Monday, September 9, 2019

Lima Sebab Anda Perlu Minum Lebih Banyak Air


1. Air membantu dalam menyeimbangkan tahap mineral dan hormon dalam tubuh.

Tubuh kita memerlukan 60 peratus air. Fungsi cecair dalam tubuh termasuklah untuk sistem penghadaman, kesihatan hormon, penyerapan, peredaran darah, penciptaan air liur serta menyeimbangkan suhu tubuh. Apabila tubuh kekurangan cecair, otak akan menghantar mekanisme dahaga.

2. Air kalori dalam tubuh

Selama bertahun-tahun, mereka yang mengamalkan diet sihat menjadikan pengambilan air dengan banyak sebagai satu strategi untuk menurunkan berat badan. Sememangnya air tiada sebarang kesan magik untuk menurunkan berat tubuh tetapi ia mampu mengawal kalori dalam tubuh dan sekaligus membantu melangsingkan tubuh.

3. Air mampu memberi tenaga pada otot

Meminum air dengan banyak itu penting ketika bersenam. Ia sangat disarankan sewaktu sebelum dan ketika melakukan aktiviti kerana ia untuk mengganti semula peluh yang keluar dek senaman yang dilakukan.

4. Air memastikan kulit cantik menawan

Kulit kita memerlukan air yang banyak agar tidak menyebabkan masalah dehidrasi pada kulit. Apabila berlakunya dehidrasi, kulit akan lebih cepat menua. Jadi, pastikan meminum air yang banyak agar kulit sentiasa gebu dan sihat sepanjang masa.

5. Air memastikan buah pinggang bekerja dengan baik dan sihat

Buah pinggang berperanan membersih dan menyahkan toksin dalam tubuh jika pengambilan air yang cukup. Jika kita mengambil air dengan cukup, proses pembuangan air kecil akan lebih kerap sekaligus membuang toksin berbahaya pada tubuh.

Jadi make sure cukup minum air. Klu tak suka minum air masak, buat lah air yg berperisa tanpa gula. Contoh perahkan setengah  oren atau Lemon ke dlm setiap 1 liter air dan diminum seperti minum air masak.

💪😘💪😘💪😘

#MengenaiAirKosong
#InfoPagi

No comments:

Post a Comment