Monday, March 4, 2019

Urutan Bayi

Siapa yang dekat sini rajin dan suka mengurut si comel anda ?. Seronok sebenarnya membuat urutan pada si comel anda. Jiwa yang kacau pun boleh jadi tenang bila membuat urutan ibarat macam terapi jiwa jugak la.

Urutan bayi ialah mengurut dengan lembut secara beritma/berirama pada badan bayi anda dengan tangan anda sendiri. Sambail mengurut tu boleh nyanyi-nyanyi dekat si comel anda. Urutan tangan yang lembut merangsang penghasilan hormon oksitosin dalam badan anda, badan bayi dan suami anda jika dia sedang memerhatikan. Oksitosin ialah hormon yang memberi anda perasaan sayang dan kasih apabila anda memeluk erat si comel anda atau ketika anda menyusukannya. Unik kan ?

Banyak sebenarnya faedah membuat urutan pada badan si comel anda antaranya :

✅ Membuat ikatan kasih sayang menjadi lebih kuat
✅ Membantu si comel anda tidur dengan lebih lena
✅ Membuatkan si comel anda menjadi lebih releks dan mengurangkan ragamnya.
✅ Membantu perkembangan otak si comel anda

Apabila anda sedang mengurut si comel anda itu, automatik anda akan bercakap-cakap dengannya dan membuat banyak kontek mata dengannya takpun anda akan nyanyi. Ini adalah satu sebab mengapa urutan boleh membantu ibu-ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin. Si bapa pun boleh la try urut si comel anda tu. Seharian bekerja inilah masa nak "topup" balik masa tadi.

NAK TRY URUT TAPI TAK RETI LAH

Bagi mereka yang first time ataupun takut nak buat urutan, ini tips dan cara yang boleh anda try :

🌸 Panaskan sedikit minyak atau krim pada tangan anda dengan menggosok-gosoknya di antara tapak tangan anda.
🌸 Perlahan-lahan, sapukannya pada kulit bayi, mulakan dengan kakinya dahulu. Kaki ialah tempat yang baik untuk bermula kerana bayi anda sudah biasa merasa kakinya disentuh semasa menukar lampin.
🌸 Beransur-ansur bergerak ke atas, sambil memicit betis dan pahanya dengan lembut.
🌸 Untuk dada dan perut bayi, perlahan-lahan letakkan tangan anda rata pada bahagian tengah badan bayi. 🌸 Sebarkan tangan anda ke tepi seolah-olah anda sedang meratakan helaian buku.
🌸 Dengan tangan yang masih lagi rata, gunakan hujung jari anda untuk mengusap ke luar dalam bulatan-bulatan kecil.
🌸 Teruskan selagi bayi anda kelihatan menikmatinya.

Urutan bayi ni bukan sahaja memberi manfaat kepada si comel anda tapi ia juga merupakan peluang terbaik untuk anda membelai dan bermain dengan si comel anda. Confirm hilang stress semua tu . Tak percaya ? Cuba dulu .

Semoga bermanfaat 🙋🏻‍♂


#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
#StokisAsmakMelaka


No comments:

Post a Comment