Wednesday, February 13, 2019

Bagi anda sendiri, apa yang paling mahal didunia ini?

Emas? Berlian? atau benda lain?

Lain orang lain jawapannya ye dok?

Bagi saya sendiri, apa yang paling mahal ialah kesihatan yang baik. Kenapa pulak?. Sebab bila anda mempunyai kesihatan yang baik, anda boleh buat apa sahaja aktiviti ataupun benda yang anda suka. Kaya macam mana pun takkan mampu beli kesihatan yang baik sebab kalau tak jaga buruklah kesihatan anda.

Saya bagi contoh iaitu benda-benda manis. Benda manis ni bagi saya adalah perosak kesihatan yang sangat bahaya sebab ia mampu merosakkan sistem dan anggota badan. Benda-benda manis ni sinonim sangat dengan diabetes. So kalau tak nak kena diabetes kurangkan benda manis. Banyak lagi sebenarnya benda yang boleh merosakkan sistem dan anggota badan.

Sesetengah orang anggap mereka muda mereka takkan kena penyakit macam ni. Bila dah kena masa tu nasi dah jadi bubur. Kesihatan yang baik adalah nikmat Tuhan yang tidak ternilai sebab tu saya cakap ianya mahal.

Orang kata..................... "Kurangkan manis dalam minuman lebihkan dalam senyuman"

Semoga bermanfaat 😊


#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
#StokisAsmakMelaka


No comments:

Post a Comment