Actually pernah share dulu. Tapi harini kita share lagi skali resepi donut tanpa perlu rehatkan doh.
Donut gebu gebas uli tangan😅
Bahan2 (untuk 2 cawan tepung)
Bahan A
* Yis - 2 sudu besar
* Susu pekat - 2 sudu besar
* Air suam - 3/4 cawan
* Garam - 1 sudu teh
Bahan A di atas ☝️campurkan dan biarkan campuran yis tu kembang.
Bahan B
* Marjerin - 2 sudu
* Tepung gandum - 2 cawan
Gaulkan bahan B di atas ☝️. Guna tangan je.
1. Campurkan bahan A & bahan B.
2. Uli guna tangan je sampai takde adunan melekat dekat tangan.
3. Bulat2 kan doh jadi lebih kecil. Saya genggam & keluarkan dekat celah genggaman je. (boleh refer gambar).
4. Buat bulatan kecil dekat tengah2. Tarik2 guna jari je.
5. Dah siap boleh terus goreng. Tengah2 goreng nanti sure donut kembang.
6. Boleh salut gula or coklat or anything yang korang suka.
Ok selamat mencuba.
Ikhlas dari
Mamy Chym Cuckoo
Credit : Shima Chym
#mahn
No comments:
Post a Comment