Friday, January 11, 2019

Apa Itu Kerak Kepala

APA ITU KERAK KEPALA

Kerak kepala kelihatan seperti keadaan kelemumur yang teruk. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Dalam sedikit masa, sisik-sisik itu mula menanggal dan menjadi senang untuk dibuang, seperti kelemumur, tetapi selalunya ada rambut bayi yang terlekat.

Kadangkala kerak kepala boleh menutupi seluruh kulit kepala tetapi ia juga boleh timbul di muka bayi, di keliling ruang lampin, ketiak dan hidung, di tempat-tempat ini ia diberi nama ekzema seborea (dermatitis) bukan kerak kepala.

Kerak kepala kerap berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan, sebab ia lazimnya bermula semasa tiga bulan pertama pembesaran bayi, tetapi boleh berlanjutan untuk beberapa minggu atau bulan lagi.

Ia juga boleh berlaku bagi bayi yang lebih tua dan bayi berjalan. Walaupun keadaan itu kelihatan agak buruk, ianya tidaklah gatal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaaan. Ianya tidak berbahaya dan tidak perlu dibimbangkan.


#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak




BOLEH KE KERAK KEPALA NI DIRAWAT

Kerak kepala ni bukanlah perkara yang serius sangat. Ianya boleh dirawat dengan cara yang betul. Bagi ibu bapa diluar sana, saya nak share macam mana nak merawat kerak kepala ni.

✅ Basuh rambut bayi anda secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus ataupun sikat lembut.
✅ Gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (semalaman jika mahu) kemudian tanggalkan kepingan-kepingan itu, dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut.

Dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala itu menjadi radang atau mendapat jangkitan, doktor anda boleh mengesyorkan anda krim antifungus.

Semoga bermanfaat 😊


#InfoByMhamsb #Asmak



No comments:

Post a Comment