Bagi wanita kehamilan adalah peristiwa yang sangat bermakna. Bermula saat menjalani ujian kehamilan sehingga disahkan doktor diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir bukan sahaja cukup sifat, tetapi juga sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak di dalam kandungan lagi.
Menurut Pakar Dietetik Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Norhaslinda Jefrezen, ibu hamil harus memberikan tumpuan kepada fasa pertama atau trimester pertama kerana dalam waktu ini pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku dengan sangat cepat.
Berbanding wanita yang tidak hamil, setiap ibu mengandung memerlukan lebih 300 kalori sehari untuk memenuhi keperluan diri dan bayi. Dengan itu, diet mereka perlu diisi dengan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak, telur, keju dan bijirin.
Kredit sitizarinah@hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment