Thursday, February 7, 2019

"JANGAN AMBIL MUDAH !"

Asma ialah penyakit kronik saluran udara dalam sistem pernafasan. Dalam bahasa atau dialek lain, ia dikenali sebagai lelah & semput.

Serba sedikit mengenai Asma :

➡ Ia adalah penyakit paru-paru.
➡ Ia disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan.
➡ Penghidap asma mempunyai saluran udara yang sensitif kepada sesetengah bahan yang dihidu. Ini dipanggil hiperresponsif. Ia menyebabkan keradangan.

Macam mana nak tahu kalau kita ada asma ni ?

Ade beberapa tanda yang boleh mengesahkan anda mempunyai asma :
❌ batuk yang berulang dengan berdehit.
❌ Sesak dada dan kesukaran bernafas secara tiba-tiba.
❌ bila ada diantara ahli keluarga anda mempunyai sejarah asma
❌ terdedah kepada punca-punca asma secara kerap

Hindari punca terjadinya asma :
❌ Asap rokok
❌ Debu
❌ Bulu haiwan
❌ Kenal pasti ubat-ubatan yang menjadikan anda sensitif
❌ Sebelum bersenam/bersukan pastikan minta nasihat doktor dulu.

PELAN TINDAKKAN ASMA

Pelan tindakan asma adalah perancangan bertulis yang dihasilkan bersama-sama dengan doktor anda tentang tindakan perlu dilakukan untuk mengawal asma semasa di rumah. Ini termasuklah :

➡Gejala yang perlu anda awasi.
➡Tindakan yang perlu dilakukan jika anda mengalami gejala-gejala tersebut.
➡Ubat-ubatan yang perlu digunakan beserta dos ulangan yang diperlukan.
➡Ketahui masa yang perlu untuk mendapatkan rawatan doktor.
➡Ketahui alamat dan nombor telefon yang perlu dihubungi untuk sebarang kecemasan.

Asma bukanlah penghalang utama untuk anda lakukan apa yang anda inginkan.  Anggaplah ia sebagai satu cabaran dan tanamkan sikap yang positif setiap masa. Ia hanya satu penyakit dan anda mampu mengawalnya!


#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily


No comments:

Post a Comment