Tuesday, February 4, 2020

KEMATIAN MENGEJUT

Seperti kita tahu PENYAKIT PEMBUNUH No.1 di Malaysia adalah Jantung. Ramai yang tidak sedar sebenarnya diri sendiri tu ada masalah jantung. Tapi kebanyakannya ambil tidak peduli tentang kesihatan diri.

Mungkin kita selalu dengar orang cakap

1. “Pedih ulu hati”
2. “Angin je ni”
3. “Makan lambat, tu yang sakit.”
4. “Sakit sikit je ni”
5. “Rasa kebas tangan, sikit je”
6. “Sakit kepala nak muntah, cuaca panas kan”

Sebenarnya semua ini adalah tanda-tanda penyakit jantung yang kita sendiri tak sedar. Sebab itulah serangan jantung ni di oanggil pembunuh senyap (silence killer). Kalau kata kita tak pergi jumpa doktor untuk “further investigate” banyak komplikasi yang akan berlaku.

Sila lah ambil peduli tentang kesihatan diri anda sendiri. Zaman sekarang ni serangan jantung (Heart Attack) tidak kira peringkat umur. Ada yang umur >20 sudah ada masalah jantung. Kenapa jadi macamtu? Kerana kita punya ‘lifestyle’ pada masakini yang menyebabkan pelbagai penyakit pada masa muda sudah ada.

Tanda-tanda serangan jantung :

1. Sakit dibahagian tengah dada (rasa menyucuk) dan sakit itu kadangkala bergerak ke sebelah kiri dada, ke bahagian tangan kiri(berasa kebas) sehingga ke belakang tengkuk.

2. Berpeluh/Panas walaupun keadaan sejuk
3. Sesak nafas.
4. Berasa letih dan lesu.
5. Rasa mual
6. Pedih ulu hati

.

Siapa yang berisiko untuk mendapat serangan jantung ni?orang yang mempunyai masalah seperti :

1. Obesiti
2. Perokok
3. Perokok pasif
4. Kencing Manis
5. Darah Tinggi
6. Kandungan kolestrol yang tinggi
7. Stress

.

Sebab itu kita ada dengar “mencegah lebih baik dari diubati” kan. Jadi bagai mana kita nak elak dari penyakit ini?

1. Lifestyle.

Kita kena ubah gaya hidup kita supaya lebih sihat. Jika sebelum ini selalu makan ‘fast food’ cuba kurangkan atau berhenti makan makanan yang tak sihat tu. Cuba masak makanan sendiri yang lebih sihat.

Jika sebelum ini tidak pernah bersenam, cuba amalkan senaman ringan seperti berjalan atau bersukan yang boleh mengeluarkan peluh. Untuk 15-30min satu hari pun sudah memadai.

2. Pengambilan ubat.

Bagi mereka yang mempunyai masalah seperti kencing manis, darah tinggi, kolestrol yang tinggi berjumpalah dengan doktor untuk mendapat konsultasi. Ubat yang diberikan itu makanlah mengikut arahan.

Sekarang ni ramai yang ambil kesempatan atas kesulitan orang. Jual produk entah bukan-bukan untuk nak dapat keuntungan semata. Tetapi pengambilan ubat yang entah apa itu mereka tidak fikir risiko dan komplikasi mendatang. Lebih banyak keburukan dari kebaikan.

.

Jadi kalau kata ada rasa tanda-tanda seperti yang dinyatakan pergilah berjumpa dengan doktor yang sebenar doktor. Jangan jumpa bomoh, jangan lah berjumpa ponder ubat sihat, ubat kuat bagai. Semua tu tak berkesan.

Kalau rasa sayang akan diri cuba lah setiap tahun paling kurang buatlah saringan kesihatan untuk diri sendiri. Kita sayang diri kita baru boleh kita sayang orang lain kan. Kita tak sihat nak jaga orang yang tak sihat macam mana betul tak? Fikir-fikirkan lah.


No comments:

Post a Comment