Wednesday, March 27, 2019

Info kesihatan gigi

"Anak saya umur 3 tahun dah pandai meludah. Senang bila nak gosok gigi. Dah boleh bagi ubat gigi yang biasa. Jimat pun jimat."

Alamak! CHUP!

Mak, ayah. Tolong. Ini pemahaman yang salah. Ubat gigi biasa atau ubat gigi dewasa PERLU DIELAKKAN digunakan oleh kanak-kanak. Apatah lagi bila kanak-kanak itu dibiarkan gosok sendiri tanpa pengawasan ibu bapa, dan kuantiti yang digunakan tidak terkawal.

Kanak-kanak dalam kategori risiko rendah karies tidak perlu gunakan ubat gigi dewasa yang mengandungi flourida 1000 - 1200 ppm.  Mereka tidak perlukan flourida sebegitu banyak. Ubat gigi kanak-kanak berflourida hanya ada sekitar 600 ppm. Ianya sudah memadai.

Walau bagaimanapun, untuk kanak-kanak dalam kategori risiko tinggi karies, boleh gunakan ubat gigi dewasa atas nasihat doktor supaya kanak-kanak tersebut mendapat flourida yang mencukupi dan membantu mencegah karies.

Sebab itu penting pemeriksaan gigi, supaya kita boleh tahu anak anda dalam kategori rendah atau tinggi karies.

Penggunaan ubat gigi berflourida PERLU DIBANTU oleh ibu bapa. Jangan biarkan anak gosok gigi sendiri tanpa pemantauan.

Umur 0-3 tahun, ubat gigi cuma sebesar sebiji beras. Selepas ubat gigi diletakkan di atas berus gigi, ratakan ubat gigi itu menjadi satu lapisan nipis.

Pendedahan kepada flourida berlebihan boleh menyebabkan flourosis (tompokan putih) pada gigi kekal yang belum tumbuh. Walaubagaimanapun, flourosis tidak akan terjadi pada gigi kekal yang sudah tumbuh keluar.

Oleh itu, penggunaan ubat gigi dewasa PERLU DIELAKKAN untuk kanak-kanak sehingga gigi kekal tumbuh. Bawalah anak anda untuk pemeriksaan gigi untuk mengetahui tahap kebersihan dan kesihatan gigi mereka.

Mak ayah dah bawa anak-anak pergi periksa gigi? Kalau belum cepat-cepatlah bawa. Tak perlu tunggu gigi banyak tumbuh baru bawa. Dah boleh bawa check gigi seawal gigi pertama tumbuh lagi.

Gigi yang sihat warna putih susu. Permukaannya licin. Ruang antara gigi itu normal untuk tumbesaran gigi kekal nanti.

Tompok putih itu tanda awal gigi susu nak rosak. Lapisan enamel menipis. Biasanya terdapat di kawasan berdekatan gusi. Dalam keadaan tertentu, tompok putih ini boleh hilang dengan penggunaan flourida. Kalau tompok putih ini dibiarkan, akan menjadi kuning dan coklat.

Tompok kuning atau coklat tanda gigi sudah berlubang. Kawasan sekeliling tompok kuning/coklat akan menjadi semakin rapuh. Wajib jumpa doktor gigi dah!! Jangan biarkan.

Peringkat karies teruk boleh membahayakan anak-anak. Gusi bengkak. Muka bengkak kalau dibiarkan. Boleh juga menyebabkan gigi dicabut awal.

#SharingIsCaring
#InfoKesihatanGigi


No comments:

Post a Comment