Monday, January 28, 2019

BAHAYANYA ASMA

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk. Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Penting untuk menyedari perkara-perkara dalam persekitaran anda yang cenderung untuk membuat asma menjadi lebih teruk. Faktor-faktor ini berbeza untuk setiap individu. Perkara yang menyebabkan berlakunya asma adalah seperti berikut:

 Jangkitan pernafasan dan selsema
 Pendedahan kepada asap rokok
 Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk, makanan, dan lipas
 Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah
 Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
 Tekanan (stress)
 Latihan (senaman)

Tinjauan yang dijalankan oleh Realise Asia mendapati sembilan daripada 10 penghidap asma percaya penyakit mereka dapat dikawal di sebalik gejala yang berterusan dan serangan asma. Tinjauan ini juga menunjukkan bahawa 93 peratus daripada 151 responden Malaysia tidak menganggap penyakit asma mereka itu serius.

Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif, Pengarah Institut Perubatan Pernafasan juga Pakar Perunding Kanan Dada, percaya keadaan yang membimbangkan ini mungkin boleh dikaitkan dengan sikap ambil mudah rakyat Malaysia. "Walaupun sedang sakit bila kita tanya, 'pak cik apa khabar' mereka akan jawab, 'baik'," kata Dr Abdul Razak

#InfoKesihatan #InfoByMhamsb#MinyakHerbaAsmak



Friday, January 18, 2019

MENGAPA BAYI SAYA DEMAM

Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuk :
❌selesema
❌flu
❌sakit tekak
❌jangkitan telinga
❌jangkitan salur kencing;
❌masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis
❌virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut.

Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus).

Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.

Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat.


#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #InfoKesihatanHariIn
#StokisAsmakMelaka


Thursday, January 17, 2019

SUMBER ASID FOLID


Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat :

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan :

✅ bayam - 1 cawan
✅ kacang bendi - setengah cawan;
✅ asparagus - setengah cawan
✅ lentil setengah cawan
✅ hati - 1 keping
✅ 11 batang taugeh brussels
✅ kacang mata hitam - 4 sudu makan
✅ germa gandum - 25g / 1 aun
✅ betik sederhana besar

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
✅ brokoli kukus - 2 pucuk
✅ buah oren saiz besar
✅ nasi putih - setengah cawan
✅ oat- setengah cawan
✅ kacang merah - setengah cawan
✅ jagung saiz besar - 1

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.


#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #InfoKesihatan
#Stokis Asmak Melaka


Friday, January 11, 2019

SIMPTOM-SIMPTOM ANAK ANDA DIJANGKITI H1N1

Sebelum ni saya ada share dengan anda mengenai Influenza A ataupun nama femes dia H1N1. So harini saya nak sambung share mengenai simptom-simptom H1N1 ni.

Kalau anda nak tahu, simptom-simptom selesema H1N1 adalah hampir sama dengan simptom-simptom selesema biasa seperti
 
❌ demam mengejut
❌ keletihan atau lesu
❌ sakit tekak
❌ hidung berhingus
❌ batuk
❌ sakit kepala
❌ sakit otot dan sendi


Selesema H1N1 boleh menyebabkan demam yang panas: jika bayi anda menghidap selesema biasa, kadar suhu ketika demam selalunya tidak melebihi 39 darjah Celcius (102.2 darjah F). Jika bayi anda menghidap selesema H1N1, suhu bayi anda boleh mencecah lebih daripada 39 celcius 2 darjah lebih tinggi daripada suhu badan normal. Hubungi doktor untuk nasihat jika anak anda menunjukkan tanda-tanda berikut:

➡ demam panas
➡ mengantuk
➡ tidak nak bercakap
➡ hilang selera makan.


Sentiasa peka dan awasi anak anda ya

Semoga bermanfaat !

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

#Yani Stokis Asmak Melaka
012-6206750


Apa Itu Kerak Kepala

APA ITU KERAK KEPALA

Kerak kepala kelihatan seperti keadaan kelemumur yang teruk. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Dalam sedikit masa, sisik-sisik itu mula menanggal dan menjadi senang untuk dibuang, seperti kelemumur, tetapi selalunya ada rambut bayi yang terlekat.

Kadangkala kerak kepala boleh menutupi seluruh kulit kepala tetapi ia juga boleh timbul di muka bayi, di keliling ruang lampin, ketiak dan hidung, di tempat-tempat ini ia diberi nama ekzema seborea (dermatitis) bukan kerak kepala.

Kerak kepala kerap berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan, sebab ia lazimnya bermula semasa tiga bulan pertama pembesaran bayi, tetapi boleh berlanjutan untuk beberapa minggu atau bulan lagi.

Ia juga boleh berlaku bagi bayi yang lebih tua dan bayi berjalan. Walaupun keadaan itu kelihatan agak buruk, ianya tidaklah gatal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaaan. Ianya tidak berbahaya dan tidak perlu dibimbangkan.


#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak




BOLEH KE KERAK KEPALA NI DIRAWAT

Kerak kepala ni bukanlah perkara yang serius sangat. Ianya boleh dirawat dengan cara yang betul. Bagi ibu bapa diluar sana, saya nak share macam mana nak merawat kerak kepala ni.

✅ Basuh rambut bayi anda secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus ataupun sikat lembut.
✅ Gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (semalaman jika mahu) kemudian tanggalkan kepingan-kepingan itu, dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut.

Dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala itu menjadi radang atau mendapat jangkitan, doktor anda boleh mengesyorkan anda krim antifungus.

Semoga bermanfaat 😊


#InfoByMhamsb #Asmak



Sunday, January 6, 2019

SIMPTOM CACAR AIR

Harini saya nak share sambungan cacar air sebelum ni. Saya nak cerita simptom dia pula harini.


Cacar air selalunya bermula dengan simptom-simptom flu yang ringan:

❌ demam
❌ sakit kepala;
❌ mual
❌ sakit-sakit badan
❌ kurang selera

Lebih kurang dua hari kemudian, ruam cacar air timbul. Ia bermula sebagai bintik-bintik merah yang kecil yang akan bergelembung di sebelah atas dalam beberapa jam. Anda mula memerhatinya di muka bayi anda. Bintik-bintik itu akan merebak ke dada dan perut, kemudian ke lain-lain bahagian badan, dan keluar secara berkelompok.

Kadangkala disebabkan terlalu banyak bintik, ianya kelihatan seakan-akan bercantum, tetapi kadangkala terdapat bintik jarang-jarang sahaja. Bintik-bintik yang lebih sakit terdapat atas kulit kepala, dalam mulut dan tekak, dan di keliling genital.

Bawalah bayi anda jika anda fikir dia mempunyai cacar air. Doktor anda boleh mendiagnosis cacar air dengan memeriksa bintik-bintik itu.

Jika bayi anda kurang dari usia empat minggu, bawa dia berjumpa doktor jika dia telah berdekatan dengan seorang yang mempunyai cacar air, atau jika dia memperlihatkan simptom. Cacar air boleh menjadi sangat bahaya dan menyebabkan komplikasi dalam bayi muda.


#InfoByMhamsb


khasiat Madu

Info khasiat Madu Halia Bentong

🐝Madu Halia Bentong baik untuk merawat masalah batuk kering, batuk hingga hilang suara dan selsema
🐝Ia juga membantu memanaskan badan dan melembabkan hati
🐝Halia madu membantu pencernaan ke arah lebih baik
🐝Menguatkan antibodi badan
🐝Membantu melancarkan peredaran darah
🐝Ia juga berupaya mematikan bakteria dan sel kanser
🐝Boleh di gunakan untuk masalah saraf
🐝Mengurangkan tekanan darah tinggi
🐝Membekalkan tenaga
🐝Mengawal berat badan
🐝Baik untuk minda
🐝Membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan
🐝Melawaskan pembuangan air kencing

LAGI BONUS UNTUK WANITA YANG MENGANDUNG/BERSALIN

🐝Melegakan "morning sickness"
🐝Mengelakkan masalah usus
🐝Bagus diamalkan selepas bersalin
🐝melancarkan pencernaan(kencing/sembelit)                     
🐝Mencuci darah kotor

Nak cuba terus wasap OK❤

Madu Asli Asmak rm39
Madu Halia Bentong rm59
www.wasap.my/60126206750/madu


Saturday, January 5, 2019

Baby Tak Pandai Buang Kahak

Jangan dibiarkan batuk berkahak berlarutan ye mak pak pak.
BAHAYA!

.
Bila kahak banyak,anak-anak susah nak bernafas. Akhirnya terpaksa ke klinik untuk sedut oksigen. Dah terjadi sendiri dekat anak-anak akak.
Diserang asma sebab banyak kahak bersarang dekat tekak.
.
Tapi Alhamdulillah,sejak sapu #MinyakHerbaAsmak ini,dah hampir 2 tahun anak-anak akak tak makan ubat batuk. lepas sapu je,terus muntah kahak. lega rasa.
.
Berminat nak cuba?
Ada 3 saiz
RM19/10ml
RM39/30ml
RM55/50ml
www.wasap.my/60126206750/MHA