Saturday, August 31, 2019

Ini kisah bayi berumur 6 bulan

December tahun lepas - Batuk, kahak, nafas laju. Diagnosis acute bronchitis. Perlu nebuliser dua kali. Lepas beberapa hari, baik.

January - Batuk datang balek. Kahak. Diagnosis acute bronchitis. Perlu nebuliser. Sekejap dan anak baik semula.

February - Batuk sekali lagi. Hanya batuk 2 hari. Nafas laju. Diagnosis sama, acute bronchitis. Perlu nebuliser beberapa kali. Mula makan ubat serbuk singulair, untuk kuatkan paru-paru. Lepas seminggu, sihat.

March - Batuk lagi! Nafas berbunyi. Neb sekali lagi.

Tak boleh jadi ni.
4 bulan berturut-turut, simptom yang sama.

Ibu ayah, tiada keturunan asma.
Ibu ayah, tidak merokok.
Di rumah, takde kucing.
Di rumah, takde construction/renovation.
Di rumah, tak berdekatan dengan kilang.

Hmm. Setiap bulan anak datang balek batuk dan perlukan nebuliser. Mesti ada faktor risiko di 'dalam' rumah.

Tanya dan tanya lagi, rupanya....

'Abang saya tinggal sekali dengan kami. Dia memang merokok lah. Tapi merokok dalam bilik dia je, dia tutup pintu' kata si ibu.

Tett! Checkmate!

Inilah dia faktor risiko buat si anak kecil tak berdosa ni. Merokok dalam rumah, hatta dalam bilik tertutup pun, satu rumah pasti bau kan?

Jangan lupa asap rokok masih boleh keluar dari celah pintu.

Walaupun dalam bilik, dalam tandas, di balkoni, di halaman rumah, still a no no!

Paru-paru baby 6 bulan besar mana lah nak banding dengan paru-paru kita ni.

Ubat boleh membantu , tetapi no 1 adalah PENCEGAHAN.

Jadi untuk anak ini, si pakcik kena berhenti merokok atau merokok di tempat lain selain rumah atau pindah rumah.

Then kita tengok bulan depan macam mana.

Untuk ibu-ibu yang lain, jika anak kerap kena batuk, nafas laju, atau simptom yang sama berulang-ulang, cari faktor risiko yang mungkin berada di sekitar anda yang mungkin adalah penyebab kepada sakit anak anda.

Kredit : Dr Aishah Alsagoff




Thursday, August 29, 2019

Lotion asmak baby care

Tahu tak ?

Selain Minyak Herba Asmak, Lotion baby Asmak Baby Care pun bagus tau.

Mak mak yang anak dia selalu sembelit, kembung perut wajib cuba lotion baby asmak ni tau.

#Pati_Minyak_Halia dalam lotion ni akan bantu dan membuatkan anak anak mak semua kentut besar dan paling best sembelit anak dapat di atasi. ๐Ÿ˜Š

#LotionBabyAsmak
#AnakSihatHatiTenang


Wednesday, August 28, 2019

Asmak Baby Care. Pilihan yang tepat untuk mak-mak yang bijak. .

Kenapa?
.
.
Sebab Asmak Baby Care ni 100% natural tanpa bahan kimia yang boleh membahayakan si kecil.

Set Asmak Baby Care ni ada 5 item kat dalam tu.

1.  Asmak Baby Care Powder ( Bedak Bayi (
     ✔ Dapat merawat melecet, bisul , dan        keradangan kulit (proriasis)
    ✔Ubat penyakit bengkak akibat terhantuk.   (lebam)
    ✔Membuang sel kulit mati
    ✔Mencerahkan kulit
    ✔Menjadikan kulit berasa lembut
      ✔Mengurangkan kegatalan
    ✔Merawat luka

2.. Losyen Baby

 • Memutihkan kulit
 • Mempercepatkan proses pemulihan luka
 • Menghilangkan parut luka
 • Membuat kulit lebih bersih dari sel-sel kulit mati
 • Penghalang sinar uv  dan mnghaluskan kulit
 • Melega gangguan kembung perut
 • Menjadi penahan rasa sakit boleh dijadikan sebagai antiseptik

3. Shampoo Baby

 • Menjadikan rambut lebih halus, lembut, dan ringan
 • Menjadikan rambut wangi setiap masa
 • Menutrisi rambut dengan sempurna
 • Merawat masalah rambut sensitif
 • Mengurangkan kulit kepala gatal dan mengatasi masalah kutu pada rambut
 • Mengatasi kelemumur atau kerak kepala bayi dan merawat ekzema
 • Memberi kelembapan pada kulit kepala dan rambut
 • Mengatasi masalah rambut kering, dan meningkatkan pertumbuhan rambut
 • Memelihara rambut hingga ke akar dan rambut lebih bersinar

4. Baby Essential Oil

 • Sumber antioksidan
 • Menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut
 • Membantu anak anda tidur dengan nyenyak
 • Mengurangkan gatal dan keradangan pada kulit
 • Menyembuhkan sakit kepala dan terapi sendi
 • Melembabkan kulit  dan melindungi kulit daripada sinaran  uv berbahaya

5. Sevenis hair oil

- Menggalakan pertumbuhan rambut baru
- Menyegarkan kulit kepala
- Menghitam & melebatkan rambut.

Banyakkan kebaikan Asmak Baby Care ni.

Tunggul apa lagi,lekaih ler peee em sekarang. Ada FREE gift pulak tu. Best tak best.

#StokisAsmakMelaka
#AsmakBabyCare




Tuesday, August 27, 2019

Apa yang ada dalam set produk baby - Asmak Baby Care?


๐Ÿ’Kelebihan Asmak Baby Care ๐Ÿ’

๐Ÿ’žShampoo baby Top to Toe๐Ÿ’ž

Aqua - Menjadikan rambut lebih halus, lembut, dan ringan
Menjadikan rambut wangi setiap masa
menutrisi rambut dengan sempurna
Mengurangkan rambut gugur dan menyihatkan rambut
Merawat masalah rambut sensitif

Eucalyptus oil (minyak kayu putih) - Mengurangkan kulit kepala gatal dan mengatasi masalah kutu pada rambut

Chamomile flower - mengatasi kelemumur atau kerak kepala bayi dan merawat ekzema

Rose flower - memberi kelembapan pada kulit kepala dan rambut, mewangikan rambut, dan mengatasi keradangan kulit kepala.

Vit E - menyinarkan rambut, melebatkan rambut, mengurangkan masalah rambut kusut dan bercabang, menyihatkan rambut dan menguatkan rambut.

Jojoba oil - melembutkan rambut, mengatasi masalah rambut kering, dan meningkatkan pertumbuhan rambut,

Apricot oil - melembapkan rambut, memelihara rambut hingga ke akar dan menyinarkan rambut.

๐Ÿ’žLosyen baby๐Ÿ’ž

Aqua - memutihkan kulit, mempercepatkan proses pemulihan luka, menghilangkan parut luka

emullium delta - Mencerahkan&memutihkan kulit,membuat kulit lebih bersih dari sel2 kulit mati,penghalang sinar uv , mnghaluskan kulit

Clove oil - Sumber antioksidan, menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut

Ginger oil - melega gangguan kembung perut, menjadi penahan rasa sakit, boleh dijadikan sebagai antiseptik, baik pulih sistem pernafasan

Portulaca ext - membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, manjadikan kulit berasa lembut

๐Ÿ’žBaby essential oil๐Ÿ’ž

Clove oil - Sumber antioksidan, menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut

Nutmeg oil - melegakan kesakitan otot, tidur yang lebih baik

Peppermint oil - mengurangkan gatal pada kulit, menyembuhkan sakit kepala dan terapi sendi serta meringankan alergi

Sweet Almond oil- melembabkan kulit, mencegah keradangan kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan halus dan melindungi kulit daripada sinaran uv berbahaya.

๐Ÿ’žAsmak Baby powder๐Ÿ’ž

Kaolin - keradangan kulit tertentu seperti merawat lecet, bisul , dan keradangan kulit

Ekstrak Portulaka - mencegah bakteria

Papaya ext - membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, manjadikan kulit berasa lembut

Lavender essential oil - mengurangkan penyakit proriasis, menyembuhkan luka dan sunburn, mengurangkan kegatalan pada kulit

Dan SEVENIS HAIR OIL

Dalam 1 set lengkap juga boleh tambah :

Minyak Herba Asmak mini
Bedak Asmak mini

www.wasap.my/60126206750


Monday, August 26, 2019

ASMAK HERBS PENAWAR RESDUNG! PENGGEMAR BUDU WAJIB BACA



Tak caye baca feedback customer ni๐Ÿ‘‡

Dah boleh makan budu dia kata. Sebelum ni kalau makan budu habis gatal mata. Lepas makan asmak herbs makan budu pun tak gatal dah. Syokk oii tak perlu pantang makan.

Makan je apa ada depan mata. Tak perlu pantang. Asmak herbs kan hadooo

www.wasap.my/60126206750/Ah


Sunday, August 25, 2019

Kandungan Asmak Herbs

ASMAK HERBS ni?? Tau x ape isi kandungan dalam setiap kapsul tu?? Nk tau??

Jom kta berkenalan ape isi dlm kapsul asmak herbs dgn lbh detail lg..

๐Ÿ€Bahan dalam Asmak Herbs๐Ÿ€
๐Ÿ’Š akar mengkunyit
๐Ÿ’Š akar serapat
๐Ÿ’Š jintan hitam
๐Ÿ’Š tongkat ali
๐Ÿ’Š akar sekecut

๐Ÿ“—Kelebihan Asmak Herbs๐Ÿ“—

⏩ Diperbuat dri herba terpilih yang diproses sendiri dri awal sehingga akhir dgn prosedur yg ketat,bersih dan suci.
⏩ Bebas dri bahan kimia berbahaya dan kandungannya semulajadi 100%
⏩ Menggunakan kapsul halagel
⏩ Melegakan resdung seawal 3-14 hari bergantung kpd tahap resdung.
⏩ Makan bila perlu sahaja.
⏩ Dihasilkan dri kilang bertaraf GMP dan Halal
⏩ Sesuai utk semua dan dri umur 3 tahun dan ke atas (kecuali Ibu mengandung)
⏩ Tidak perlu rawatan yg melecehkan, membuang masa dan kos tinggi.
⏩ Juga berkesan utk mereka yg ada masalah pernafasan termasuk asma kerana ia akn membantu melegakan (Resdung dan asma saling berkaitan tanpa anda sedari)
Anda pesakit resdung???

Pm  jika berminat..


Saturday, August 24, 2019

DALAM JUS ASMAK GOLD ADA JUS LEMON JUGAK TAW!!


Berikut adalah 10 kebaikan dan faedah minum Air Lemon kepada kita:

1. Permulaan hari yang baik. Lupakan kopi! Mulakan hari dengan secawan air lemon panas sebaik sahaja bangun tidur boleh membantu merangsang dan mengaktifkan sistem penghadaman. Minum air lemon pada waktu pagi juga memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita.

2. Melegakan sakit tekak. Ciri-ciri anti-bakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu melegakan sakit tekak. Jus lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Jika anda mengalami sakit tekak, selesema atau batuk berkahak, perbanyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sedikit demi sedikit sepanjang hari.

3. Menurunkan berat badan. Jus lemon mengandungi Pectin, yang merupakan serat larut yang membantu dalam membakar lemak dan penurunan berat badan. Minum air lemon juga membantu hati menghasilkan lebih hempedu, yang membantu menghadam lemak degil.

4. Menghalang pembentukan batu karang. Minum air lemon setiap hari meningkatkan paras citrate di dalam urin. Kajian menunjukkan bahawa ianya membantu melindungi badan kita daripada pembentukan batu karang di dalam buah pinggang.

5. Melegakan kegatalan. Lemon bersifat antiseptik dan anti-keradangan, serta mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik. Jika anda digigit serangga, gosok jus lemon di kawasan kulit berkenaan. Ia boleh membantu melegakan rasa gatal tersebut.

6. Melawaskan sistem penghadaman. Air lemon membantu dalam perkumuhan, mengelakkan sembelit, cirit-birit, serta melegakan simptom berkaitan kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

7. Anti-kanser. Liminoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon. Kajian mendapati ia mempunyai ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu melindungi sel-sel di dalam badan daripada rosak, seterusnya mengelakkan pembentukan sel barah.

8. Menghilangkan bau busuk. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Lemon juga bersifat membersih, anti-biotik dan anti-oksidan yang penting untuk kulit, serta membantu mengurangkan bau badan. Orang zaman dahulu menggunakan lemon untuk meggosok ketiak dan menyental daki di seluruh badan, bagi menggantikan penggunaan sabun.

9. Menurunkan panas demam. Apabila rasa hendak demam, cepat-cepat minum air lemon sebanyak mungkin, bagi membantu menurunkan suhu panas demam dengan pantas.

10. Kandungan pH yang seimbang. Walaupun lemon bersifat asid, tetapi kandungan mineral yang tinggi di dalam lemon menyebabkan ia bersifat alkali apabila masuk ke dalam badan, seterusnya membantu membuang asid serta menyeimbangkan kandungan pH di dalam badan kita.

#AsmakLover
#JusAsmakGold
#JusAsmakMelaka



Friday, August 23, 2019

TELETAH BUDAK UMUR 1 TAHUN" .


Nak pakaikan dia lampin dah susah. Tak geti diam. Ligat bukan main, mentang2 dah bukan main, mentang2 dah berjalan
.
Nak bagi makan berkejar. Kalau mood dia ok, dia lapar..memang dia akan makan betul2.
Datang mood dia main2, siaplah.
.
Mula tunjuk aksi memanjat dia. Kalau panjat sofa @ tangga, laju je dia naik. Makin ditegah, makin galak dia buat.
.
Suka duduk depan TV dekat2. Umur2 macam ni suka tengok, didi & friends dan omar hana. Memang tekun tengok.
.
Dah pandai sebut beberapa perkataan, contohnya nama, dada, baba @ wawa. Time2 ni anak memang happy bila bermain.
.
Tak heran mainan mahal2, dia suka main remote TV, periuk, cawan, teko dan sudu. Siaplah dia main masak - masak
.
Waktu tidur pun berubah. Kadang2 tidur siang sekali je. Selebihnya main. Waktu malam tidur cepat.
.

Thursday, August 22, 2019

RESDUNG HILANG DALAM MASA 2 MINGGU!


Korang stress tak bila bangun je #BERSIN tebabo macam nak pecah kepala? Susah tak nak bernafas bila hidung dah start #BERAIR? Aduhhhh belum lagi #KEPALA #BERAT #SAKIT #KEPALA

Boleh terganggu kan urusan seharian? Kalau yang selalu berurusan dengan orang pun jadi tak selesa tau! ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ญ

Tapi! Kalau #KONSISTEN gunakan #ASMAKHERBS  ni, InshaAllah #BERKESAN dalam masa 2 minggu akan nampak kesannya.

Ini #BETUL_BETUL bukan #COBAAN! #BONUS untuk yang dah berzaman tak makan #SEAFOOD #SAMBAL_BELACAN tu kan...menyengih aje lepas ni makan uiii...

Boleh ke boleh? On tak on? Haaaa meh #MERISIK sebotol dua. Lebih #UMPH digandingkan dengan #MINYAKHERBAASMAK.

Cepat tau, jangan tunggu lama2, kang melarattt... ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

www.wasap.my/60126206750

#Asmak #WeAreFamily #AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #StokisAsmaMELAKA #KapsulResdung #KapsulHerba #ResdungKronik #Selsema #Migrain


Wednesday, August 21, 2019

NEB ketika ASMA menyerang๐Ÿ—ฃ๐Ÿ‘จ‍⚕️


kesan sampingan yang mungkin berlaku akibat pengambilan ubat ketika neb:

๐ŸŒฟKardiovaskular
 -------------------
• Kegetaran, terutamanya tangan anda
• Denyutan jantung yang lebih cepat daripada keadaan biasa atau
 tidak teratur
• Kemerahan dan perasaan hangat pada muka dan leher

๐ŸŒฟSistem saraf
 -------------------
• Perasaan gelisah, atau kesukaran tidur

๐ŸŒฟOtot dan tulang
 --------------------
• Ketegangan dan kekejangan otot

๐ŸŒฟKesan setempat
 ---------------------
• Kekeringan mulut atau kepedihan mulut dan tekak.
 .
 .
 .
๐Ÿ’•Sebagai alternatif, gunakan MINYAK HERBA ASMAK untuk sapuan luaran sahaja

๐Ÿ’•Gabungan terbaik MINYAK HERBA ASMAK DAN JUS ASMAK GOLD dapat merawat batuk lelah dengan lebih berkesan

Pastikan yg original, berlabelkan Kelulusan KKM
Penggunaan secara konsisten akan mendapat hasil yang memuaskan.

#AsmakMELAKA






Tuesday, August 20, 2019

Inilah ABC



Setiap si comel harus mendapat hanya yang terbaik kerana..

Penjagaan pertama bermula dengan ABC-Asmak Baby Care
Selembut Sentuhan Ibu

Sudah hampir setahun di pasaran dan semakin dikenali ramai ibu-ibu bijaksana lagi prihatin.

Setiap produk berdaftar dengan KKM dan dikilangkan di kilang bertaraf GMP.Diadun dengan bahan-bahan yang mesra kulit bayi.Sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.

Nak kulit halus semulus bayi?Anda pun boleh gunakan set ini terutamanya Sevenis Hair Oil,Essential Oil dan Baby Wash (top to toe). Nak mengelakkan nyamuk selain nak kulit jadi cantik?Gunalah set Lotion ABC.
Nak bedak bau herba lembut yang sedap dan wangi?Boleh cuba Baby Powder ABC.

Tak sabar nak cuba? Jom wasap akak ye.Leh tgok komen di bawah

www.wasap.my/60126206750/ABCASMAK
#asmakbabycare
#selembutkasihsayangibu


Monday, August 19, 2019

22 Cara Mendidik Anak Dengan Betul



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

๐Ÿ˜Ž. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya
Anugerah Allah yang Terindah.


Sunday, August 18, 2019

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN


"Si kaya berulang alik ke Mekah mencari redha Allah.. Sedangkan jaraknya dengan Si Miskin hanya di sebelah rumah..."

Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat. Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak.

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan (meriwayatkan) kisah ini.

Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, “Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?” Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

“Tujuh ratus ribu,” jawab malaikat yang satu lagi.

”Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?”

“Tiada satu pun”

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, “Apa?” Dia menangis dalam mimpi.

“Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?”
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

“Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Di atas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah.”

“Bagaimana ia boleh terjadi begitu?”

“Itu adalah kehendak Allah.”

“Siapakah orang tersebut?”

“Sa’id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik.”
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga.

Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria. Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa’id bin Muhafah.

“Di sana, di pinggir bandar,” kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya.

Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.

“Adakah benar anda bernama Sa’id bin Muhafah?” tanya Ulamak.

“Betul, siapakah tuan?”

“Saya Abdullah bin Mubarak.”

Said terharu, “Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?”

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.

“Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?”

“Wah! saya sendiri tidak tahu!”

“Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini.”

Sa’id bin Muhafah kemudian teringat, “Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika…. Labbaika la syarika laka labbaika… innal hamda… Wanni’mata… Laka wal mulka… La syarika laka…”

Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis, “Ya Allah aku rindu Mekah… Ya Allah aku rindu   melihat ka’abah… Izinkan aku datang… Izinkan aku datang, ya Allah…”

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan.

Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

“Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji.”

“Tetapi anda batalkan?”

“Benar.”

“Apa yang berlaku?”

“Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu.”

“Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?”

“Ya sayang.”

“Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya.”

“Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Di situ terdapat seorang balu dan enam orang anaknya.”

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.

Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.” Akhirnya dengan perlahan dia berkata, “Tidak boleh tuan”

“Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi,” kata saya tegas.

“Makanan ini bukan untuk dijual, tuan,” katanya sambil berlinang air mata.

Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, “Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan,” katanya.

Dalam hati saya, “Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, “Kenapa?”

“Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram.”

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah. Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi. “Ini masakan untuk kamu.”

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka. “Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi.”

Ya Allah… di sinilah Hajiku..Ya Allah di sinilah Mekahku..

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata..

Semoga kita dijauhi dari sifat bakhil inshaAllah..

ูˆَุฃَู…َّุง ู…َู†ْ ุจَุฎِู„َ ูˆَุงุณْุชَุบْู†َู‰ٰ . ูˆَูƒَุฐَّุจَ ุจِุงู„ْุญُุณْู†َู‰ٰ . ูَุณَู†ُูŠَุณِّุฑُู‡ُ ู„ِู„ْุนُุณْุฑَู‰ٰ . ูˆَู…َุง ูŠُุบْู†ِูŠ ุนَู†ْู‡ُ ู…َุงู„ُู‡ُ ุฅِุฐَุง ุชَุฑَุฏَّู‰ٰ

"Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala terbaik.  Maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar. Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa"
(QS. Al-Lail. 8-11)


Saturday, August 17, 2019

GARISAN HITAM DI PERUT SEMASA HAMIL


Tanda garisan begitu disebut sebagai Linea Nigra adalah tanda yang normal, bukan bermakna sesorang itu mengalami apa-apa masalah kesihatan semasa hamil. Garisan ini sebenarnya lebih jelas bagi wanita yang sebelum hamil pun mempunyai garisan ini, cuma mungkin ia tidak berapa jelas. Ia mungkin lebih cerah dan disebut sebagai linea alba.

.
Ada sesetengah wanita garisan ini tidak kelihatan jelas pun.
Garisan ini bermula dari pusat di abdomen sehingga ke tulang ari-ari (public bone). Semasa hamil ia kelihatan lebih gelap. Ia lebih kelihatan apabila seorang wanita menghampiri bulan ke lima usia kehamilan.

.
Tidak diketahui punca sebenarnya garisan ini berlaku. Cuma ada teori yang mengatakan ia disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Pada masa ini melanocyte-stimulating hormone yang dikeluarkan oleh uri (placenta) menyebabkan garisan ini menjadi lebih gelap. Ia juga menyebabkan kawasan di sekitar puting (areolar) menjadi lebih gelap.

.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Family Medicine and Primary Care di India mendapati wanita yang mempunyai garisan kehamilan seperti ini berlaku pada wanita yang mengalami masalah kekurangan asid folik semasa hamil.

.
Sebenarnya kajian ini memberitahu bahawa kekurangan asid folik bukanlah penyebab masalah ini. Cuma wanita yang mengalami kekurangan asid folik akan menunjukkan garisan kehamilan yang lebih jelas.

.
Rujuk: Pregnancy and Skin. J Family Med Prim Care. 2014 Oct-Dec; 3(4): 318–324.

.
Ia juga bukan sebagai tanda bahawa anak dalam rahim adalah anak lelaki. Jika berlaku, ia mungkin hanyalah kebetulan sahaja. Jadi jangan risau dengan garisan ini. Ia adalah normal berlaku semasa hamil. Garisan ini akan semakin hilang apabila selepas melahirkan anak.

#HealthDrZubaidi


Friday, August 16, 2019

PELEGA RESDUNG YANG BERKESAN

Produk pertama ialah produk resdung, sekitar 2013, bukan minyak hitam tu yang pertama.

Dari produk kampung yang tak ada KKM, HQ usaha upgrade cari formulasi yang mengikut guideline KKM.

Produk kampung risikonya kita tak tahu apa bahan. Sebab banyak dah tengok umum produk kampung dan tradisional, tapi berkesan sebab ada bahan terlarang.

No, no, no.

HQ tak nak tanggung risiko membahayakan para pengguna.

Bertahun HQ usahakan agar boleh jual produk resdung yang berdaftar dengan KKM, ada MAL.

Bukan senang tau nak dapat. ๐Ÿ˜ญ
Berapa kali kena reject, kena ubah itu ini, dan macam-macam lagi cabaran.

Tapi demi sebuah tanggungjawab kami teruskan usaha. Kalau ikutkan hati hampir putus asa.

Alhamdulillah sudah bertahun Asmak Herbs terus bertahan.

Sudah berjasa kepada ribuan pengguna, terjual puluhan ribu unit.

Repeat order pula sentiasa tak putus.

Alhamdulillah.

Jika sudah ada solusi yang halal, selamat dan berdaftar dengan KKM, apa lagi yang anda cari?

Nak tahu lebih info tentang Asmak Herbs Nurul bantu ditalian www.wasap.my/60126206750/

Kredit : NFAM

#asmakherbs

ใƒณ-∸


Thursday, August 15, 2019

KULIT KEPALA SI COMEL BERSIH TAK BERKERAK LAGI


Kerak di kulit kepala bayi biasanya berbentuk seperti bersisik-sisik tebal, berminyak, dan berwarna kuning di dahi dan bahagian atas kepala bayi. Kerak kepala atau ‘cradle cap’ ini akan terkupas sendiri dan menjadi kepingan nipis seperti kelemumur, jika ia sudah kering.

Gatal kulit kepala dan kerak di kulit kepala kerap berlaku pada beberapa bulan di awal usia bayi .  Kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya kira-kira ketika bayi sudah berusia 12 bulan, namun ada sesetengah bayi yang mengalaminya dalam jangka masa yang panjang.

Apakah punca kulit kepala bayi gatal dan berkerak?

Ia dipengaruhi oleh hormon androgen yang dibawa dari ibu ketika masih dalam kandungan. Hal ini menyebabkan kelenjar lemak menjadi aktif. Kelenjar lemak  keluar dari tempat yang sama dengan keluarnya rambut.

Kelenjar lemak yang sangat aktif dapat mengeluarkan lemak dan menimbulkan lapisan yang menjadi kerak di kepala bayi.Masalah ini tidak mengganggu pertumbuhan rambut bayi. Kerak di kulit kepala bayi tidak berjangkit tetapi ia mungkin menyebabkan gatal kulit kepala pada bayi.

Bersihkan kerak dikulit kepala si comel anda dengan Sevenis Hair Oil yang diperbuat daripada:

•    Light Mineral Oil
•    Tea Tree Oil
•    Babassu Oil
•    Virgin Coconut Oil
•    Castor Oil
•    Olive Oil
•    Argan Oil

120 ml sebotol dengan harga mampu milik.

#StokisAsmakM
#SevenisHairOil



Wednesday, August 14, 2019

PETUA TERCEKIK TULANG IKAN


1. Minum air dalam tudung periuk

2. Kalau rasa tercekik tu, time tercekik tu ah, cepat cepat pusingkan pinggan 3 kali sambil berselawat. InsyaAllah tulang ikan tu akan terlepas

3. Kepal nasi pastu telan

4. Makan pisang

5. Tarik telinga kiri dan kanan. tapi jangan tarik sekuat hati lak. mahu tercabut telinga kang dah satu hal..hehhe..

Kredit : dunia resepi


Tuesday, August 13, 2019

BEDAK ASMAK

Kandungan:
White Clay (Tanah liat putih)
Aqua

Fungsi:

1. Membantu melegakan ruam bayi dan juga ekzema.
2.Membantu melegakan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, kurap, cacar air, panau, gegata, dan gatal-gatal.
3. Mengurangkan jerawat di muka.
4.Mengecutkan jerawat dan melicinkan kulit wajah untuk kekal sihat.

Tunggu apa lagi??
Selesaikan masalah kulit

Secara semulajadi dengan #BedakAsmak

Ingat masalah kulit, Ingat bedak asmak.

www.wasap.my/60126206750

#bedakasmak
#STOKISASMAKmelaka



Monday, August 12, 2019

BAHAYA MEROKOK

“Doktor,seorang pesakit tiba-tiba sakit dada dan tak sedarkan diri.Kurang dari 5 minit pesakit akan sampai”

Aku letak gagang telefon.

Selang beberapa minit,pesakit dikejarkan masuk ke zon merah dalam keadaan dadanya sedang ditekan(CPR).

Pesakit dalam lingkungan awal 30-an,berpakaian baju melayu.Mungkin mahu pergi beraya.

Masing-masing sudah tahu apa patut buat.Bagaikan refleksi.Nyawa pesakit perlu diselamat dalam masa yang singkat.

“Bagi saya ETT”,pintaku.

ETT(Endotracheal Tube) dimasukan dalam salur pernafasan.

“Check pulse”

“No pulse”

“Continue CPR!”

“Aderenaline has given”

Selang setiap 2 minit,nadi akan diperiksa dan penekan dada bertukar.

“Pesakit ini berumur 28 tahun,tiada masalah kesihatan.Dia seorang perokok.Sehari 14 batang.Tiba-tiba tak sedarkan diri selepas beberapa saat memegang dada sebelah kiri”

“Cardiac monitor showed VT(Ventricular Tachycardia) but no pulse”

“I’m clear, you’re clear, everybody’s clear”

Pesakit telah defibrilasi untuk memulihkan corak rentakan jantung kepada normal.

“Cardiac monitor showed asystole”

“Continue CPR!”

Keputusan darah untuk jantung(trop T) menunjukkan nilai 1100.Tak sedar dah hampir setengah jam kami berikan resusitasi namun masih tiada respon.

“Samhan,tolong explain pada keluarga”, kata pakar.

Kelihatan seorang wanita sedang duduk di ruang menunggu.Seorang anak diriba dan seorang lagi tertidur,kepala diatas peha ibunya.

“Puan isteri kepada En. A?”

“Ya,saya”

“Saya Dr Samhan.Kami dah cuba sebaik mungkin tapi Allah lebih menyayangi suami puan.Kami minta maaf”

Wanita itu kelu tanpa kata.Anak yang diriba tiba-tiba menangis seolah-olah faham apa yang telah terjadi pada ayahnya.

Kalau dulu,serangan sakit jantung sinonim dengan orang tua tapi sekarang orang muda pula makin ramai diserang sakit jantung.

Malahan,yang diserang tak pernah ada sakit jantung dan aktif bersukan.Mungkin cara hidup(lifestyle),pemakanan dan tabiat merokok menjadi punca utama.

Benar,untuk ubah cara hidup dan berhenti merokok bukan sesuatu yang mudah.Bukan tak mahu berhenti.Dah berkali cuba tapi gagal.Terus kecewa dan berhenti untuk cuba lagi.

Tapi ingat,kita ada isteri yang perlu kasih sayang seorang suami,ada anak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang ayah dan ada ibu ayah yang rindukan kehadiran seorang anak.

Kita perlu korbankan rasa kecewa untuk cuba terus berhenti merokok.Kita perlu korbankan rasa ketagih pada rokok.Kita perlu berkorban demi mereka.

Berkorbanlah sebelum kita terkorban!

Kredit : Dr Ahmad Samhan


Sunday, August 11, 2019

Tips keselamatan PENTING mengelak litar pintas di rumah


Buat pengetahuan semua, untuk mengelakkan kejadian litar pintas, ELCB (ELCB- Earth Leakage Circuit Breaker)yang berada dikotak suis utama (yang bila kilat kuat dia jatuh, pastu kita tolak naik semula keatas tu), benda itu adalah sangat penting untuk kita yang berada dirumah memeriksa sekurang2nya sebulan sekali.

Caranya ialah dgn menekan butang 'push to trip' disebelah punat automatik tersebut. Jika setelah ditekan butang 'push to trip' automatiknya jatuh bermakna ELCB anda dlm keadaan baik tetapi jika anda tekan 'push to trip' dan ELCB anda tidak jatuh,maka cepatlah menghubungi wireman untuk menukar yang baru. Rumah anda dlm keadaan bahaya dan risiko kebakaran boleh berlaku.

Peringatan bila tekan butang 'push to trip' rumah anda akan black out kerana bekalan elektrik telah diputuskan
jangan bimbang just tolak semula ke keatas dan bekalan elektrik anda akan kembali kepada sediakala.

"KESELAMATAN KELUARGA, KESEJAHTERAAN NEGARA"

Sumber : Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Kuala Terengganu


Saturday, August 10, 2019

Dasyatnya Kesan Pada Otak Jika Anak Selalu Diabaikan!



Sebelah kanan tu adalah otak kanak-kanak yang kurang kasih sayang, kurang sentuhan, kurang ransangan dan kurang perhatian.

Otak anak yang diabaikan ni mengalami gangguan teruk pada perkembangan cortex dan ukuran otaknya lebih kecil daripada otak kanak-kanak yang lain!

Nak anak bijak dan sihat otaknya?

Balik rumah nanti terus :
- peluk anak
- bisikkan perkataan ayah sayang adik / ibu sayang adik
- gosok ubun-ubun anak
- tinggalkan handphone di bilik lain atau di kereta
- tutup TV dan banyakkan bermain bersama
- banyakkan ciuman, pelukan dan sentuhan sayang
- banyakkan eye-contact, bukan screen-contact
- selalu bisikkan pujian kebanggaan kita pada perangai baik mereka

Terus praktik benda ni semua pada anak masing-masing ye. Jangan sampai otak anak kita teraniaya hanya kerana kita lebih fokus pada gajet dan dunia kita sahaja!
.
.
Kredit : Taifiq Raziff
.
.

Friday, August 9, 2019

DEMAM YANG BERBAHAYA PADA ANAK



Perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari. Boleh ikuti facebook beliau untuk info yang bermanfaat.

Jika anak kalian demam, dan ada tanda-tanda begini, cepat-cepat bawa ke klinik atau hospital berdekatan ya. Boleh jadi anak kalian sebenarnya sedang berada dalam keadaan berbahaya.

#1 - Tengkuk menegang dan sakit. Ia boleh jadi tanda jangkitan pada selaput saraf (meningitis). Pesakit meningitis berisiko tinggi untuk mengalami masalah sistem saraf yang boleh mengakibatkan lumpuh dan kerosakan otak.

#2 - Sakit kepala yang terlampau teruk. Bahkan ia tidak berkurang walaupun diberikan ubat seperti paracetamol.

#3 - Sawan demam yang berulang-ulang. Jika anak kalian demam dan serangan sawan berlaku untuk tempoh waktu yang panjang atau pun kerap dan berulang-ulang, kemungkinan besar ia bukan sawan demam yang biasa. Pemeriksaan doktor sangat diperlukan.

#4 - Menangis dan merengek tak berhenti-henti. Boleh jadi ia akibat daripada jangkitan pada mana-mana bahagian tubuh seperti telinga, tekak dan lain-lain, dan ia menyebabkan anak kalian mengalami rasa tidak selesa yang melampau.

#5 - Pernafasan yang teruk dan laju daripada biasa. Demam bersama dengan batuk dan sesak nafas, kemungkinan berpunca daripada masalah jangkitan pada paru-paru.

#6 - Ruam atau bintik-bintik pada badan. Ianya boleh jadi berbahaya atau pun sebaliknya. Sebaiknya jumpa doktor untuk pengesahan.

#7 - Sakit perut berpanjangan. Kadangkala cirit birit dan muntah berterusan bersama simptom seperti demam, jika tidak diberi rawatan awal, keadaan anak berisiko untuk menjadi lebih buruk.

Apatah lagi bila kehilangan air daripada badan berlaku berterusan, anak kalian berpotensi mengalami masalah dehidrasi serta masalah-masalah lain.

#8 - Enggan makan minum dan tak aktif. Kalian perlu berikan perhatian serius jika berlaku tanda seperti ini dan bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan doktor.

***

Saya harap tulisan ini bermanfaat dan membantu kalian untuk menjaga kesihatan anak. #Sebarkan supaya lebih ramai ibu ayah celik terhadap kesihatan anak mereka.

#HealthDrZubaidi


Thursday, August 8, 2019

BILA ADA ANAK PEREMPUAN


Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan..
Jujur..
Masa dia kecil2 dulu...
Tak rasa sangat cabarannya...
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya...

Mak sentiasa pesan...
Ada anak perempuan jangan ambil mudah...
Jangan buat tak endah...
Tanggungjawabnya berat...
Tugasnya amat besar...

Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki...

Bila ada anak perempuan...
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi2...
Biasakan pakaian menutup 'aurat..
Ajarkan anak anak berpakaian sopan...
Tidak terdedah sana sini...
Tidak ketat menonjol...
Ajarkan mereka erti malu...

Besederhana menikmati zaman kanak2...

Bila ada anak perempuan...
Tak boleh dibiar tidur sana sini...
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik...
Bahayanya ada dimana mana...
Jangan percaya kepada sesiapa...

Bila ada anak perempuan...
Ajarkan mereka sentuhan selamat...
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat...
Jangan biarkan anak berseorangan...
Sentiasa temani mereka...
Biar kita susah hari ini...
Dari menangis dikemudian hari...

Bila ada anak perempuan...
Ajarkan mereka tentang harga diri...
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri...
Kerana diri mereka sangat berharga...

Bila ada anak perempuan...
Terangkan kepada mereka tentang haid...
Dan kehamilan bila mereka sudah baligh...
Usah malu untuk memberi ilmu...
Bimbang mereka cari di tempat salah...

Bila ada anak perempuan...
Pilihlah rakan untuk mereka...
Kenali juga siapa kawan mereka...
Rakan yang baik menjadi penguat...
Rakan yang nakal menjadi pemusnah...

Bila ada anak perempuan...
Selalulah diperiksa handphone mereka...
Apa yang dikongsi...
Apa yang ditulis...
Ambil tahu...

Bila tiba saat kau lepaskan mereka...
Hidup berjauhan...
Sentiasa ingatkan mereka...
Jagalah diri baik2...
Jagalah maruah diri...
Jagalah maruah keluarga...

Biarlah orang kata kita kolot...
Biarlah orang kata kita syadid...

Bila ada anak perempuan...
Berdoalah...
Mohon dijaga kehormatan diri mereka...
Mohon dijaga keselamatan mereka...
Moga2 Allah lindungi mereka...

Kredit: Muallim


Wednesday, August 7, 2019

PLASTIK HITAM SAMPAH - kita selalu guna masa potong daging kurban kan?

❤Raya korban dah dekat, NIE cikct share Kan info yang bagus utk pengetahuan semua.❤

๐Ÿ“ Plastik hitam dikhaskan untuk bungkus sampah, BUKAN untuk bungkus daging atau makanan,ia dibuat dari bahan plastik yang dikitar semula dari pelbagai sumber plastik yang telah terbuang dan dari segi kebersihan proses kitar semula tersebut adalah tidak hygenik dan Ianya terdedah kepada kuman dan kotoran.

❗Disamping itu, bahan kimia dan bahan pewarna untuk pemerosesan plastik hitam adalah  dari sumber bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan sangat toksik kepada tubuh badan kita.

❗Sekiranya plastik hitam bersentuhan dengan daging yang masih basah dan berdarah maka akan berlaku tindakbalas kimia dan ianya akan menyerap ke dalam daging tersebut dan secara tidak langsung ia akan  merbahayakan pada tubuh badan kita.
Daging juga boleh tercemar dengan kuman dan kotoran yang ada pada plastik yang dikitar semula itu.

✔Sebaliknya gunakanlah plastik putih yang lutsinar untuk tujuan pembungkusan daging korban.  Islam menggalakkan kebersihan.

_Pesanan kesihatan oleh :_
*Dr. Rosli Abd Jalil*
*'Occupational Health Doctor'.*

๐Ÿ‡ฎ‌๐Ÿ‡ณ‌๐Ÿ‡ซ‌๐Ÿ‡ด‌      ๐Ÿ‡ง‌๐Ÿ‡ช‌๐Ÿ‡ท‌๐Ÿ‡ฒ‌๐Ÿ‡ฆ‌๐Ÿ‡ณ‌๐Ÿ‡ซ‌๐Ÿ‡ฆ‌๐Ÿ‡ฆ‌๐Ÿ‡น

Tuesday, August 6, 2019

Tiga kategori penyakit mental selepas bersalin:

1. Gangguan emosi postpartum

2. Kemurungan postpartum atau meroyan

3. Psikosis postpartum, juga disebut meroyan.

Penat urus keluarga dan kerjaya & masalah rumah tangga antara punca.

Peranan suami penting sbg pencegahan awal.

Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia


Monday, August 5, 2019

Petua Hilangkan Batuk Berkahak Secara Semulajadi


๐Ÿ’–#Tepuk #Percussion

Tepuk bahagian belakang badan bayi dengan menggunakan tangan yang melengkung.
Lakukan tepukan ini seperti kita mahu bayi sendawa selepas menyusu.

Jangan menepuk pada tulang belakang bayi. Tulang belakang mereka masih belum kuat.
Tepuk percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak dan memudahkan pengeluaran kahak.

Note: Bagi memudahkan proses mengeluarkan kahak. Boleh juga disapu bersama dengan #MinyakHerbaAsmak di bahagian dada, belakang, pelipat-pelipat betis dan tapak kaki.

Ramuan minyak herba asmak terdiri daripada habbatussauda, gamat gold,minyak zaitun, minyak kelapa dara dan herba-herba terpilih. #Habatussauda dalam Minyak Herba Asmak sangat berkesan mengurangkan keradangan saliran udara & menghalang mukus berlebihan.

#Batuk #kahak #selesema
#SetiapSapuanAmatBermakna
#StokisAsmakMelaka
#JutawaMHAM


Sunday, August 4, 2019

Tanah Liat Putih Bedak Sejuk Paling Sempoi

Serbuk tanah liat putih (white clay) merupakan bedak sejuk semulajadi paling sempoi untuk digunakan walaupun tiada ramuan lain seperti kunyit, tepung beras dan sebagainya.

Dengan hanya mencampurkan air suling dengan serbuk tanah liat putih, ia dapat digunakan untuk pelbagai kegunaan serta boleh dijadikan bedak sejuk yang boleh digunakan pada setiap hari.

Selain air suling, kita juga boleh menggunakan air mawar untuk mendapatkan campuran yang hebat ini.

Apa yang penting, bedak sejuk tanah liat putih ini selamat digunakan tanpa bahan kimia yang boleh merosakkan kulit dan memberangsangkan kanser. Berikut merupakan keratan akhbar yang menggalakkan penggunaan bedak sejuk semulajadi.

Nak lebih mudah๐Ÿ˜Š
Boleh dapatkan bedak sejuk paling sempoi dari saya❤️

❤๐Ÿ˜˜ Semoga bermanfaat untuk semua

Kredit to : Nor Azura Zakaria

#StokisAsmakMelaka
#BedakSejukAsmak




Saturday, August 3, 2019

Alternatif Bebelan Sayang

Penggunaan bahasa yang lebih positif dikatakan mampu  membuat anak rasa lebih didengari, dihargai dan secara tidak langsung menggalakkan mereka untuk bersikap baik.

Mungkin boleh cuba try seminggu dan lihat perubahan tingkahlaku mereka.

Mana tahu, ada perubahan, tekanan darah anda pun tak melambung naik ๐Ÿ˜…
.
PositiveParenting@PHM


Friday, August 2, 2019

SAKIT KULIT SEMBUH, BAU KETI PUN HILANG.



Tak sangka.

Asalnya i nak guna untuk rawat kulit merah berair kat bahagian bawah lengan (ketiak). Allergik maybe sebab banyak makan manis time raya ni kan ๐Ÿ˜‚.

Tak berani pakai deodorant selagi kulit situ tak sembuh. Ada la dalam 3 hari tak pakai. Cuma sapu krim callovera je. Fokus nak bagi kulit sembuh dulu.

I perasan sepanjang tak pakai deodorant, kat bahagian yang dirawat (ketiak) tak ada bau langsung. Pelik jugak sebab kalau tak pakai, agak tak menyenangkan baunya ๐Ÿ˜…

I syak ni mesti angkara callovera ni tapi musykil sebab callovera ni cuma berfungsi rawat masalah kulit je.

So, i try pakai kedua dua belah keti. Setelah seharian pakai, rupanya memang krim ni boleh hilangkan bau keti. Walah walah!

Ok, disaat itu i tak pakai dah deodorant lain. Sebab tau callovera more naturally and safe for use. Bahan dalam callovera ni cuma aloevera, tanah liat putih dan calamine saja.

Apa nak diragui lagi. Kulit ku sembuh, keti pun tiada bau. Settle. All in one.

Alhamdulillah ๐Ÿ˜

Nak cuba, bisik tepi kat i ye.

Kisah benar : Muna Masrur

#KisahBenar
#Callovera



Thursday, August 1, 2019

KHASIAT MADU UNTUK IBU HAMIL

#1. Menaikkan sistem imun badan
Kandungan antioksidan dan antibakteria dalam madu dapat mempertingkatkan sistem imun tubuh bagi melawan infeksi jahat. Ini kerana, wanita hamil perlu miliki sistem imun yang kuat supaya dapat mencegah sebarang penyakit yang boleh memberi kesan buruk pada janin.

#2. Meringankan masalah batuk dan sakit kerongkong
Madu yang diambil dengan teh halia atau lemon boleh memberi kesan baik pada batuk dan sakit kerongkong dengan lebih cepat.

#3. Sembuhkan selsema
madu untuk ibu hamil, madu semasa hamil, ambil madu semasa mengandung, makan madu semasa mengandung, makan madu, makan madu bagi wanita hamil, makan madu selama mengandung, makan madu asli, makan madu manis, makan madu campur susu, makan madu dengan teh
Cara mengambil madu ketika hamil seperti mencampurkannya dalam minuman teh panas dan bagus diamalkan ketika selsema kerana ia memiliki sifat antivirus.

#4. Mengatasi masalah gastrik
Makan madu juga dapat memberikan kesan yang baik jika mengalami masalah gastrik semasa hamil.

#5. Membantu masalah insomnia
Madu juga dapat meningkatkan kualiti tidur selama hamil yang boleh diambil bersama susu sebelum tidur. Ini kerana, ia dapat menghilangkan rasa stres telah penat seharian bekerja dan berguna untuk anda yang selalu susah tidur malam. 


INFO TAMBAHAN

Jumlah madu yang boleh diambil oleh wanita hamil adalah sebanyak 3 ke 5 sudu makan setiap hari bersamaan sekitar 180 hingga 200 kalori.
Oleh kerana, madu mengandungi banyak kandungan gula seperti fruktosa, glukosa dan maltosa maka setiap satu sudu mengandungi sekitar 60 kalori.
Jadi selama hamil, kita tidak boleh mengambil jumlah gula yang terlalu tinggi dan perlu sesuai dengan keperluan badan maka 3 ke 5 sudu setiap hari itu sudah memadai.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

#StokisAsmakMelaka
#ManfaatMadu