningkatkan penghasilan air kencing.

Hal ini kerana jus tersebut mengandungi potassium dan asid sitrik yang tinggi dan mampu menghalang pembentukan batu karang.

Selain menjernihkan air kencing, jus lemon juga membantu menyingkirkan toksin di dalam badan.

Jadi apa yang harus anda lakukan?

Amalkan pengambilan lemon panas setiap pagi ketika perut masih kosong. Jika inginkan sedikit rasa manis, gantikan gula dengan madu.

5. Kurangkan pengambilan Vitamin C

Vitamin C sememangnya bagus untuk kesihatan mahupun kecantikan diri kita. Namun jika diambil secara berlebihan, ia mampu memberi kesan buruk.

Pengambilan Vitamin C yang tinggi akan akan meningkatkan kompaun oksalat di dalam air kencing.

Penguraian Vitamin C dalam badan akan menghasilkan kompaun oksalat dan secara langsung menjadi salah satu punca pembentukan batu karang.

Jadi apa yang harus anda lakukan?

Ganti pengambilan Vitamin C dengan Vitamin B6. Vitamin B6 akan mengurangkan penghasilan oksalat dalam badan. Kurangnya oksalat di dalam air kencing yang akan mengurangkan risiko berlakunya pembentukan batu karang.

#StokisAsmakMelaka

Friday, December 13, 2019

MINYAK HERBAMINYAK HERBA ASMAK minyak hitam paling viral?


Eh yeke ni, awak pasti ke??
Betul ke berkesan??
.
.
Rasa macam tak percaya kan?
Cuba pakai sekali, sapu masa anak batuk, selsema or kembung perut. Bila dah cuba mesti akan rasa keberkesanan minyak hitam paling viral ni.
.
.
ANTARA KELEBIHAN MINYAK HERBA ASMAK :

1.  MELEGAKAN BATUK KAHAK, SELSEMA
2. MELEGAKAN KEMBUNG PERUT/SEMBELIT
3. MELEGAKAN SAKIT SENDI & LUTUT
4. MELEGAKAN SAKIT KEPALA/MIGRIN
5. BAIK UNTUK MERAWAT LUKA KECIL
.
.
Ha banyak lagi sebenarnya kebaikan MINYAK HERBA ASMAK ni, anda patut cuba dulu.
Anda akan rasa keberkesanan minyak viral ni.
Hubungi no dekat bawah ni sekarang jugak ok!
Stock makin susut tu, cepat-cepat grab!!!!
.
.Wasap.my/+6587567803

#MakcikMinyakAsmak
#SuperAgenAsmakSingapore
#MinyakHerbaAsmak ASMAK minyak hitam paling viral?
Eh yeke ni, awak pasti ke??
Betul ke berkesan??
.
.
Rasa macam tak percaya kan?
Cuba pakai sekali, sapu masa anak batuk, selsema or kembung perut. Bila dah cuba mesti akan rasa keberkesanan minyak hitam paling viral ni.
.
.
ANTARA KELEBIHAN MINYAK HERBA ASMAK :

1.  MELEGAKAN BATUK KAHAK, SELSEMA
2. MELEGAKAN KEMBUNG PERUT/SEMBELIT
3. MELEGAKAN SAKIT SENDI & LUTUT
4. MELEGAKAN SAKIT KEPALA/MIGRIN
5. BAIK UNTUK MERAWAT LUKA KECIL
.
.
Ha banyak lagi sebenarnya kebaikan MINYAK HERBA ASMAK ni, anda patut cuba dulu.
Anda akan rasa keberkesanan minyak viral ni.
Hubungi no dekat bawah ni sekarang jugak ok!
Stock makin susut tu, cepat-cepat grab!!!!
.
Www.Wasap.my/60126206750

#MinyakAsmakcodMelaka
#MinyakHerbaAsmak


Thursday, December 12, 2019

TIPS RUMAH KEKAL WANGI


Jom wangikan rumah...sis belek2 baca diinternet dan jumpa 4 tips ni. So sis letak sini  kita amalkan ramai2. Good luck you all and good luck to me ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot ❤

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum

2. Kilatkan Lantai Rumah ❤

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3.Wangikan Rumah ❤

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4.Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat Mencuba ๐Ÿ˜Š

Kredit : nik zainah muhammad


Wednesday, December 11, 2019

TIPS ELAK SEMUT NAIK KE MEJA ๐Ÿ˜„


๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Isteri selalu komplen, semut selalu naik atas meja. Buka tudung saji, tengok semut tengah kendurikan makanan. Terus tak de mood nak makan then ajak kita makan kat luar. Selalu makan kat luar tak elok tuan-tuan, tak sihat, poket suami demam nanti.

Memang tuhan buat orang lelaki ni pantang dengar masalah, mesti otak berputar mencari penyelesaiannya. Bercampur pulak darah patent dalam diri, lagi lah laju (sebenarnya dah tak larat nak dengar hehe).

1. Mula-mula cari stokin yang kau sendiri dah menyampah nak pakai. Atau kau dah jadi pengikut tegar Wak Doyok yang memang tak pakai stokin lagi senang, ambik je mana stokin kau suka.

2. Pastu potong 4. Lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja kau 6, potong 6 lah.

3. Sarungkan kat kaki meja, pastu spray perfume. Ikutlah nak spray apa, serai wangi pon ok.

Spray keliling untuk kesan yang lebih efektif.

Ok sekarang bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan tu.

Selamat mencuba. "Happy Wife, Happy Life"

#PetuaOrangLama
#StokisAsmakMelaka




Tuesday, December 10, 2019

RUAM CELAH KETI HILANG SELEPAS SAPU BEDAK CALLOVERA

 Sebelum pakai, naik biji ruam menggerutu yang banyak kat celah keti.

Tak sampai seminggu, adik ni ikhtiar sapu dengan Bedak Callovera. Ruam tu seakan magik hilang๐Ÿ˜

Jangan minta akak tunjuk gambo celah keti tu lepas pakai bedak ni pulak. Aurat tak boleh tunjuk. Kat akak pon dia tak tunjuk๐Ÿ˜‚

Apapun dia sangat puashati ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

#BedakCallovera
#StokisAsmakMelaka


Monday, December 9, 2019

PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN


❤️MAKANAN TAMBAHAN VITAMIN C

- Vitamin C boleh buang angin dalam badan kerana Vitamin C boleh meningkatkan imuniti badan supaya ketahanan badan akan bertambah dan anda boleh merasa badan anda kembali dalam bentuk sihat.

❤️MINUMAN HALIA

- Ini adalah petua buang anginyang paling mudah dan paling sering diamalkan oleh ramai orang. Tambahan pula minuman yang berasaskan halia kini sudah dipelbagaikan.

Tetapi jika anda suka minuman halia yang semulajadi, ia tidak menjadi masalah besar dan lebih berkesan untuk membuang angin dalam badan.

Minum air halia yang dicampur sedikit dengan lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman dan masalah angin banyak dalam badan.

❤️MAKAN BAWANG PUTIH

- Kandungan bahan dalam bawang putih ini mampu mengusir angin dalam badan dengan cepat.

Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan beransur keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir

Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar secara perlahan-lahan.

❤️MINUM REBUSAN DAUN BETIK

Air rebusan daun betik boleh juga hilangkan angin dalam badan.

Caranya dengan rebus 4 hingga 5 helai daun betik dengan 1 liter air. Minum rebusan air dalam keadaan suam. Agak pahit minuman ni..tapi paling mujarab

❤️MAKAN SUP PANAS

- Inilah petua buang angin dalam badan yang sedap, iaitu dengan makan sup panas apabila kita mengalami masalah angin dalam badan. Kesan panas dalam badan ini boleh menghilangkan lesu yang berpunca daripada angin tersebut.

❤️KEROK DUIT SYILING

- Pernah tak anda membuang angin dibadan dengan cara kerok duit syiling di bahagian badan?

Kebiasaannya badan dikerok menggunakan duit syiling licin supaya ia boleh membuka liang-liang kulit badan anda.

Petua ini dipercayai sejak sekian lama kerana boleh membuang angin dalam badan. Kerokan duit syiling ini boleh dilakukan untuk semua orang, kerana selain boleh hilangkan angin dalam badan, kerokan boleh sebagai cara melonggarkan otot dan urat yang tegang di badan. Tapi lepas dah kerok dengan duit syiling, lekat merah-merah di badan bekas kerok duit syiling tu.


Kak mas ada yang lebih mudah, dah tak perlu rebus halia, dah tak perlu bakar bawang putih dan tak perlu minum air betik yang pahit tu.

Dalam Jus asmak gold, dah siap ada dekat dalam halia, lemon dan madu,yang membantu sistem penghadaman dan memang lepas minum jer jus asmak gold, mudah sungguh buang angin.

#PetuaBuangAngin
#JusAsmakGold
#StokisAsmakMelaka



Sunday, December 8, 2019

5 benda suami nak kena tahu tentang isteri yang lepas bersalin ( post partum )


#1 - Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.

#2 - Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.

#3 - Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya  rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.

#4 - Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism ) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).

Tanda-tanda Pulmonary Embolism adalah :
- Denyut nadi jadi lebih laju daripada biasa
- Batuk darah
- suhu badan naik
- sesak nafas

Bahaya ke pulmonary embolism ni?
- Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!

#5 - Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues. Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post Partum Depression.

Masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri dah tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka kesan koyakan Episiotomy je tapi luka emosi tu sendiri yang lebih dasyat sebab tu la si isteri sangat perlukan tidur, makan dan minum yang cukup dan sokongan emosi yang berterusan daripada suaminya sendiri.

p/s : Tolong sebarkan pada suami isteri yang belum tahu tentang benda ni ye

sumber: taufiq raziff

Follow IG: @trb_marketing
Facebook: Nur Afiqah


Saturday, December 7, 2019

ANAK PAYAH NAK MAKAN UBAT!

Siapa ibu ibu yang mengalami kesukaran macam saya?

Anak batuk,kadang batuk macam tak cukup nafas. Kong..kong..bunyinya.
Kita cari ubat nak bagi dia makan,sebab risau batuk kuat sangat sampai merah merah muka.

Tapi time nak beri ubat,die punya bersilat mengelak dari ubat tu dah macam nak bertempur dimedan perang! Ahaha..

Sejak bertemu kasih dengan Minyak Herba Asmak ni,saya dah kurang risau sangat bila anak batuk atau selsema.

Sapu aje minyak dekat dada,belakang dan leher masa nak tidur dan selepas mandi. Alhmdulillah,batuk berkurangan. Dan kahak pun cepat hilang sebab keluar hingus dan kadang kadang muntah selepas disapu minyak ajaib ni.

Alhamdulillah,tak perlu risau pasal kesan sampingannya. Sebab minyak ni memang selamat dari bahan kimia. Tak caya?

Cubalah sebotol!

Berminat?
www.wasap.my/60126206750/mha






Friday, December 6, 2019

MINYAK HERBA ASMAK .

Dah cuba belum minyak viral ni?
Dah rasa keberkesanan minyak ni?
Dah pernah guna bila anak batuk & selsema?
Dah pernah beli lepas tu repeat sebab berkesan?
.
.
Hah kalau belum cepatlah hubungi no dekat bawah ni, kalau dah mesti anda tak kan pernah menyesal kenal MINYAK HERBA ASMAK ni kan. Sebab minyak viral ni sangatlah popular di kalangan ibu-ibu. Nak tau kenapa??
.
.
ANTARA SEBABNYA MINYAK INI JADI PILIHAN NO 1 :

1. Legakan batuk dan selsema
2. Legakan kembung perut /sembelit
3. Merawat luka kecil
4. Boleh digunakan untuk urutan bayi/orang dewasa
.
.
Apa tunggu lagi cepat hubungi no dekat bawah sekarag! Srock makin susut tu. cepat bertukar kepada MINYAK HERBA ASMAK ok.
.
.
#MinyakAsmakCodMelaka
#MinyakHerbaAsmak

Www.wasap.my/60126206750/mha

Thursday, December 5, 2019

Cara Set Tabung Haji Di ATM

Rupanya senanggg sangat nak set Tabung Haji (TH) kat ATM Maybank.

Sebelum ni rasa lecehhnye la hai kalau each time nak deposit duit ke TH kena pi bank. Kalau ada anak berderet nak follow, kau rasa?

Lepas ni boleh direct transfer ke tabung haji guna maybank2u je. Nak set akaun Tabung Haji untuk anak sekali pun boleh. Dah jom tengok step kat bawah.

Tapi sebelum tu tolong ambil gambar muka surat buku akaun TH yang ada no akaun dan no siri tu tau! (Kalau buku baru, no siri tu kat belakanggg sekali)

#1 Masukkan kad atm
Mesti bawa kad atm maybank. Tu macam kunci rumah. Takde kunci macam mana nak masuk rumah kannn. Pastu picit la password mcm biasa.

#2 Cari menu Tabung Haji (TH)
Paling bawah. Belah kiri. Senang je jumpa kan?

#3 Pastu cari menu Daftar TH ke Kad ATM
Paling atas. Belah kanan.

#4 Masukkan no akaun TH
Uuuuui panjang nombor dia. Ada 15 digit semuanya. Kalau tersilap, kau taip la balik.

#5 Masukkan no siri buku akaun
Tengok kat hujung sudut buku tu. Belah kanan. Ha, yang tu la.

#6 Pastu SAH kan.
Klik je Ya.

Dah tu je. settle.

Nota: Tolong share kat mak mak yang paling susah nak pi bank bila anak dah berderet. Online kan hado.

Athirah Sharif,
I la tu yang tak rajin nak p bank.

#AlfShare








Wednesday, December 4, 2019

Penyakit Polio

Berikut adalah langkah kawalan yang telah dan sedang dilakukan oleh KKM bagi mengawal Polio daripada merebak.

Langkah terbaik ialah memastikan anak menerima imunisasi IPV yang lengkap (4 dos termasuk dos tambahan).

Imunisasi diberikan percuma kepada warganegara manakala bukan warga dikenakan caj paling minima.

Bagi kanak-kanak yang tercicir imunisasi, ibu bapa boleh membawa anak ke klinik kesihatan terdekat untuk penjadualan semula pengambilan imunisasi.

Polio dan penyakit berjangkit lain boleh dicegah bila liputan imunisasi lebih 95%.

Kredit: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

#Merdeka360


Tuesday, December 3, 2019

Macam mana Minyak Herba Asmak boleh bantu menghilangkan kahak?

Meh sini nak jelaskan. Minyak Asmak ada bahan semulajadi yang premium seperti habbatussauda,minyak zaitun,gamat dan minyak kelapa dara yang bagus untuk selsema batuk kahak.

Jadi caranya, hanya sapu Minyak Asmak secara konsisten dan kerap pada dada, hidung, kaki, leher dan belakang.

Ia akan membantu untuk MENCAIRKAN KAHAK tersebut.

Bila dah cair, ia akan mudah untuk dikeluarkan dengan

1. Muntah

-sebab bila kita pun rasa ada cecair banyak dalam tekak, rse nk muntah. Macam tu jugak baby.

2. Melalui najis.

- bila dah cair kahak, dia boleh turun melalui najis jugak. Sebab itulah ada najis yang berlendir

3. Melalui hingus

-Jangan terkejut pulak lepas sapu Minyak Asmak, hingus makin banyak. Sebabnya kahak tu dah cair. Tugas parents kena sedut hingus. Kalau tak dia akan berkumpul jadi kahak balik.

Lain budak, lain cara untuk dia keluarkan kahak tersebut. Jadi kita kena perhatikan anak kita jenis mcm mne. Kalau mudah ikut najis xpe. Tapi kalu melalui hingus, mak ayah kena sedut hingus tu.

Jangan biarkan kahak lama dalam dada, boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, serta masalah lain yang lebih serius. Jom ikhtiar.

#MinyakHerbaAsmak

Info seterusnya
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡


Monday, December 2, 2019

Minyak viral !!

MINYAK HERBA ASMAK minyak hitam paling viral? Eh yeke ni, awak pasti ke?? Betul ke berkesan??
.
.
Rasa macam tak percaya kan? Cuba pakai sekali, sapu masa anak batuk, selsema or kempung perut. Bila dah cuba mesti akan rasa keberkesanan minyak hitam paling viral ni.
.
.
ANTARA KELEBIHAN MINYAK HERBA ASMAK :

1.  MELEGAKAN BATUK KAHAK, SELSEMA
2. MELEGAKAN KEMBUNG PERUT/SEMBELIT
3. MELEGAKAN SAKIT SENDI & LUTUT
4. MELEGAKAN SAKIT KEPALA/MIGRIN
5. BAIK UNTUK MERAWAT LUKA KECIL
.
.
Ha banyak lagi sebenarnya kebaikan MINYAK HERBA ASMAK ni, anda patut cuba dulu. Anda akan rasa keberkesanan minyak viral ni. Hubungi no dekat bawah ni sekarang jugak ok! Stock makin susut tu, cepat-cepat grab!!!!
.
.
#MinyakHerbaAsmakMelaka #MinyakAsmakCODMelaka #ApproveKKM #Asmak #AgentDiperlukanSeluruhMalaysia
๐Ÿ“ฒwww.wasap.my/60126206750/Mha