Wednesday, April 24, 2019

REZEKI TERSANGKUT ATAU REZEKI BOCOR

Bila bekerja , pergantungan dengan Allah kena kuat .
Bukan bos yang bagi rezeki .
Bukan pelanggan yang bagi rezeki .
Tapi Allah . Rezeki kita ni sudah ditetapkan oleh Allah 😊
.
Kita solat fardhu , dah cuba buat di awal waktu hatta dibuat tepat pada waktu .
Ditambah pula dengan solat sunat Dhuha .
Baca al-Quran dan zikir tak kira masa .
Sedekah kepada orang susah dan anak yatim tak pernah lupa .
Bermacam amalan dah buat tapi rezeki tak masuk-masuk juga .
.
Gaji dapat bulan tu , tapi kereta atau motor asyik-asyik rosak .
Untung bisnes masuk banyak , tapi henfon pun hilang , barang niaga rosak . Saving pun rupanya tak dak 😅
.
Ada dua perkara :

1) Allah mahu uji keikhlasan kita kerana Dia . Kita berdoa dan buat amalan sungguh-sungguh mahu dapat ganjaran dari Allah semata-mata atau betul-betul mahu dekatkan diri kepada Allah .

Jangan pernah berhenti dari terus meminta . Hanya kepada Allah kita bergantung harap .

2) Ada lubang yang buatkan rezeki kita tersangkut .
Apa dia ?

👉 Kita sedekah dekat orang susah dan anak yatim . Tapi dgn ibu ayah dan saudara terdekat , kedekut .

👉 Kita solat sunat Dhuha selalu untuk jemput rezeki . Tapi jual produk yang tak ikut syariat Islam , post gambar iklan tak menutup aurat .

👉 Kita jaga hubungan dengan Allah sungguh-sungguh . Tapi ikhtilat dgn berlainan jantina tak jaga . Bercinta dgn yang tidak halal . Berkhalwat (berdua-duaan) dgn tunang sendiri .

Hidup ini .. Bila sudah semakin dekat dgn Allah. Berusaha la TUTUP #lubang maksiat . Bukan setakat rezeki jaa Allah mudahkan . Malah hidup pun akan aman dan tenang sentiasa .

Allah jua Maha Tahu usaha kita untuk berhijrah ke jalan-Nya 😊

Na'uzubillahi minzalik .


No comments:

Post a Comment