Wednesday, February 27, 2019

7 CARA MUDAH BINA TRUST DI FACEBOOK

💘 MENULIS DENGAN EJAAN PENUH
Latih diri menulis dengan EJAAN PENUH !!
Kenapa? Untuk tingkatkan KREDIBILITI & TRUST. Sesekali terrrrr-shortform takpe. Sesekali terrrr-rojak BM BI pun takpe. Rileksss. Haha.

.

💘 PENULISAN SANTAI
Tinggalkan bahasa mesin, bahasa kamus dewan, bahasa karangan spm. Tulis lah dengan bahasa santai yang lembut manis, meleleh lagi memukau.

.

💘 PERSONALITI CERIA
Sesekali bersenda bergurau di FB wall anda. Tak kan lah wall kita tu asyik menjual jerr.

Sesekali share tips share petua share ilmu percuma. Ini namanya teknik give first (beri dulu).

Semasa menjual, pastikan ayat masih santai. Buat ayat menjual, ayat copywriting memujuk. (Boleh belajar dari #KITABCWS)

.

💘 FOTO FB MESTI JELAS
Ikut format cikgu ajar dalam nota BOP Online tu. Muka anda pastikan ceria. Jangan letak muka hakak pengawas dan abam tentera lak. Pastikan posing dengan baju lawa, tudung lawa, warna baju tudung yang menarik. Pastikan senyummmmmm 7 cm.

.

💘 LIKE dan KOMEN
Jumlah like dan komen di FB wall anda yang tinggi seakan signal bahawa "owner fb wall ini boleh dipercayai sebab ramai orang suka dia."

Perasan tak perbezaan ini?
➡FB wall yang ada 10-20 like

➡FB wall yang maintain 100 like atas

FB wall yang banyak Like Komen umpama KEDAI yang meriah yang ramai orang singgah window shopping.

.

💘 KEPOCHI MARKETING
Berniaga di FB dan FCM ni kena rajin kepochi dan mak jemah. Kalau MALU susah lah nak cepat dikenali.

Maklumlah. Lagi ramai prospek kenal kita, lagi besar peluang kita berbisnes.

.

💘 TINGGALAKAN JEJAK YANG POWER
Ini pun masuk bawah kategori kepochi mak jemah jugak.

Tinggalkan JEJAK = tinggalkan KOMEN POWER

Cuma masalah kebanyakkan orang --> MALAS & MALU & KEDEKUT (MMK) untuk tinggalkan komen di wall sana sini. So jangan harap lahhhh sangat nama kamu cepat merebak di FB dengan sikap MMK itu.

Seriously.
Saya jumpa amat ramai anak murid yang FAIL bab tinggalkan KOMEN. Padahal dari komen yang anda tinggalkam di sana sini itu akan tarik trafik baru ke fb wall anda.

Rajin tinggal jejak yang power menggoda, lagi cepat lah orang cuba stalk wall anda tu.

Cuba-lah !

#LikeShare

.
👑
QUEEN PETIRRRR
FACEBOOK MARKETING | #FBM2018
Kitab FBM Bakal Launching Sept 2018
💎💎💎

Fb :June Mohd Som

No comments:

Post a Comment