Allah membukakan pintu rezeki kepada hamba-Nya yang selalu berzikir menyebut namanya, al-Fattah. Manusia yang selalu berzikir dengan asma Allah ini iaitu al-Fattah maka Allah swt akan membukakan jalan bagi kesulitan-kesulitannya. Allah akan memudahkan seluruh urusannya dan Allah akan membukakan sebab-sebab rezeki, baik zahir mahupun batin.
Ia pembuka bagi yang tertutup. Ia pelerai bagi segala kekusutan. Ia penemu bagi segela kebuntuan.
.
Isi Ya Fattah boleh membuka segala pintu yang tertutup. Boleh melancarkan perjalanan darah dan aura diri. Boleh membuka akal dan pemahaman. Boleh membuka hati sendiri. Boleh memantapkan keilmuan hikmah.
.
Jika ditambah dengan dengan Ya Fattahu Ya Alim akan menambahkan khasiatnya sebagai pembuka ilmu. Ilmu zahir dan ilmu batin. Ia membuka segala khazanah ilmu Allah.
.
Selamat beramal 🤗
No comments:
Post a Comment