Sunday, March 31, 2019

SuriRumah

Bila dia baring, orang kata dia suka tidur. Rupa sememeh macam hantu kak Limah. Yang orang tak nampak, dari pagi dia bangun siapkan anak, ambil/hantar anak sekolah, kemas rumah, masak, basuh baju, cuci jamban. Petang baru ingat nak makan nasi.

Check homework anak. Malam-malam tak cukup tidur jaga baby. Bangun awal, tidur lewat. Tapi kerja tak habis-habis.

Bila anak buat perangai, rosakkan barang. Orang kata dia 'tak jaga' anak. Yang orang tak nampak, selama ini berak kencing anak, dialah yang cuci. Makan pakai anak, dialah yang masakkan, suapkan, sediakan. Sakit pening anak, sampai masuk wad, dialah yang tak tidur malam. Anak mengamuk, dialah yang pujuk. Semua, dia yang 'jaga'.

Balik kampung hujung minggu. Bangun pukul 8 pagi orang dah kata pemalas. Orang lain bangun pukul 12 tengahari tak apa, sebab orang lain kerja, penat. Surirumah 'tak kerja'. Yang orang tak tahu, malam tadi dia cuma tidur 2-3 jam je sebab sekejap-sekejap terjaga anak nak menyusu, sekejap-sekejap anak ajak pergi toilet. Badan habis lenguh-lenguh lesu.

Orang tengok anak dia kurus, orang kata tak bagi makan ke? Yang orang tak tahu, sebenarnya dia sendiripun dah buntu. Masaklah sesedap manapun. Anak tetap tak mahu makan. Nasi dengan telur kicap juga yang dihadapnya.

Orang kata dia untunglah, nak apa semua suami boleh beli. Cincin di jari, baju kasut berganti. Yang orang tak tahu, itu semua dia beli guna duit dia berniaga. Sekali sampai 2-3 bisnes dia pulun sampai tak tidur malam.

Orang kata dia untunglah tak kerja. Boleh buat bisnes full time. Yang orang tak tahu, sambil dia layan customer, sambil kacau gulai dalam periuk. Sambil update Facebook, sambil menyusu anak. Lepas pos barang customer, singgah kedai pula beli barang dapur.

Orang kata dia kaki Facebook. Tangan tak lekang dari handphone. Yang orang tak tahu, dia, kawanpun tak ada. Dalam satu hari cuma borak dengan anak. Dengan kucing. Dengan dinding. Paling hebatpun cakap dengan tokei dekat pasar, "Ikan ni berapa sekilo?" Seluruh kehidupan dia cuma ada suami, anak, rumah.

Orang selalu cakap, cemburu dengan dia. Sebab dia bestlah dapat duduk rumah. Mukapun hari-hari senyum, tak pernah komplen apa-apa. Yang orang tak tahu, waktu dia dalam bilik air, sebanyak mana air yang mengalir, mungkin, sebanyak itu jugalah air matanya mengalir.

Surirumah.
Standby 24 jam. 7 hari seminggu. Tak pernah ada cuti. Tak ada istilah 'MC'. Sehebat manapun skill dia, tak pernah naik pangkat. Tak pernah dibayar gaji.

Surirumah.
Semulia-mulia pekerjaan. Tapi tak pernah terpilih.

Tak apalah. Sebab ALLAH Tak pernah memilih.

Surirumah.
Sabarlah...ALLAH sayang.

Credit : Eida Hidayati Hassan


Saturday, March 30, 2019

Petua hilangkan pepijat


Yang kecil-kecil tu biasanya susah nak tengok sebab kulitnya telus (transparent). Tapi lepas pepijat tu dah selesai hisap darah boleh tengok badannya bertukar merah. Seekor pijat yang dah kenyang hisap darah, boleh hidup sehingga 6 bulan tanpa menjamah sebarang makanan lepas tu.

Pijat nie suka menyelit di celah-celah sofa, katil, celah dinding, lantai dsb.nya. Tempat yang paling digemarinya ialah tilam dan bantal.

Bila dah kena, kenalah rajin menjemur tilam dan pakaian. Sebaiknya baju dan seluar direndam dalam air suam atau air panas terlebih dahulu sebelum dibasuh.

Tilam dan bantal WAJIB dijemur bawah panas matahari 2-3 kali seminggu. Kalau jemur tiap-tiap hari terbaik! Tepuk-tepuk atau tumbuk dan ‘kungfu’ tilam dan bantal bucuk yang dijemur tu untuk ‘menggugurkan’ askar-askar pepijat yang bergayutan.

Ada bilik yang lantainya dari kayu atau dinding yang dihias dengan kayu. Jika dirasakan dah dihuni pijat, sembur seluruh bilik dan celah-celah kayu dengan ridsect atau shiledtox dsb.nya. Sembur dengan perasaan ‘geram’ dan tutup pintu bilik rapat-rapat. Lepas sembur lebih kurang setengah jam, akan kelihatan pijat-pijat semua keluar. Buang pijat-pijat tu pastu dinding semua curah dengan air panas yang baru mendidih untuk matikan telur-telur dia.
Kalau rajin lagi, tutup sebarang rekahan atau lubang-lubang pada dinding dan lantai dengan ‘melting glue’. Gam yang orang guna untuk buat kraftangan atau barang hantaran kahwin tu.

Cari kulit durian dan letakkan di bawah katil atau kat tempat yang dirasakan ada pijat. Biarkan di situ beberapa hari. InsyaAllah dalam 4-5 hari akan dapati banyak pijat yang mati. Ada juga pepijat yang ‘lari dari rumah’ sebab tak tahan dengan bau durian tu. Bagi tuan rumah yang tak tahan dan akan pening dengan bau durian pun akan lari juga…

Jika korang sendiri tak tahan dengan bau durian, boleh gantikan dengan kulit limau nipis. Letakkan di tempat-tempat yang dirasakan strategik.

Selain dari guna durian. Petua yang ramai orang kata berkesan ialah dengan menggunakan daun durian belanda.

Ambil daun serai dengan batang-batangnya sekali. Tumbuk-tumbuk agar hancur sedikit supaya ‘aromanya’ lebih menusuk. Letak kat bawah tilam dan katil.

Beli kapur barus. Hancurkan dan tabur di bawah katil dsb.nya. Letak juga kat celah-celah rekahan atau lubang-lubang di lantai.

Kalau tak suka sembur-sembur racun serangga atau tak yakin dengan petua-petua lam tu buat gotong-royong satu keluarga. Keluarkan semua barang dalam rumah. Cuci lantai, dinding, siling, kipas siling dan cuci semua barang yang boleh dicuci termasuklah perabot kayu dan tak kayu. Mop lantai rumah dalam tempoh berkala, 2-3 hari sekali. Lap perabot dalam tempoh berkala jugak atau sekuran-kurangnya seminggu sekali.

⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔
Pepijat adalah sejenis serangga parasit yang mana makanannya ialah darah dan biasa didapati di sekeliling persekitaran manusia seperti rumah atau pejabat. Sesetengah pepijat memakan darah binatang, tetapi kebiasaannya pepijat lebih cenderung kepada darah manusia. Pepijat kebiasaannya dijumpai di kawasan yang hangat seperti tilam dan bilik tidur. Kebanyakkan pepijat aktif pada waktu malam.

#pakcikserangga




Friday, March 29, 2019

Apa yang MESTI anda tahu tentang RESDUNG


Tahukah anda resdung juga boleh menyebabkan anda STRESS,lemah,dan
tidak bermaya?

Ia juga adalah ibu segala penyakit di kawasan muka dan kepala

Anda mungkin resdung,tapi tak menyedarinya

Dan malangnya simptom dan gejala akibat resdung terus membelenggu diri anda berterusan!

Tahukah anda semua orang menghidap resdung?

Tapi bukan semua orang teruk dan memerlukan rawatan

Lihat simptom dan tanda-tanda di bawah :

Jika ada, maka sah lah anda RESDUNG!

•Sering mengalami hidung tersumbat
•Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
•Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
•Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
•Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
•Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
•Mengalami jerawat di muka dan badan
•Nafas berbau
•Kulit kepala berkelumumur gatal dan rambut gugur
•Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain

Masalah resdung jangan dipandang ringan, tanpa rawatan ia bertambah parah

Kenapa anda mesti cuba penawar ini?

Sebab 99% pelanggan kami berpuas hati,ia diperbuat dari akar kayu 100%,tiada STEROID,tiada bahan KIMIA berbahaya ,murah,mudah dan mujarab dengan cepat!

#asmakherbs
#asmakByMhamsb
#StokisAsmakMelaka
0126206750




Thursday, March 28, 2019

Percutian yang Ohsem

Acah2 filling sejuk di Kundasang Sabah,padahal dalam bilik ekon ni๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ pon jadi le kan..
.
.
Trowback..
Percutian yang sangat ohsem bila semuanya menjadi realiti.
Itu la realiti kehidupan saya untuk percutian yang terindah ini.
.
Tarikh keramat 12.10-14.10.18 pertama kali jejak kaki dalam✈ untuk ke negeri bawah bayu dengan tajaan dr ASMAK.
.
Sampai sana bukan kami je selfie..
Tp produk asmak pon kami selfie kan skli๐Ÿคญ๐Ÿ˜‚
.
Memang Tak lupa semasa travel memang kami bawa cukup produk Asmak untuk keperluan di sane.
Sebab kami tahu ia amat penting untuk #firstAid kami nanti.
.
Alhamdulillah selamat semuanya pergi dan balik..
anak-anak pon suka.
Next ...tahun ni kite pi bercuti di Afamosa lak ye๐Ÿ˜…dekat sangat tu dgn rumah..tapi disebabkan ukhwah kami dalam asmak,jauh dan dekat bukan penghalang untuk kami bersatu..ewahhh๐Ÿ˜…๐Ÿ˜

Tq asmak๐Ÿ˜˜

#WeAreFamily
#RewardFamilyTripKeKundasang2018
#AsmakPilihanIbuModen
#AnakSihatHatiTenang
#MinyakHerbaAsmak
#Fnc
#BedakAsmak





Wednesday, March 27, 2019

Info kesihatan gigi

"Anak saya umur 3 tahun dah pandai meludah. Senang bila nak gosok gigi. Dah boleh bagi ubat gigi yang biasa. Jimat pun jimat."

Alamak! CHUP!

Mak, ayah. Tolong. Ini pemahaman yang salah. Ubat gigi biasa atau ubat gigi dewasa PERLU DIELAKKAN digunakan oleh kanak-kanak. Apatah lagi bila kanak-kanak itu dibiarkan gosok sendiri tanpa pengawasan ibu bapa, dan kuantiti yang digunakan tidak terkawal.

Kanak-kanak dalam kategori risiko rendah karies tidak perlu gunakan ubat gigi dewasa yang mengandungi flourida 1000 - 1200 ppm.  Mereka tidak perlukan flourida sebegitu banyak. Ubat gigi kanak-kanak berflourida hanya ada sekitar 600 ppm. Ianya sudah memadai.

Walau bagaimanapun, untuk kanak-kanak dalam kategori risiko tinggi karies, boleh gunakan ubat gigi dewasa atas nasihat doktor supaya kanak-kanak tersebut mendapat flourida yang mencukupi dan membantu mencegah karies.

Sebab itu penting pemeriksaan gigi, supaya kita boleh tahu anak anda dalam kategori rendah atau tinggi karies.

Penggunaan ubat gigi berflourida PERLU DIBANTU oleh ibu bapa. Jangan biarkan anak gosok gigi sendiri tanpa pemantauan.

Umur 0-3 tahun, ubat gigi cuma sebesar sebiji beras. Selepas ubat gigi diletakkan di atas berus gigi, ratakan ubat gigi itu menjadi satu lapisan nipis.

Pendedahan kepada flourida berlebihan boleh menyebabkan flourosis (tompokan putih) pada gigi kekal yang belum tumbuh. Walaubagaimanapun, flourosis tidak akan terjadi pada gigi kekal yang sudah tumbuh keluar.

Oleh itu, penggunaan ubat gigi dewasa PERLU DIELAKKAN untuk kanak-kanak sehingga gigi kekal tumbuh. Bawalah anak anda untuk pemeriksaan gigi untuk mengetahui tahap kebersihan dan kesihatan gigi mereka.

Mak ayah dah bawa anak-anak pergi periksa gigi? Kalau belum cepat-cepatlah bawa. Tak perlu tunggu gigi banyak tumbuh baru bawa. Dah boleh bawa check gigi seawal gigi pertama tumbuh lagi.

Gigi yang sihat warna putih susu. Permukaannya licin. Ruang antara gigi itu normal untuk tumbesaran gigi kekal nanti.

Tompok putih itu tanda awal gigi susu nak rosak. Lapisan enamel menipis. Biasanya terdapat di kawasan berdekatan gusi. Dalam keadaan tertentu, tompok putih ini boleh hilang dengan penggunaan flourida. Kalau tompok putih ini dibiarkan, akan menjadi kuning dan coklat.

Tompok kuning atau coklat tanda gigi sudah berlubang. Kawasan sekeliling tompok kuning/coklat akan menjadi semakin rapuh. Wajib jumpa doktor gigi dah!! Jangan biarkan.

Peringkat karies teruk boleh membahayakan anak-anak. Gusi bengkak. Muka bengkak kalau dibiarkan. Boleh juga menyebabkan gigi dicabut awal.

#SharingIsCaring
#InfoKesihatanGigi


Tuesday, March 26, 2019

Kenapa memilih Asmak?

1. Diyakini sejak 2015
2. Diperbuat dari herba dan bahan terpilih
3. Produk berkesan  berkualiti dan pembelian ulangan tinggi
4. Berdaftar dan bernotifikasi dengan KKM
5. Berdaftar dengan MyIpo
6. Mempunyai pengedar seluruh Malaysia
7. Terjual ratusan ribu unit
8. Syarikat sentiasa fokus menambah nilai kepada pengguna dan pengedar.
9. Produk sentiasa ditingkatkan kualiti dan pemeriksaan berkala untuk memastikan keselamatan dan kesucian produk
10. Memenuhi keperluan keluarga masa kini dari hujung rambut hingga hujung kaki

#stokisAsmakMelaka
0126206750


Monday, March 25, 2019

TIPS KEKAL CERGAS DAN SIHAT SEPANJANG MUSIM PANAS

1. Pakai topi atau payung apabila keluar dari rumah. Yang ada anak-anak kecil tu, bawa siap-siap kain napkin atau selimut untuk tutup kepala mereka dari sinar matahari terik.

2. Lebihkan masa dalam rumah daripada melakukan aktiviti luar. Kalau nak buat juga, cari tempat yang teduh dan tertutup.

3. Tidak duduk dalam kenderaan bertutup tanpa menghidupkan pendingin hawa.

4. Pakai losyen yang ada SPF sekurangnya 30

5. Kurangkan minuman berkafein atau bergula

6. Pakai pakaian yang ringan, berwarna cerah dan longgar. Pastikan menutup aurat tau uolls.

7. Minum minuman isotonik untuk ganti peluh yang banyak keluar. Boleh je cairkan dengan air. Antara tanda dah kurang air dalam badan, apabila kepala dah start sakit atau pening.

8. Guna kipas atau pendingin hawa untuk sejukkan badan. Kalau travel, bawa kipas kecik. Kat kedai rm2 pon ada juai. Kipas tangan pon boleh.

9. Minum air kosong secukupnya walau tak melakukan sebarang aktiviti fizikal.

Semoga kita semua kekal sihat dan cergas.

Nota kaki: Minyak Herba Asmak pastikan standby untuk saat-saat kecemasan ya ๐Ÿ˜„

#StokisAsmakMelaka
#AnakSihatHatiTenang
0126206750


Sunday, March 24, 2019

4 MANFAAT MINYAK ZAITUN UNTUK RAMBUT

Manfaat minyak zaitun bukan hanya untuk makanan, tapi juga bagi kecantikan. Minyak yang satu ini memang memiliki banyak manfaat, baik untuk kegunaan luaran mahupun dalaman tubuh. Kandungan yang ada pada minyak zaitun adalah vitamin E dan K, serta asid lemak. Tidak hanya berguna untuk kulit, vitamin E juga berguna untuk rambut.

Minyak zaitun memiliki fungsi melembapkan, ini yang membuatnya baik digunakan untuk rambut. Jangan hairan jika minyak zaitun dapat digunakan sebagai kondisioner. Hal ini diperakui oleh satu kajian bahawa manfaat lain yang didapat adalah membuat rambut semakin bersinar, lembut, dan kuat.

Apa manfaat minyak zaitun untuk rambut?

Selain vitamin yang disebutkan di atas, minyak zaitun juga mengandung elemen kimia seperti asid oleat, asid palmitat, dan squalene. Ketiga elemen tersebut adalah emolien yang menawarkan fungsi kelembutan. Berikut ini adalah manfaat minyak zaitun untuk rambut yang boleh anda dapatkan:

1. Mengurangi kelemumur

Gabungan minyak zaitun dan pati lemon, hasil yang anda dapatkan adalah rambut bebas dari kelemumur. Jika rambut anda kering dan kulit kepala mudah mengelupas, asid pada pati lemon dapat membantu menghilangkan kelemumur, sedangkan minyak zaitun akan membantu melembapkan kulit kepala yang mengelupas.

2. Mengatasi rambut bercabang

Bagi rambut yang rosak, kusut dan bercabang juga minyak zaitun dapat mengatasinya. Sedikit titisan minyak zaitun dapat membantu melembutkan  rambut anda. Kesannya pada rambut adalah menjadi berat dan lembap, serta memperbaiki rambut dengan cepat.

3. Mengilatkan rambut

Kondisioner rambut habis? Tak usah bimbang, minyak zaitun dapat menjadi solusinya. Selain kelembapan rambut anda kembali, anda juga mendapati rambut kelihatan sihat dan berkilau. Selain vitamin E dan K, minyak zaitun juga kaya akan vitamin A dan antioksidan. Kandungan tersebut dapat melindungi keratin pada rambut dan menahan kelembapannya. Minyak zaitun dapat menghilangkan penompokan sebum yang menghalang pertumbuhan folikel rambut dan pertumbuhan rambut baru.

4. Membuat rambut mudah diurus

Rambut kering dan kurang vitamin membuatkan ia sukar untuk disikat  atau diluruskan. Minyak zaitun dapat digunakan untuk mengatasinya. Caranya adalah lapisi rambut Anda dengan setengah sudu minyak zaitun. Biarkan selama 30 minit. Ketika rambut anda cukup lembap, maka rambut Anda pun akan lebih mudah untuk disikat .

Kredit : hellosehat.com
#StokisAsmakMelaka
0126206750



Saturday, March 23, 2019

BUASIR?

In shaa Allah boleh diubati.

Apabila berlaku buasir luar, akan ada rasa sakit sebab kita teran nak poop sampai terkeluar daging tu. Asalnya sembelit, takleh poop.

Mommies tau tak, dalam Minyak Herba Asmak terdapat habbatussauda dan gamat? Kedua bahan ni dapat membantu mengecutkan buasir tu.

Sapu Minyak Herba Asmak di ketulan daging yg terkeluar, tolak perlahan-lahan masuk ke dalam dubur dan kemut dubur.

Buat kerap, Insha Allah sangat membantu.

Petua orang tua-tua boleh juga tuam dengan putik kelapa yang dibakar. Lebih elok kesannya bila kita lumur pula Minyak Herba Asmak sebelum tu.

Tak de putik kelapa? Tuam dengan botol air panas pon boleh. Kalau ada tungku pon ok. Bertungku tapi duduk je atas tungku tu. Sapu Minyak Herba Asmak dlu sebelum tu.

Mommies boleh ikhtiar guna Minyak Herba Asmak. In shaa Allah selamat.

Semoga membantu! ๐Ÿ˜˜

#StokisAsmakMelaka 0126206750
#Buasir #MinyakHerbaAsmak
#GoNaturalForABetterLife
#AnakSihatHatiTenang


Friday, March 22, 2019

Tips kekal sihat di Musim Panas

Ambil Langkah Berjaga-Jaga Ketika Cuaca Panas | Musim panas ekstrem dijangka melanda negara mulai minggu ini boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba. Orang ramai dinasihati supaya mengambil langkah berjaga-jaga jaga untuk kekal sihat dan mengelakkan diri daripada penyakit berkaitan kepanasan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.
“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.”
“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
Beberapa kawasan dalam negara kini mengalami cuaca panas dan kering yang merupakan fenomena fasa akhir musim tengkujuh dan keadaan itu diramal berlaku sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail pula, “keadaan cuaca sekarang belum mencapai tahap ‘gelombang panas’ dan masih dikategorikan sebagai normal.”
Suhu di kebanyakan negeri di Malaysia ketika ini adalah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius, tetapi semalam di Chuping Perlis suhunya telah mencapai ke 36 darjah Celcius.
Che Gayah turut menyatakan bahawa musim peralihan monsun akan bermula menjelang bulan April sehingga pertengahan Mei yang mana negeri-negeri pantai barat Semenanjung akan mengalami cuaca lebih lembap dan ribut petir di sebelah tengahari dan petang.
Katanya lagi, “keadaan cuaca hujan lebat dan ribut petir tersebut adalah biasa sebelum berlakunya monsun Barat Daya yang bermula Jun sehingga September yang akan menyebabkan negara menjadi kering dan dilanda jerebu.”
Dr. Noor Hisham menyatakan, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.
“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.”
“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Cuaca Panas Melampau Boleh Membawa Maut

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.
Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.
“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.
Maka jagalah kesihatan antum dalam cuaca sekarang,. Mencegah lebih baik daripada merawat!.
.
.
ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู… ุจุงู„ุตูˆุงุจ
ูˆَุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒَู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ُ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡


Thursday, March 21, 2019

TOLONG JANGAN MEMBUAT PEMBAKARAN TERBUKA

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
Mohon untuk seketika, TOLONG JANGAN MEMBUAT PEMBAKARAN TERBUKA WALAUPUN HANYA DAUN KAYU di kawasan kediaman/komuniti anda utk mengelakkan pencemaran udara yang boleh mengganggu kesihatan kita terutama anak2 kecil, orang yg berpenyakit asma. Keadaan cuaca panas makin meruncing. Belum lagi keadaan Cuaca Panas yang boleh menyebabkan stroke Haba. Bagi setengah tempat jerebu sudah mula kelihatan yang dibawa angin dari negara jiran. Mohon jangan tambah lagi kepekatan jerebu dipersekitaran anda.
Aduan banyak diterima kepada JAS, BOMBA n PBT. Tetapi sejauh mana sumbangan semua dalam mengawal aktiviti ini. Mohon kerjasama supaya hal ini dapat dibendung dan mengurangkan impak alam sekitar dan menjaga kesihatan semua.
Anggota2 bomba yang dikerah ke lokasi kebakaran juga mengalami pelbagai masalah yang dihadapi apabila cuba memadamkan kebakaran apabila mereka bukan sahaja menempuh api yang marak tetapi juga terpaksa bersabung nyawa bila berhadapan dengan binatang berbisa seperti ular dan sebagainya. Jadi mohon sangat2 kepada masyarakat utk tidak membuat pembakaran terbuka bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Dan jika sekiranya ternampak/terjumpa anggota2 bomba yang sedang membuat pemadaman di lokasi2 kebakaran, mohon tegurlah dengan mesra (bagi mengurangkan stress semasa pemadaman) dan jika tidak keberatan hulurkan sedikit sumbangan seperti makanan dan minuman bagi melepaskan lelah mereka utk seketika. Mereka tidak pernah meminta, tetapi mereka juga manusia seperti kita yang memerlukan lebihan tenaga utk membantu kita memadam kebakaran. Dikhabarkan mereka tidak boleh meninggalkan lokasi sehingga api benar2 padam/waktu malam. Bayangkan apakah yang akan mereka makan dan minum jika mereka berada sepanjang hari di lokasi itu. Niatkan sahaja ia sebagai sedekah yang hanya boleh diberi ganjaran oleh Allah SWT.
Banyak kes kebakaran terbuka berlaku pada musim panas ini. Api semasa Kecil menjadi kawan apabila besar BOMBA saja berani lawan.
Sekian. Terima kasih.
-warga prihatin-
Viralkan msg ini. Agar semua masyarakat prihatin



Wednesday, March 20, 2019

Kapsul Penawar Resdung

ASMAK HERBS

1 botol [30biji]

KANDUNGAN BAHAN DALAM ASMAK HERBS:
Asmak Herbs diperbuat drpd bahan semula jadi, iaitu Akar Mengkunyit, Akar Serapat & Lada Sulah. Ketiga-tiga herba di ats mempunyai nilai yg sgt tinggi di dlm perubatan tradisional Melayu.

Akar Mengkunyit sendiri sgt popular digunakan di kalangan masyarakat Melayu utk mengubati masalah resdung, hidung berair dan gatal-gatal.

Akar serapat pula popular digunakan oleh wanita Melayu zaman dahulu terutamanya untuk kecantikan luar & dlm kerana ia dpt melicinkan kulit di samping membuang toksin di dlam badan.

Lada sulah pula sering digunakan dlm masakan harian kita. Tahukah anda lada sulah mempunyai khasiat yg sgt byk malah istimewa? Antara khasiat lada sulah yg paling istimewa adalah ianya dpt mengatasi masalah hidung tersumbat.

Hebatkan kandungan di dlm Kapsul Penawar Resdung Asmak Herbs! Gabungan Herba terpilih di dlm setiap kapsul yg dpt merawat masalah resdung anda.

Apa tunggu lagi? Dapatkan hari ini!

#Pastikanoriginalbarubeli
#Lebihberkesanselamatdansuci

Kita ikhtiar. Allah menyembuhkan. InshaAllah

#StokisAsmakMelaka
0126206750





Tuesday, March 19, 2019

Madu Asli + Habatusauda

Nak imun badan kuat?

Amal kan ni,

Madu Asli + Habatusauda.

Tuang satu sudu madu asli asmak dalam sudu plastik,  taburkan sedikit habatussauda dalam tu.

Amalkan pagi dan malam.

Madu dan habatussauda amalan sunnah.

Badan sihat.
Pahala pun dapat.

Amin.
In syaa Allah.

Tip dari team Asmak.

#WeAreFamily
#StokisAsmakMelaka 0126206750
#BeliMaduFreHabatussaudaSebotol




Monday, March 18, 2019

Tips Bisnes Newbie

Tips Asingkan Duit Modal Dengan Duit Untung

Dibawah adalah cara yang saya lakukan :-

1-  Akaun Semasa/Current Account
Siapa yang belum ada Current Account, sila buat. Tapi WAJIB ada SSM + Cop Syarikat + Deposit. Saya cadangkan anda buat current account CIMB dan MAYBANK, dua-dua ni paling famous dikalangan pembeli online.

➡Maybank : Deposit RM2k + Introducer
➡CIMB : Deposit RM1k + Introducer

Deposit boleh keluarkan balik selepas selesai. Ada sesetengah bank tak perlukan introducer, cuba survey dulu.

2. Akaun Simpanan/Saving Account
Saya pasti semua orang dah ada saving account kan? Kalau belum ada boleh buat. Nak open saving account tak mahal pun. Maybank tak silap sy RM250 (kalau silap tolong betulkan).

3. Pembeli/Client
Pembeli ataupun client mestilah membuat bayaran ke akaun semasa, bukan lagi ke akaun simpanan. Tak kira dia beli apa atau bayaran apa sekalipun, duit jualan WAJIB masuk dalam akaun semasa.

4. Duit dari current account bayar:-
Pembekal : Ambil stok jualan/rolling modal
Bil : Poslaju (in case kalau korang buat kontrak, bil bayar 2 kali sebulan)/telefon/wifi dan lain-lain
Pekerja : Kalau ada staff. Tak ada takpe, jimat kos huhuhu.
Tax dan Zakat.
Lain-lain seperti minyak petrol, transport dan yang berkaitan dengan syarikat SAHAJA.
5. Gaji untuk diri sendiri (40%)
Hello... Jangan nak perasan yang duit bisnes korang tu 100% hak milik korang okay. Seeloknya bagi gaji pada diri sendiri setiap hujung bulan atau awal bulan.

Macam mana nak kira gaji kita? Yang ni saya bagi contoh sahaja ye. Saya ambik 40% dari baki yang tinggal.

Contoh : Baki setelah ditolak kos-kos diatas adalah RM5000. Contohnya anda ambik 40% dari baki tersebut.

Contoh :
Total Jualan (RM20,000) - Duit Keluar (RM15,000) = RM5000 / 40% = RM2,000 (Gaji Anda).

6. Saving Account
Dari Current Account, bayar gaji anda RM2,000 tadi ke Saving Account setiap hujung atau awal bulan.

Jika anda konsisten bagi gaji pada diri sendiri setiap bulan macam ni, anda boleh create slip gaji. Jadi anda ada slip gaji + pendapatan dari berniaga.

Faham tak?

Gaji inilah yang anda boleh guna untuk makan minum + bagi parents + bayar ptptn + kereta dan sebagainya. Cukup ke tak cukup, pandai-pandailah anda plan. Kalau tak cukup, usaha cari lebih jualan bulan depan.

7. Baki Jualan (60%)

SIMPAN !

Kenapa tak boleh habiskan?

Sebab nanti senang kalau anda nak tambah modal untuk ambik stok produk lain atau nak ambik lebih banyak stok dimasa akan datang. Yela, tak kan selamanya anda nak berada ditahap yang sama je kan?

Duit syarikat sepatutnya digunakan untuk pusingan modal dan operasi perniagaan. Bukan untuk kepentingan diri sendiri. Jangan jadi perompak bisnes sendiri !

Apa kepentingan Current Account ni?

1. Senang Buat Loan Dengan Bank
Lebih-lebih lagi yang buat bisnes sepenuh masa macam saya ni. Anda tak ada slip gaji tau. Nak apply apa-apa loan dengan bank susah. Jadi kena buat cara macam ni untuk bagi pihak bank nampak yang anda menjalankan bisnes cap kapak. Bukan bisnes cap ayam.

Yang bekerja boleh guna cara ni jugak. Buat slip gaji. Lagi senang nak apply loan sebab ada kedua-duanya, slip gaji + pendapatan dari berniaga.

2. Duit Bisnes Tidak Bercampur
Perasan tak bila duit masuk dalam 1 akaun je, anda akan jadi 'pening'. Belanja makan ke, shopping ke, belanja pergi bercuti ke, main bedal je ambik duit. Tak tau tu duit bisnes atau duit sendiri. Alih-alih nak restock barang duit tak cukup!

3. Boleh oleh lihat dengan jelas mana DUIT ANDA dan mana DUIT SYARIKAT
Duit syarikat, milik syarikat. Bukan milik anda, walaupun anda pemilik syarikat. Makan je gaji tiap bulan tu dulu. Jangan berlagak macam tokey-tokey besar lagi

4. Membolehkan Pengurusan Wang Anda Lebih Efektif.
Belajar uruskan kewangan dengan baik dulu. Pusing modal yang ada dengan sebaiknya. Jika tidak, lama-kelamaan boleh memakan diri.

5. Tidak Akan Mengalami Masalah Akaun Tiba-tiba Diblock.
Saving account selalu akan mengalami masalah ini. Perkara ni terjadi kerana transaksi melebihi had setiap hari.

Dan banyak lagi kelebihan bagi orang yang berniaga macam saya ni. Ini berdasarkan apa yang saya buat. So far sekarang ni saya dah keluar/rolling modal lebih kurang RM40k untuk ambik stok. Tanpa berhutang. Saya kumpul dari duit untung masa jadi dropship lagi.

Tips ini sesuai untuk newbie yang baru nak mula berniaga. Mungkin boleh membantu mereka yang belum ada pengetahuan tentang ilmu ini.

#stokisAsmakMelaka
0126206750

Sunday, March 17, 2019

Tips kekal sihat di Musim Panas


Ambil Langkah Berjaga-Jaga Ketika Cuaca Panas | Musim panas ekstrem dijangka melanda negara mulai minggu ini boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba. Orang ramai dinasihati supaya mengambil langkah berjaga-jaga jaga untuk kekal sihat dan mengelakkan diri daripada penyakit berkaitan kepanasan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.
“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.”
“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
Beberapa kawasan dalam negara kini mengalami cuaca panas dan kering yang merupakan fenomena fasa akhir musim tengkujuh dan keadaan itu diramal berlaku sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail pula, “keadaan cuaca sekarang belum mencapai tahap ‘gelombang panas’ dan masih dikategorikan sebagai normal.”
Suhu di kebanyakan negeri di Malaysia ketika ini adalah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius, tetapi semalam di Chuping Perlis suhunya telah mencapai ke 36 darjah Celcius.
Che Gayah turut menyatakan bahawa musim peralihan monsun akan bermula menjelang bulan April sehingga pertengahan Mei yang mana negeri-negeri pantai barat Semenanjung akan mengalami cuaca lebih lembap dan ribut petir di sebelah tengahari dan petang.
Katanya lagi, “keadaan cuaca hujan lebat dan ribut petir tersebut adalah biasa sebelum berlakunya monsun Barat Daya yang bermula Jun sehingga September yang akan menyebabkan negara menjadi kering dan dilanda jerebu.”
Dr. Noor Hisham menyatakan, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.
“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.”
“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Cuaca Panas Melampau Boleh Membawa Maut

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.
Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.
“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.
Maka jagalah kesihatan antum dalam cuaca sekarang,. Mencegah lebih baik daripada merawat!.
.
.
ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู… ุจุงู„ุตูˆุงุจ
ูˆَุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒَู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ُ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡
BangsaMembaca
BangsaBerjaya



Saturday, March 16, 2019

Bagi anda sendiri, apa yang paling mahal didunia ini?
Emas? Berlian? atau benda lain?
Lain orang lain jawapannya ye dok?
Bagi saya sendiri, apa yang paling mahal ialah kesihatan yang baik. Kenapa pulak?. Sebab bila anda mempunyai kesihatan yang baik, anda boleh buat apa sahaja aktiviti ataupun benda yang anda suka. Kaya macam mana pun takkan mampu beli kesihatan yang baik sebab kalau tak jaga buruklah kesihatan anda.
Saya bagi contoh iaitu benda-benda manis. Benda manis ni bagi saya adalah perosak kesihatan yang sangat bahaya sebab ia mampu merosakkan sistem dan anggota badan. Benda-benda manis ni sinonim sangat dengan diabetes. So kalau tak nak kena diabetes kurangkan benda manis. Banyak lagi sebenarnya benda yang boleh merosakkan sistem dan anggota badan.
Sesetengah orang anggap mereka muda mereka takkan kena penyakit macam ni. Bila dah kena masa tu nasi dah jadi bubur. Kesihatan yang baik adalah nikmat Tuhan yang tidak ternilai sebab tu saya cakap ianya mahal.
Orang kata..................... "Kurangkan manis dalam minuman lebihkan dalam senyuman"
Semoga bermanfaat ๐Ÿ˜Š


Friday, March 15, 2019

PERKARA YANG MEMBURUKKAN LAGI ASMA


Semua orang tahu perkataan asma tapi berapa ramaikah yang betul-betul kenal asma ni apa. Secara ringkas Asma ni merupakan penyakit yang berkait rapat dengan saluran pernafasan. Pendek cerita bila seseorang menghidap asma, saluran pernafasan mereka akan menjadi kemerahan, bengkak, menghasilkan lendir berlebihan dan mudah terangsang (hypersensitive). Ada beberapa perkara lagi kalau anda nak tahu yang boleh menyebabkan asma menjadi teruk.
.
.
SEJARAH KELUARGA (Family History)
Jika salah seorang dari suami/isteri ada penyakit asma, peluang untuk anak menghidap asma adalah agak cerah.

JANTINA & UMUR
Asma adalah lebih ketara pada peringkat umur kanak-kanak. Jika dibandingkan antara lelaki dan perempuan, anak lelaki lebih mudah terkena asma

ALERGIK
Jika anak anda ada alergi terhadap perkara yang menyebabkan serangan asma, maka risiko serangan asma akan meningkat.

MEROKOK (AKTIF&PASIF)
Asap rokok boleh memburukkan lagi asma seseorang sebab bahan kimia yang ada dalam rokok boleh memburukkan lagi saluran pernafasan, Takde faedah pun merokok ni. Badan binasa keluarga sengsara.

PENCEMARAN UDARA
Mereka yang tinggal di bandar lebih mudah terkena serangan asma disebabkan udara yang tercemar. ASap kenderaan dan juga debu boleh menyumbang kepada asma yang lebih kronik.

OBESITI 
Pakar menjelaskan, obesiti akan menyebabkan badan lebih mudah terkena keradangan dan seterusnya menyebabkan serangan asma.
.
.
Asma ni jangan kita pandang remeh. Kalau tak dijaga boleh meragut nyawa. Jaga kesihatan anda sebab ianya anugerah yang sangat berharga. 

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
#StokisAsmakMelaka
0126206750


Thursday, March 14, 2019

Kelebihan Shampoo Bunga Raya (Asmak)

Nak tahu apa beza kebanyakan Syampoo2 di pasaran dengan Syampoo Bunga Raya Asmak?

Cer tengok dibawah๐Ÿ‘‡

Kebanyakan Syampoo dipasaran terkandung bahan2 kimia yang boleh memudaratkan kesihatan anda untuk jangka masa panjang.

Tahukah anda SLS adalah bahan kimia yang terkandung dalam detergent basuh baju & pinggan, ubat gigi dan sabun yang digunakan untuk mop lantai bagi mendapatkan buih yang banyak. Tak caya cuba check syampoo yang anda guna sekarang. Ada tak bahan kimia SLS dan bahan2 kimia di bawah?

Sebab tu kebanyakan syampoo menghasilkan buih yang banyak. Anggapan kita lebih banyak buih, lebih bagus dan bersih ternyata salah. Akibat penggunaan yang kerap, rambut akan menjadi rapuh dan mudah gugur, kelemumur, gatal-gatal serta kulit kepala yg berminyak atau terlalu kering. Irritasi pada kulit serta mata dan bagi kes2 yang serius boleh membawa kepada kebutaan dan kanser.

Ramai juga customer yang selalu tanya kenapa Syampoo Bunga Raya (SBR) lebih mahal dan kurang berbuih berbanding syampoo2 jenama lain? Salah satu sebabnya kandungan dalam SBR ni terdiri dari bahan2 semulajadi yang susah untuk didapati dan terpaksa melalui pelbagai proses saringan yang menyulitkan untuk dijadikan Syampoo. Dan yang pasti tiada bahan kimia berbahaya serta selamat digunakan oleh kanak2 sehingga golongan veteran.

Jadilah pengguna yang bijak. Pilihlah Syampoo yang selamat di samping dapat memberi kesan yang lebih optimum untuk mahkota anda. ๐Ÿ˜Š

#InfoSyampooBungaRaya
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
#StokisAsmakMelaka
0126206750



Tuesday, March 12, 2019

Berikut adalah 10 kebaikan dan faedah minum Air Lemon kepada kita:

1. Permulaan hari yang baik. Lupakan kopi! Mulakan hari dengan secawan air lemon panas sebaik sahaja bangun tidur boleh membantu merangsang dan mengaktifkan sistem penghadaman. Minum air lemon pada waktu pagi juga memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita.

2. Melegakan sakit tekak. Ciri-ciri anti-bakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu melegakan sakit tekak. Jus lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Jika anda mengalami sakit tekak, selesema atau batuk berkahak, perbanyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sedikit demi sedikit sepanjang hari.

3. Menurunkan berat badan. Jus lemon mengandungi Pectin, yang merupakan serat larut yang membantu dalam membakar lemak dan penurunan berat badan. Minum air lemon juga membantu hati menghasilkan lebih hempedu, yang membantu menghadam lemak degil.

4. Menghalang pembentukan batu karang. Minum air lemon setiap hari meningkatkan paras citrate di dalam urin. Kajian menunjukkan bahawa ianya membantu melindungi badan kita daripada pembentukan batu karang di dalam buah pinggang.

5. Melegakan kegatalan. Lemon bersifat antiseptik dan anti-keradangan, serta mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik. Jika anda digigit serangga, gosok jus lemon di kawasan kulit berkenaan. Ia boleh membantu melegakan rasa gatal tersebut.

6. Melawaskan sistem penghadaman. Air lemon membantu dalam perkumuhan, mengelakkan sembelit, cirit-birit, serta melegakan simptom berkaitan kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

7. Anti-kanser. Liminoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon. Kajian mendapati ia mempunyai ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu melindungi sel-sel di dalam badan daripada rosak, seterusnya mengelakkan pembentukan sel barah.

8. Menghilangkan bau busuk. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Lemon juga bersifat membersih, anti-biotik dan anti-oksidan yang penting untuk kulit, serta membantu mengurangkan bau badan. Orang zaman dahulu menggunakan lemon untuk meggosok ketiak dan menyental daki di seluruh badan, bagi menggantikan penggunaan sabun.

9. Menurunkan panas demam. Apabila rasa hendak demam, cepat-cepat minum air lemon sebanyak mungkin, bagi membantu menurunkan suhu panas demam dengan pantas.

10. Kandungan pH yang seimbang. Walaupun lemon bersifat asid, tetapi kandungan mineral yang tinggi di dalam lemon menyebabkan ia bersifat alkali apabila masuk ke dalam badan, seterusnya membantu membuang asid serta menyeimbangkan kandungan pH di dalam badan kita.

#AsmakByMhamSB
#StokisAsmakMelaka
0126206750



Monday, March 11, 2019

TIPS IBU MEMANDU DENGAN TENANG TANPA SEBARANG GANGGUAN

1. Biasakan pesan pada anak untuk bersabar dan sesekali puji sikap sabar mereka dengan membelikan makanan kegemaran anak-anak.

2. Pasangkan dan periksa tali pinggang keselamatan anak-anak.

3. Buka cerita kegemaran anak-anak di skrin TV kenderaan atau mainkan zikir kesukaan anak.

4. Ibu turut berzikir atau menyanyi lagu kegemaran anak jika radio dan TV tidak berfungsi untuk bagi mereka sedar yang kita turut serta sama dengan mereka.

5. Pastikan anak yang paling besar duduk di sebelah anak paling kecil supaya boleh bantu menenangkan adik yang kecil jika menangis.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Anak ceria, ibu ayah gembira, keluarga bahagia.

#StokisAsmakMelaka
0126206750


Sunday, March 10, 2019

MANFAAT DAN KELEBIHAN HABATUSSAUDA

Kebaikan habbatussauda yang tersendiri dapat membantu mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan dan berkesan untuk mengurangkan sinusitis akut ataupun resdung.
.
Selain itu juga, dalam Jurnal Akademi Dematologi dan Venereologi Eropah kajian mendapati minyak biji habbatussauda menunjukkan peningkatan dalam kualiti hidup dan penurunan tahap ekzema.
.
Tau tak?
Gabungan inovasi tradisional, sunnah dan sains ini, menghasilkan Minyak Herba Asmak yang berkualiti tinggi.
.
Pilihlah #MinyakHerbaAsmak sebagai pembantu #family anda ๐Ÿ˜Š.
.
#Minyak_Herba_Asmak
#Minyak_viral
#SetiapSapuanAmatBermakna
#AnakSihatHatiTenang
#StokisAsmakMelaka
0126206750

Saturday, March 9, 2019

" TAK SENANG DUDUK MACAM NI, NAK TIDUR PUN TAK BOLEH MENGENANGKAN NASIB SI KECIL"

Bila anak tak sihat ini merupakan satu cabaran besar untuk mummy dan daddy di luar sana. Bukan senang nak jaga anak ketika dia tak sihat. Selsema merupakan salah satu penyakit yang selalu menyerang bayi mahupun kanak-kanak. Bila kena selsema, anak anda mesti hadapi masalah nak tidur lepastu meragam & mengganggu ketika meyusu. Ini merupakan satu cabaran untuk mummy dan daddy.

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca daripada pelbagai jenis virus. Selalunya, ia merebak apabila seseorang yang menghidap selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara sebelum dijangkiti individu lain.

Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan tangan, jadi sebaik-baiknya basuh tangan selepas menghembus hidung. Bayi lebih kerap dijangkiti selesema disebabkan mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus. Bayi yang sakit mungkin akan menghidap demam (sehingga 38 darjah Celsius), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair yang membuatkan mereka meragam dan hilang selera makan.

Untuk elakkan bayi anda terkena selsema, menyusukan bayi satu daripada cara terbaik melindungi bayi terutama pada bayi yang masih diberikan susu ibu. Jauhi bayi anda dari asap rokok sebab asap rokok tu salah satu punca bayi anda selsema. Jangan bagi sembarangan orang cium atau pegang bayi anda. Kedekut sikit takpe sebab kesihatan bayi lagi utama.

Kalau selsema bayi anda makin teruk bawa segera jumpa doktor takut dijangkiti virus berbahaya. Jika bayi menghadapi masalah hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksa lubang hidungnya kerana dikhuatiri ada objek asing kerana bayi atau kanak-kanak kadangkala memasukkan objek asing ke dalam hidung.


#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Friday, March 8, 2019

3 CARA ATASI BAYI KEMBUNG PERUT

Alahaii asyik nangis je si kecil ni. Pampers dah tukar, susu pun dah bagi. Mungkin kembung perut agaknya. Nak kena urut ke untuk keluarkan angin? Cekidott ⬇⬇

1) Sendawakan bayi selepas menyusu
- Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi. Mama jangan p goncang goyang Inul pulak badan anak tu.

2) Elakkan makanan berangin bagi ibu menyusu
- Mama perlu mengelakkan jenis makanan yang menyebabkan masalah kembung perut pada bayi, contoh kobis, brokoli dan kafein.

3) Mengurut dengan minyak aromatherapy
- Guna minyak yang sesuai dan urutkan dengan lembut. Kehangatan urutan boleh memberi keselesaan pada bayi. Teknik urutan I LOVE U dapat mengeluarkan angin dengan segera.

Haa nak lagi senang, mudah dan cepat. Nahh sapu je Minyak Herba Asmak.. Kompem angin dalam perut tu lancar je keluar. Sebu takde kembung pun takde. Poo poo pun smooth je nanti.

#stokisAsmakMelaka
0126206750





Thursday, March 7, 2019

KULAT

Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?

Ya,itu adalah KULAT

Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.

Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka  masalah kronik seperti astma.

Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.

Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Bolehkah kulat ini di cegah?

✅ Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan  terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
✅ Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah

Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.

Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

Kredit : Public Health Malaysia

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
#StokisAsmakMelaka

Wednesday, March 6, 2019

Severe Ekzema Sembuh !

Bila malam tadi Mamajuju ada kongsikan tutorial rawatan untuk Ekzema, marilah kita throwback balik keadaan kaki anak Mamajuju masa si adik ni kena severe ekzema.

Ini adalah pengalaman pertama sampai tahap berdarah macam ni. Teringat lagi bila bangun pagi tengok kuku adik penuh darah. Rupanya time tidur dia sedap menggaru. Memang tak tunggu terus refer pakar.

Apa yang Mamajuju suka dengan doktor pakar ni (tak ingat nama beliau tapi dekat KPJ Ampang Putri). Beliau bukanlah yang terlalu pro pada penggunaan steroid & beliau pun kata steroid bukanlah sesuka hati nak apply. Bila ekzema , terus apply. Asal ekzema, terus sapu. Bukan. Ianya bergantung pada tahap serius atau tidak ekzema seseorang.

Doktor ni pun faham concern sesetengah parents yang tak berapa gemar anak-anak mereka dirawat dengan steroid. Teringat masa doktor ni rawat adik. "Ekzema kalau severe macam ni, kita tak boleh terus sapu krim steroid. Kita perlu cuci & rawat sampai yang kuning-kuning ni hilang. Bila dah hilang pun, tak perlu lumur krim sama macam pakai lotion tu. Memadai senipis yang boleh & hanya betul-betul di bahagian yang ekzema. Bila dah tak ada, tak perlu sapu."

Nak rawat adik masa kena severe ekzema ni memang memerlukan kesabaran. Mamajuju kena allocate masa tambahan sebelum pergi kerja untuk cuci luka (guna air biasa je) & sapu krim macam gel putih jernih ada antibiotik untuk rawat luka, bukan ekzema) & balut elok-elok sebelum pergi nursery. Memang selalu tawakal harap janganlah bandage tu terbuka. Pesan juga dekat ummu-ummu dekat nursery kalau waktu mandi jangan bagi kena air.

Tapi kita tak boleh expect lebih-lebih orang lain nak jaga anak kita macam kita jaga sendiri kan? Dapat jaga elok pun dah Alhamdulillah. Nasib baik doktor pun cakap rawat luka adik ni 2 kali sehari je. So sebelum tidur malam dah balik kerja, Mamajuju cuci lagi sekali.

Dan Mamajuju tahu apa pun kita buat untuk orang yang kita sayang takkan pernah sia-sia. Lepas beberapa minggu, Alhamdulillah cepat recover. Mamajuju tawakal instead terlalu bergantung pada krim hospital bagi, Mamajuju cuba juga teknik #MinyakHerbaAsmak & #BedakAsmak. Bukan tak percaya pada krim doktor yer. Cuma nak cuba cara semulajadi. Kena konsisten & sabar. Alhamdulillah sekarang cantik sikit kulit adik walaupun hitam manis tu tetaplah di situ. ๐Ÿ˜‚

Biasalah budak ekzema ni ada pasang surutnya. Bila dekat kaki tu dah elok, jadi kat tempat lain si adik ni menggaru. Mamajuju memang standby je, jangan sampai jadi severe ekzema macam dulu. Ada few tempat tinggal parut, Mamajuju tinggal sapu bedak asmak untuk licinkan kulit adik je.

Terima kasih Allah! Terima kasih doktor! Terima kasih Asmak!

Kredit Zue Incik Din

#ekzemafighter
#sajakongsi
#semogabermanfaat


Tuesday, March 5, 2019

"BANJIR, NASIB TAK KENA BAJU SEKOLAH!"

Nanti kalau Mamajuju cakap aje korang kata kita syiok sendiri sakan nak up produk.

Tapi ini betul-betul bukan cobaan. Memang rutin kita setiap hari lepas mandi, mesti sapu minyak asmak dekat anak-anak. Dan kebetulan si adik selsema. Sekali tak sampai setengah jam, dia bersin.. Hamek!

Memang puas hati sebab si adik tak berapa pandai hembus hingus sangat. Dah diajar, dia pegi sedut ke dalam. ๐Ÿ˜‚

Mamajuju takkan rekemen kalau bukan benda baik. Kita dah guna dari 2016 time anak-anak batuk kahak sampai semput & kena amek neb sume.

InshaAllah BERKESAN! Buat sapuan KONSISTEN, korang akan dapat hasil yang 'LUMAYAN' ๐Ÿ˜…

Kredit @zue incik din

#Asmak #WeAreFamily #AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife
#stokisAsmakMelaka
0126206750





Monday, March 4, 2019

Urutan Bayi

Siapa yang dekat sini rajin dan suka mengurut si comel anda ?. Seronok sebenarnya membuat urutan pada si comel anda. Jiwa yang kacau pun boleh jadi tenang bila membuat urutan ibarat macam terapi jiwa jugak la.

Urutan bayi ialah mengurut dengan lembut secara beritma/berirama pada badan bayi anda dengan tangan anda sendiri. Sambail mengurut tu boleh nyanyi-nyanyi dekat si comel anda. Urutan tangan yang lembut merangsang penghasilan hormon oksitosin dalam badan anda, badan bayi dan suami anda jika dia sedang memerhatikan. Oksitosin ialah hormon yang memberi anda perasaan sayang dan kasih apabila anda memeluk erat si comel anda atau ketika anda menyusukannya. Unik kan ?

Banyak sebenarnya faedah membuat urutan pada badan si comel anda antaranya :

✅ Membuat ikatan kasih sayang menjadi lebih kuat
✅ Membantu si comel anda tidur dengan lebih lena
✅ Membuatkan si comel anda menjadi lebih releks dan mengurangkan ragamnya.
✅ Membantu perkembangan otak si comel anda

Apabila anda sedang mengurut si comel anda itu, automatik anda akan bercakap-cakap dengannya dan membuat banyak kontek mata dengannya takpun anda akan nyanyi. Ini adalah satu sebab mengapa urutan boleh membantu ibu-ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin. Si bapa pun boleh la try urut si comel anda tu. Seharian bekerja inilah masa nak "topup" balik masa tadi.

NAK TRY URUT TAPI TAK RETI LAH

Bagi mereka yang first time ataupun takut nak buat urutan, ini tips dan cara yang boleh anda try :

๐ŸŒธ Panaskan sedikit minyak atau krim pada tangan anda dengan menggosok-gosoknya di antara tapak tangan anda.
๐ŸŒธ Perlahan-lahan, sapukannya pada kulit bayi, mulakan dengan kakinya dahulu. Kaki ialah tempat yang baik untuk bermula kerana bayi anda sudah biasa merasa kakinya disentuh semasa menukar lampin.
๐ŸŒธ Beransur-ansur bergerak ke atas, sambil memicit betis dan pahanya dengan lembut.
๐ŸŒธ Untuk dada dan perut bayi, perlahan-lahan letakkan tangan anda rata pada bahagian tengah badan bayi. ๐ŸŒธ Sebarkan tangan anda ke tepi seolah-olah anda sedang meratakan helaian buku.
๐ŸŒธ Dengan tangan yang masih lagi rata, gunakan hujung jari anda untuk mengusap ke luar dalam bulatan-bulatan kecil.
๐ŸŒธ Teruskan selagi bayi anda kelihatan menikmatinya.

Urutan bayi ni bukan sahaja memberi manfaat kepada si comel anda tapi ia juga merupakan peluang terbaik untuk anda membelai dan bermain dengan si comel anda. Confirm hilang stress semua tu . Tak percaya ? Cuba dulu .

Semoga bermanfaat ๐Ÿ™‹๐Ÿป‍♂


#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
#StokisAsmakMelaka