Thursday, March 21, 2019

TOLONG JANGAN MEMBUAT PEMBAKARAN TERBUKA

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
Mohon untuk seketika, TOLONG JANGAN MEMBUAT PEMBAKARAN TERBUKA WALAUPUN HANYA DAUN KAYU di kawasan kediaman/komuniti anda utk mengelakkan pencemaran udara yang boleh mengganggu kesihatan kita terutama anak2 kecil, orang yg berpenyakit asma. Keadaan cuaca panas makin meruncing. Belum lagi keadaan Cuaca Panas yang boleh menyebabkan stroke Haba. Bagi setengah tempat jerebu sudah mula kelihatan yang dibawa angin dari negara jiran. Mohon jangan tambah lagi kepekatan jerebu dipersekitaran anda.
Aduan banyak diterima kepada JAS, BOMBA n PBT. Tetapi sejauh mana sumbangan semua dalam mengawal aktiviti ini. Mohon kerjasama supaya hal ini dapat dibendung dan mengurangkan impak alam sekitar dan menjaga kesihatan semua.
Anggota2 bomba yang dikerah ke lokasi kebakaran juga mengalami pelbagai masalah yang dihadapi apabila cuba memadamkan kebakaran apabila mereka bukan sahaja menempuh api yang marak tetapi juga terpaksa bersabung nyawa bila berhadapan dengan binatang berbisa seperti ular dan sebagainya. Jadi mohon sangat2 kepada masyarakat utk tidak membuat pembakaran terbuka bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Dan jika sekiranya ternampak/terjumpa anggota2 bomba yang sedang membuat pemadaman di lokasi2 kebakaran, mohon tegurlah dengan mesra (bagi mengurangkan stress semasa pemadaman) dan jika tidak keberatan hulurkan sedikit sumbangan seperti makanan dan minuman bagi melepaskan lelah mereka utk seketika. Mereka tidak pernah meminta, tetapi mereka juga manusia seperti kita yang memerlukan lebihan tenaga utk membantu kita memadam kebakaran. Dikhabarkan mereka tidak boleh meninggalkan lokasi sehingga api benar2 padam/waktu malam. Bayangkan apakah yang akan mereka makan dan minum jika mereka berada sepanjang hari di lokasi itu. Niatkan sahaja ia sebagai sedekah yang hanya boleh diberi ganjaran oleh Allah SWT.
Banyak kes kebakaran terbuka berlaku pada musim panas ini. Api semasa Kecil menjadi kawan apabila besar BOMBA saja berani lawan.
Sekian. Terima kasih.
-warga prihatin-
Viralkan msg ini. Agar semua masyarakat prihatin



No comments:

Post a Comment