Bayarlah hutang. Jika tak mampu bayar bersemuka dengan pemberi hutang. Jelaskan kepada mereka dengan baik kenapa kita tak dapat nak bayar hutang pada hari yang dijanjikan. Mereka juga perlukan duit. Mereka beri hutang sebab kesiankan kita dan percaya janji janji kita. Ini hutang pun taknak bayar,burukkan pula sahabat itu kepada orang lain. Jahat betul orang begini.
Saya pernah hutang 40Ribu,buat surat perjanjian. Pada hari yang dijanjikan tak dapat bayar. Terus jumpa sahabat saya itu dan bincang. Alhamdulillah beliau percaya saya,akhirnya hutang selesai. Hubungan kami pun makin baik,saat beliau pula perlukan duit segara saya bantu kerana kita terlalu terhutang budi. Dah la hutang 40Ribu,bayar pula Rm40Ribu tanpa Riba.
Percayalah. Dengan kita lari dari bayar hutang,hidup kita makin susah,tidak tenang,ramai orang akan benci kita bahkan hutang tak akan selesai. Silap-silap orang viral muka kita. Malu ahli keluarga terutama pasangan.
Bayar hutang,Allah beri jalan rezeki yang luas. INSYAALLAH.
-Dr.Syahrul-
No comments:
Post a Comment