Monday, July 29, 2019
TIPS 3 MINIT : Cara Memandikan Si Manja
Mungkin ramai Mommies kt sini yg dh otai, just sharing untuk Mommies baru ye.. (gambar tidak berkaitan dengan tips ye.. huhu)
- Siapkan dahulu peralatannya seperti: air hangat dalam bekas mandian, sabun bayi, tuala, tab mandi & sebagainya.
- Gunakan siku anda untuk memeriksa sama ada suhu air rasa sesuai, atau dapatkan sebuah jangka suhu mandi kecil.
- Ambil perhatian bahawa mandi setiap hari tidak akan membahayakan kulit bayi. Tapi sebaiknya tidak menggunakan sabun.
- Sabun tidak diperlukan walaupun bayi anda telah membuang air besar.
- Mulakan dengan kepala sewaktu memandikan bayi Ini adalah caranya:
Pegang bayi dengan baik pada bahagian belakangnya apabila memandikan bayi kecuali jika anda menggunakan tab mandi berbentuk tubuh
• Cuci mukanya, telinga (belakang telinganya juga) dan lehernya
• Angkat lengan dan basuh ketiaknya
• Gosok kulit kepala dengan tapak tangan anda. Anda boleh urutkan kulit kepala dengan lembut dengan air. Angkat dagu, dan cuci di bawah dagunya - dan lehernya.
• Cuci punggungnya akhir sekali. Jika dia baru sahaja buang air besar, anda perlu cuci bahagian bawahnya sebelum anda mula memandikannya.
Pastikan anda - dengan lembut - cuci kulit lipatan antara paha dan badannya
• Gunakan tangan anda atau tuala muka untuk mencuci belakangnya.
• Angkat dia keluar dari tab mandi dengan berhati-hati dan lapkan dia sehingga kering - termasuk semua lipatan kulitnya - sebelum menyalinkan dia.
Senaman ringan dan urutan dengan menggunakan pelembab adalah baik jika sekiranya anda mempunyai masa dan tenaga untuk melakukannya.
Info drypers web
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment