Friday, January 1, 2021

 BERUS GIGI APA YANG SESUAI DENGAN ANAK SAYA?


Sebelum ni saya janji untuk sambung perkongsian saya mengenai pemilihan berus gigi untuk si comel anda. Harini saya akan kongsikan tips untuk anda.


Untuk permulaan, anda akan rasa lebih mudah membersihkan gigi bayi anda dengan kain kasa atau muslin yang bersih. Balutnya pada jari anda dan letakkan sedikit ubat gigi. Gosoklah sekeliling giginya. 


Jika lebih gemarkan berus gigi, pastikan bulu kejurnya mempunyai kepanjangan berbeza-beza, lembut dan membulat dihujungnya. Pilih berus gigi yang berkepala kecil dengan batang yang membengkok. Ini membantu anda membersihkan keseluruhan mulut anak anda dengan mudah dan selesa.


Semak julat umur yang sesuai dengan berus gigi tersebut, biasanya tertera pada bungkusan.


Ganti berus gigi anak anda setiap tiga bulan, atau sebaik sahaja bulu kejurnya mula mengembang.


Okay next post saya akan share pula ubat gigi apa yang sesuai dengan si comel anda 


Stay Tuned !


#InfobyMhamsb 

#MinyakHerbaAsmak.




No comments:

Post a Comment