Sunday, April 21, 2019

APA KAITAN ASTHMA, ECZEMA DAN ALERGI?

KLIK BUTANG SHARE,SUPAYA RAMAI YANG DAPAT TAHU.

Penyakit- penyakit yang berkaitan dengan asthma/ lelah, eczema dan resdung (allergic rhinitis) auat di pangil atopi (atopy). Atopi itu sendiri bermaksud kecenderungan badan pesakit untuk menghasilkan sejenis antibodi yang dinamakan sebagai antibodi IgE apabila terdedah kepada bahan-bahan allergen dalam persekitaran.

Penyakit- penyakit atopi ini seringkali berlaku dan kebiasaannya bermula daripada kecil.

🌹ADAKAH ECZEMA BOLEH DISEMBUHKAN?

Bergantung kepada beberapa faktor, seperti genetik, umur dan kehadiran allergen. Secara umumnya,  90% daripada kes, eczema ini muncul ketika bayi berumur 12 bulan pertama. Biasanya 50% daripada kanak- kanak akan sembuh apabila mereka mencapai umur 2 tahun. Selepas itu, kira- kira 50% lagi akan lega bila mereka mencapai umur 4 tahun. Selebihnya, 15% akan masih menghidapi eczema yg aktif bila umur mereka mencapai 5 tahun. Biasanya penyakit ni akan baik dengan sendiri akhirnya, tapi ada juga dalam 5% daripada kanak-kanak ni akan terus menghidapi eczema sampailah ke tua.

Satu lagi, ada juga satu kumpulan pesakit ini, yang cuma mendapat eczema ketika mereka sudah tua, dalam lingkungan umur 50th ke atas. Jadi, biasanya eczema ini biasa dihidapi oleh dua peringkat umur iaitu ketika kanak-kanak dan ketika tua.

1 daripada 3 pesakit eczema boleh turut menghidap asthma atau allergic rhinitis.

🌹ADAKAH IA PENYAKIT GENETIK?

Memang ada kaitan dgn genetik walaupun dunia perubatan masih tidak memahami sepenuhnya mengenai penyakit ini.

🌹BAGAIMANA HENDAK MENGELAKKANNYA?

Pelbagai cara yang boleh dibuat untuk mengelak daripada terkena atau menghidap ketiga- tiga trigger ini. Antaranya:

Kalau utk asthma: antara trigger/allergen yg popular:
▪️suasana sejuk, terutamanya sekitar pukul 4-5am
▪️makanan/buahan sejuk seperti tembikai, rambutan, air ais
▪️demam selsema
▪️debu, debunga (pollen), bulu binatang, permaidani
▪️aircond
▪️keadaan emosi seperti stress, terlalu sedih, terkejut
▪️Senaman atau bersukan yang terlalu memenatkan

🔺Eczema:
☑️sebarang bahan kimia yg terkena kulit seperti: krim, kosmetik, sabun (mandi, basuh pinggan, basuh baju), perfume, bedak, losyen, syampu
☑️nikel sepertt kerongsang, belakang jam tangan
☑️makanan laut

🔵Allergic rhinitis: (tanda2 lain: bersin, gatal mata)
🔘waktu sejuk pagi
🔘bulu kucing, debu, debunga
🔘makanan laut

🌹️JENIS-JENIS ECZEMA

🔺Ekzema atopik Dermatitis - berair
🔺Contact Dermatitis - berair (alergi sentuhan spt sabun, etc)
🔺Dyshidrotic Dermatitis - kering
🔺Lichen Simplex Chronicu - kering bersisik
🔺Seborriheic Dermatits - kering bersisik

TANDA-TANDA ECZEMA

🔺Acute Eczema
"Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.
"Papules", pembentukan tompok-tompok merah.
🔺Eczema Kronik
Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.

🌹KITARAN PENYAKIT  ECZEMA

Eczema disifatkan sebagai kegagalan fungsi penghadang kulit yang boleh menyebabkan alahan dan juga seterusnya kegatalan. Bila pesakit tidak dapat menahan kegatalan yang berlaku dan kerap menggaru di kawasan tersebut. Sekiranya kawasan kulit tersebut kering, tahap kegatalan makin meningkat. Bila kawasan tersebut digaru secara kuat dan berulang, lapisan kulit akan mula koyak dan meruam. Lebih buruk lagi, keadaan sebegini boleh menyebabkan bakteria atau kuman memasuki ke kawasan kulit tersebut.

🌹LANGKAH-LANGKAH MERAWAT ECZEMA

✅Sentiasa melembapkan kulit kerana keradangan bermula akibat kulit yang kering
✅Elakkan makanan yang menjadi punca kepada Eczema
✅Pakai pakaian yg diperbuat daripada kapas dan pakai secara longgar.
✅Elakkan penggunaan sabun/syampu yang mempunyai bahan kimia yang tinggi
✅Catitkan apa yang anak kita makan yang menyebabkan eczemanya semakin teruk
✅Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.
✅Pastikan anak kita tidak terdedah kepada suhu yang panas terlalu lama.

#eczema #asthma #allergic #jomsihat #infoeczema

No comments:

Post a Comment