Thursday, May 9, 2019

Menarik utk dibaca

1. Sewaktu kecil dulu, saya selalu bertanya bagaimanakah malaikat akan mencatat amal pahala kita.

2. Di atas muka bumi ada sembilan bilion manusia dan berbilion-berbilion amal kebaikan dan keburukan berlaku setiap saat.

3. Hari ini Allah swt tunjukkan kepada kita bagaimana Google mengikuti ke mana kita pergi, dengan siapa kita berjumpa, apa yang kita buat dan apakah yang berlegar-legar di fikiran kita sepanjang hari.

4. Allah swt juga tunjukkan bagaimana smartphone yang kita gunakan menyimpan seluruh detik kehidupan kita. Malah, smartphone itu lebih kenal kita dari suami, isteri atau anak-anak.

5. Allah swt tunjukkan kepada kita Facebook, Instagram dan Twitter boleh melakukan kerja-kerja “pengintipan” jauh lebih baik dari perisik yang dilatih bertahun-tahun.

6. Kesemua aplikasi ini tahu apa yang isteri suka makan lebih baik dari suami yang masih tak faham-faham kuih, baju, beg dan warna kegemaran isteri, walaupun sudah 20 tahun berkahwin.

7. Dalam dunia sekarang, privasi merupakan satu unique selling proposition. Sebab itulah pengasas Facebook Mark Zuckerberg kini memposisikan media sosial itu dan bercakap mengenai “the future is privacy.”

8. Sekiranya kesemua aplikasi ciptaan makhluk Allah swt tahu sampai begitu sekali, tentulah apa yang Allah swt tahu lebih banyak. “Artificial intelligence” tak mampu bersaing dengan “real intelligence.”

9. Ulamak memberikan analogi, ilmu Allah swt bagaikan air selautan sedangkan pengetahuan manusia hanyalah seperti air melekat di hujung jari.

10. Sekarang saya sudah tidak berfikir lagi bagaimanakah malaikat nak mencatat amal manusia. Allah swt sudah berikan jawapan.

11. Sekarang elok kita sama-sama berfikir bagaimanakah untuk lebih mendekati Allah swt agar Dia mengampuni dosa-dosa, merahmati dan menempatkan kita bersama para solehin.

12. Selamat bermusabah, mengimbas perjalanan hidup, menunaikan ibadah dan kembali mendekatkan diri kepada Allah swt pada bulan mulia ini. Saya mohon maaf atas khilaf selama ini. Ramadhan kareem.


No comments:

Post a Comment